Sumber dari Google |
Cumanya makin moden dunia hari ini, satu perkara yang semakin jelas terhakis ialah adab sopan atau good manners orang-orang muda terhadap mereka yang lebih tua. Banyak dah Farah tengok depan mata kepala sendiri. Hurmm... nak salahkan siapa? Orang akan berkata, anak si polan si polan sekian... ini mesti mak bapak tak didik betul ni... pernah terdengar tak kenyataan-kenyataan yang sebegini? Terutama makcik-makcik ahli mesyuarat tingkap atau ahli mesyuarat pagar? ^_^ Ngeee....
Masa sekolah-sekolah dulu kalau cikgu tegur... kita takut dengan cikgu dan dengan hukuman yang bakal kita dapat... habuan dari kesalahan yang kita lakukan. Tapi zaman sekarang, kalau cikgu tegur dah jadi terbalik kod... cikgu pulak yang dapat habuan... contohnya kereta cikgu dicalarkan atau cermin dipecahkan ataupun tayar dipancitkan. Farah sendiri seriau kot bila tau yang perkara-perkara macam ni berlaku. Gangster sungguh dan besar kepala sungguh anak-anak murid zaman sekarang ni kan? Nauzubillahminzalik, moga-moga anak-anak kita semua tidak menuju ke arah itulah yer hendaknya... Mintak dijauhkanlah...Sedih jugak bila dibandingkan zaman kita dulu dan anak-anak sekarang...Eceh, bunyi macam dah berumur sangatlah pulak... Hik hik hik...
Dunia semua dah canggih manggih dan serba maju, tapi dah jadi mundur dari segi adab dan tingkah laku baik pulak.
Farah sedar adab sopan dan tingkah laku kena didik dan pupuk dari kecil lagi. Yer lah, melentur buluh biarlah dari rebungnya kan? Bila dah jadi buluh dah tak boleh nak lentur lagi dah. Kerja yang sukar tu. Memandangkan Ash pun dah nak menginjak 11 bulan beberapa hari jer lagi. #ehhh ye ker beberapa hari jer lagi... seminggu lebihlah... memang sepatutnya dah sesuai sangat dan dah boleh mula dah pun. Dia pun dah faham arahan kecil dan mudah. Makanya, kerja pun tak adalah sesusah mana... Untuk permulaan ajar dia bersalaman dulu.
Sebenarnya dah latih awal jugak uolss... sedari usia dia 5 bulan. Setiap kali Mummy pergi kerja sengaja hulur tangan pada dia dan gerakkan tangan dia untuk cium tangan Mummy. Lepas tu kami anak beranak akan kissing-kissing together gether gitu... Ahakss... Balik kerja pun macam tu jugak... Dah dijadikan amalan kami anak beranak dah sekarang. Kadang-kadang, duduk-duduk santai layan Ash main dan sambil-sambil layan cerita kat TV... Ash datang kiss Mummy dia berdecuk decak bunyinya... Paling tak menahan bila dia cium ketat-ketat... melting uolss...
Sama jugak halnya kalau Farah bawak Ash ke mana-mana, jumpa orang...perkara pertama yang Farah akan instruct Ash... salam... bermaksud bersalaman... Moga-moga satu hari nanti akan jadi kebiasaan dia tanpa perlu disuruh lagi... lepas tu tiba-tiba ada pulak yang bersuara... anak siapalah ni, bagus, hormat orang tua... sedang elok sangat buat menantu ni... #ehhh ha ha ha ha... ting tong...
Sebagai ibu bapa, melatih tingkah laku positif ni bukan terhenti setakat bersalaman sahaja... tetapi ada beberapa amalan yang ibu bapa boleh latih secara berterusan sampailah anak-anak dah faham sendiri...dan lakukan sendiri tanpa perlu disuruh...
Antara contoh-contoh yang diperoleh dari artikel di SINI
- Selepas bermain, mintak anak-anak tu kemas semula permainan di dalam bakul, kotak simpanan dan segala bagai.
- Pandang sekeliling, kalau ada sampah lepas main gumpal kertas yang dah tak guna dan arahkan mereka untuk buang ke dalam tong sampah.
- Kongsi mainan bersama-sama adik-adik atau orang lain seperti sepupu, kawan dan jiran.
- Selalu ingatkan anak untuk ucap terima kasih kepada ibu bapa atau sesiapa sahaja selepas dapat apa yang diminta atau diberikan sesuatu walaupun benda tu sekadar botol susu.
- Jangan skip makan bersama terutama makan malam. Dan biasakan solat berjemaah bersama.
Betul... Kena didik amalan baik DRI kecik lagi supaya mereka amalkan DRI kecik so smpai ke besar LA..
ReplyDeletesinggah sini akak
ReplyDeleteYe betul..didik dri kecik
ReplyDeleteNnt lmaa2 akaan trbiasa kan
ReplyDeletekepimpinan melalui teladan...
ReplyDeletebgus kak.... memang patut latih dari kecik kalo tak , bila dah besaq xreti nak bersalam apa lagi hormat orang tua..
ReplyDeleteyup setuju...perkara2 berkaitan dengan hormat menghormati patut di titik beratkan dari kecik...
ReplyDeletePastu biar dia smpi besar salam cium pipi. Kang xbiasa besar2 segan.
ReplyDeletei think we ahould educate for child when they are so young, they must know about commended and rewarded after they grow manner with anythings they will have good perception, but i talk that not meaning we make them afraid with violence of parent that make poor thinking, we can improve bad invironment by listen music together save lagu that bring best time to you
ReplyDelete