Adab | Melatih Ash Tabiat Bersalaman...

Farah Waheda Wahid
9
Sumber dari Google 
Salah satu tanggungjawab sebagai ibu bapa adalah melatih anak-anak tentang adab sopan dan tata tertib. Latihan atau pengajaran yang sebegini bukan guru di taska atau tadika yang memulakan, tetapi terletak di bahu ibu bapa itu sendiri. Bagi pendapat diri ini... sebagai seorang ibu, adab sopan dan tata tertib amat penting untuk diberi penekanan kepada anak-anak di dalam kita mendidik anak-anak. Tak nak nanti dikatakan mak bapak tak reti mengajar anak. Bayangkan tak berdesing telinga kita sebagai ibu bapa bila mendengar orang berkata begitu tentang anak kita. 

Memang hak kita untuk melantun bila orang mengatakan sesuatu yang negatif tentang anak kita. Tetapi, tidak semua yang negatif itu adalah negatif. Kalau di dalam istilah sains, negatif akan menarik magnet yang positif. Kalau negatif dilawan dengan magnet negatif alamatnya memang menolaklah kan? Apa yang perlu kita lakukan, bukakan hati dan lapangkan minda. Kaji semula di mana silapnya dan dari mana puncanya. Mungkin ada sesuatu yang kita terlepas pandang ataupun tak alert. Manusia tiada yang sempurna, pasti ada kekurangan, pasti ada khilaf. Semua dari kita tak terlepas dari semua tu. 

Yang penting kita sebagai ibu bapa dah cuba mendidik anak-anak kita dengan cara terbaik yang kita rasakan. Didikan ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam keperibadian seseorang anak pada masa akan datang. Orang Malaysia ni, terutama orang Melayu adalah antara bangsa atau kaum yang sangat mementingkan adab sopan di dalam pergaulan. Sampaikan wujudnya pepatah... biar mati anak jangan mati adat. Macam tulah kuatnya pegangan orang-orang yang terlebih dulu makan garam dari kita semua.

Cumanya makin moden dunia hari ini, satu perkara yang semakin jelas terhakis ialah adab sopan atau good manners orang-orang muda terhadap mereka yang lebih tua. Banyak dah Farah tengok depan mata kepala sendiri. Hurmm... nak salahkan siapa? Orang akan berkata, anak si polan si polan sekian... ini mesti mak bapak tak didik betul ni... pernah terdengar tak kenyataan-kenyataan yang sebegini? Terutama makcik-makcik ahli mesyuarat tingkap atau ahli mesyuarat pagar? ^_^ Ngeee....

Masa sekolah-sekolah dulu kalau cikgu tegur... kita takut dengan cikgu dan dengan hukuman yang bakal kita dapat... habuan dari kesalahan yang kita lakukan. Tapi zaman sekarang, kalau cikgu tegur dah jadi terbalik kod... cikgu pulak yang dapat habuan... contohnya kereta cikgu dicalarkan atau cermin dipecahkan ataupun tayar dipancitkan. Farah sendiri seriau kot bila tau yang perkara-perkara macam ni berlaku. Gangster sungguh dan besar kepala sungguh anak-anak murid zaman sekarang ni kan? Nauzubillahminzalik, moga-moga anak-anak kita semua tidak menuju ke arah itulah yer hendaknya... Mintak dijauhkanlah...Sedih jugak bila dibandingkan zaman kita dulu dan anak-anak sekarang...Eceh, bunyi macam dah berumur sangatlah pulak... Hik hik hik...

Dunia semua dah canggih manggih dan serba maju, tapi dah jadi mundur dari segi adab dan tingkah laku baik pulak.

Farah sedar adab sopan dan tingkah laku kena didik dan pupuk dari kecil lagi. Yer lah, melentur buluh biarlah dari rebungnya kan? Bila dah jadi buluh dah tak boleh nak lentur lagi dah. Kerja yang sukar tu. Memandangkan Ash pun dah nak menginjak 11 bulan beberapa hari jer lagi. #ehhh ye ker beberapa hari jer lagi... seminggu lebihlah... memang sepatutnya dah sesuai sangat dan dah boleh mula dah pun. Dia pun dah faham arahan kecil dan mudah. Makanya, kerja pun tak adalah sesusah mana... Untuk permulaan ajar dia bersalaman dulu.

Sebenarnya dah latih awal jugak uolss... sedari usia dia 5 bulan. Setiap kali Mummy pergi kerja sengaja hulur tangan pada dia dan gerakkan tangan dia untuk cium tangan Mummy. Lepas tu kami anak beranak akan kissing-kissing together gether gitu... Ahakss... Balik kerja pun macam tu jugak... Dah dijadikan amalan kami anak beranak dah sekarang. Kadang-kadang, duduk-duduk santai layan Ash main dan sambil-sambil layan cerita kat TV... Ash datang kiss Mummy dia berdecuk decak bunyinya... Paling tak menahan bila dia cium ketat-ketat... melting uolss...

Sama jugak halnya kalau Farah bawak Ash ke mana-mana, jumpa orang...perkara pertama yang Farah akan instruct Ash... salam... bermaksud bersalaman... Moga-moga satu hari nanti akan jadi kebiasaan dia tanpa perlu disuruh lagi... lepas tu tiba-tiba ada pulak yang bersuara... anak siapalah ni, bagus, hormat orang tua... sedang elok sangat buat menantu ni... #ehhh ha ha ha ha... ting tong...

Sebagai ibu bapa, melatih tingkah laku positif ni bukan terhenti setakat bersalaman sahaja... tetapi ada beberapa amalan yang ibu bapa boleh latih secara berterusan sampailah anak-anak dah faham sendiri...dan lakukan sendiri tanpa perlu disuruh...

Antara contoh-contoh yang diperoleh dari artikel di SINI

  • Selepas bermain, mintak anak-anak tu kemas semula permainan di dalam bakul, kotak simpanan dan segala bagai.
  • Pandang sekeliling, kalau ada sampah lepas main gumpal kertas yang dah tak guna dan arahkan mereka untuk buang ke dalam tong sampah. 
  • Kongsi mainan bersama-sama adik-adik atau orang lain seperti sepupu, kawan dan jiran. 
  • Selalu ingatkan anak untuk ucap terima kasih kepada ibu bapa atau sesiapa sahaja selepas dapat apa yang diminta atau diberikan sesuatu walaupun benda tu sekadar botol susu.
  • Jangan skip  makan bersama terutama makan malam. Dan biasakan solat berjemaah bersama.
Setiap ibu bapa ada cara yang tersendiri di dalam mendidik adab sopan dan tata tertib anak-anak masing-masing dan apa yang diutarakan dan dibincangkan oleh Farah hanyalah semata-mata pandangan peribadi dan hasil pembacaan di beberapa artikel. Terpulang pada satu-satu pasangan ibu bapa itu macam mana atau bagaimana dalam mendidik anak masing-masing. Yang penting mission accomplished uolss. Hew hew hew. 

*Bila Ash salam, terasa macam comel jer... sampai terbayang-bayang macam angau pulak... bha ha ha... over sangat tau... sindrom biasa mak mak kan? 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Betul... Kena didik amalan baik DRI kecik lagi supaya mereka amalkan DRI kecik so smpai ke besar LA..

    ReplyDelete
  2. bgus kak.... memang patut latih dari kecik kalo tak , bila dah besaq xreti nak bersalam apa lagi hormat orang tua..

    ReplyDelete
  3. yup setuju...perkara2 berkaitan dengan hormat menghormati patut di titik beratkan dari kecik...

    ReplyDelete
  4. Pastu biar dia smpi besar salam cium pipi. Kang xbiasa besar2 segan.

    ReplyDelete
  5. i think we ahould educate for child when they are so young, they must know about commended and rewarded after they grow manner with anythings they will have good perception, but i talk that not meaning we make them afraid with violence of parent that make poor thinking, we can improve bad invironment by listen music together save lagu that bring best time to you

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !