Tidur Berstokin Amalan Kami!!!

Farah Waheda Wahid
18

Bha ha ha, tajuk tak SEO langsung!!! Tapi tak kisahlah...sebab iolss bukanlah pakar SEO uolss... dan don't really play with SEO... err are you sure mam??? Berkata2 kepada diri sendiri... Oh ya sebelum tu disclaimer... statement ni tak ada kena mengena dengan sesiapa pun... takut2 ada yang terasa ataupun tersalah anggap... Ya ampunnn... Manalah tau kot2 ayat iolss ni bisa mengetarkan perasaan dan membuatkan sesiapa sahaja mengetap bibir... ting tong kann??? Macam nilah jadinya bila memikirkan pagi nanti nak mengadap Pink Panther tu... ahakss kitaorang berdua dalam fasa tak seteru sekarang ni... ok tak nak cerita pasal Pink Panther... buat hilang mood jer... 

Like mummy, like son... tidur berstokin amalan kami... ekekeke... bukan masa dalam confinement period jer uolss... sebelum selepas... stokin adalah peneman setia tidur... dan Ash pun dilatih begitu... muahahaha... Kenapa??? Meh sini nak kongsi sesuatu dari SINI.

Mungkin tidak ramai dari weolls yang menyedari akan kebaikan amalan memakai sarung kaki (stokin) ketika tidur.

Kajian perubatan telah menunjukkan bahawa memakai stokin ketika tidur sangat digalakkan untuk membantu mendapatkan tidur yang berkualiti, selain dari itu ianya mempunyai beberapa kebaikan yang lain dari segi kesihatan.

Jika weolls hanya menggunakan selimut sebagai menutup kaki, terdapat kebarangkalian yang besar yang selimut itu akan terselak ketika weolls sedang tidur, tetapi dengan memakai stokin, kaki weolls akan tetap tertutup rapi hingga ke pagi.

Apa yang berlaku bila memakai stokin ketika tidur, antaranya ialah, stokin akan membuatkan suhu tapak kaki weolss menjadi hangat dan secara langsung akan memberi isyarat ke minda separasedar bahawa cuaca sedang panas. Hasilnya, otak akan memberi arahan pada tubuh badan supaya merendahkan suhu badan. Hal ini akan membantu weolls mendapatkan tidur yang berkualiti.

"c) Wearing socks and mittens to bed can also trick mind and body into getting better sleep. Socks and mittens widen blood vessels in hands and feet, a necessary step to inducing sleep, according to a Swiss study. In this study, researchers found that as the body prepares for sleep, the blood vessels in hands and feet dilate. This dilation precipitates the cooling of the blood as it flows through the open channels near the surface of the skin; when body temperatures fall, sleep automatically follows."
Dr. Phyllis Zee, MD, PhD, professor Northwestern University's Feinberg School of Medicine, Chicago.

Selain dari itu, pemakaian stokin ketika tidur juga didapati dapat mengelakkan tumit dan tapak kaki menjadi rekah, dan jika diamalkan, In Shaa Allah weolls akan mendapati rekahan-rekahan tapak kaki weolls akan mula pulih sedikit demi sedikit.

Pemakaian stokin ketika tidur juga dapat mengatasi masalah tilam dan cadar berbau akibat hiperhidrosis tapak kaki. Dimana, segala peluh tapak kaki akan diserap oleh stokin weolls dan ini dapat megelakkan tilam dan cadar weolls dari berbau. Haippp... kaki iolss tak berbau ok? Wangi jer... Ahaksss...

Selain itu, tapak kaki weolls terpelihara dari gigitan nyamuk dan weollss dapat merasakan keselesaan dan rasa selamat ketika tidur. Kerana itulah, umpama kemestian, bayi yang baru lahir akan dibekalkan stokin dan weollss dapat melihat penggunaan stokin oleh bayi.

Dari segi yang lain pula, pengamal perubatan alternatif mengatakan bahawa orang lelaki yang mengamalkan pemakaian stokin ketika tidur, akan dapat menjaga suhu tapak kaki daripada kedinginan dan menghalang bisa dingin tapak kaki dari menjalar kebahagian urat saraf vital (anggota sulit) lelaki, yang mana ini akan dapat memelihara kekuatan tenaga batin lelaki itu dalam konteks perhubungan badan antara suami isteri.

Bahagian tapak kaki adalah bahagian yang paling awal mengesan dan menangkap kesejukan yang mana dingin tapak kaki yang berlebihan akan membawa kepada perkara-perkara seperti lenguh-lenguh, bisa-bisa dibetis dan lain-lain. Maka dengan memakai stokin ketika tidur, dapat dijadikan ikhtiar bagi mengelakkan perkara ini berlaku.

CARA PEMAKAIAN

Stokin yang digunakan ketika tidur janganlah jenis yang terlalu tebal atau terlalu nipis. 

Jangan gunakan stoking yang sama setiap malam tanpa dicuci, gunakan hanya sekali semalam, dan basuh keesokkan harinya. Jika tidak, ini akan membuatkan bakteria dan kuman dari perpeluhan terkumpul, maka gangguan kulit seperti fungus etc pula akan muncul.

Jika mampu, dapatkan beberapa pasang stoking khas sebagai koleksi stoking tidur weolls. Jangan gunakan stoking untuk tidur untuk kegunaan lain seperti ke pejabat atau bersukan.

Sebaiknya, sebelum menyarungkan stokin, sapukan sedikit losyen kulit pada kaki weolls dengan rata hingga kering sebelum menyarungkan sarung kaki weolls. Jadikan ia sebagai last thing on bed bagi mengelakkan weolls berjalan kesana kemari di dalam rumah setelah memakai stokin, agar kotoran dan lain-lain yang berada di lantai rumah weolls tidak melekat pada stokin weolls.


Pernah terfikir uolss??? Pernah tau??? Tak??? Now dah tau kann??? Jom tidur pakai stokin??? ^_*....

*Menaip dengan tangan kiri, sambil tangan kanan mendakap "cuperboy" yang meragam tidur... hu hu hu... apa yang ada jerlah ek??? Daaa....

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. my mum pun suruh sha pakai stokin waktu tido walaupun dia tak pakai... haha... sebab kaki sha acapkali cam trencat sendiri everytime tido.... no wonder... memang kena pakai STOKIN !

    ReplyDelete
  2. Tambah perkataan "Ajaib" dah jadi SEO tinggi, jadi "Stokin Ajaib"

    ReplyDelete
  3. Yesszaaa amalan pakai stokin sepanjang masa memang terbukti baik dan menjaga kaki kita, apatah lagi ketika tidur kan sis :)

    ReplyDelete
  4. bagus kan
    sama macam anum pun amalkan

    ReplyDelete
  5. Saya tak suka pakai stokin... huhhu tp cam best jerk info nih, trylah... hihhi

    Jom singgah2 ke blog saya.. http://kakngahsihat.wordpress.com

    ReplyDelete
  6. sejak accident,kaki nie mesti nak berselimut..tapi kalau duduk dalam aircond,mesti nak ada stokin..boleh cramp kaki kalau tak pakai..

    ReplyDelete
  7. bagusnya farah tido pakai stokin..akak memula dulu pakai la..skrang sume tu ke laut!! haha..

    ReplyDelete
  8. Adehhh mcm x biasa pulak.. tp kena biasakan untuk kesihatan :)

    ReplyDelete
  9. ini dah jadi habit my sis.. dia sorg je yg tido mesti berstokin xkira panas ke sejuk..

    ReplyDelete
  10. Sue dah lama amalkan dan mmg best. Tidur pun selesa sgt.

    ReplyDelete
  11. Ty bila demam / terlalu sejuk je pakai stoking dan tidur.

    ReplyDelete
  12. bagusssnya info ni! thanks kak farah, pasni nk p cari lah stoking omey-omey, baru semangat sikit nak pakai :p

    ReplyDelete
  13. kena standby stokin jugaklah camni. skang kan musim hujan, kalau pakai selimut pun, tang kaki mesti akan rasa sejuk..pastu mula lah kena simpul biawak..hehehe

    ReplyDelete
  14. Dulu kini dan selamanya mmg akak pun pakai stokin gak...hihi

    ReplyDelete
  15. berstoking ni malas betui time dalam pantang 44hari ja..lepas tu hancur berderai stoking pun hilang terus hihiii bnyk manfaatnya tp xdi ambik guna juga .:)

    ReplyDelete
  16. best tidur pakai stokin kalau rumah ada air cond..kalau berkipas agak rimas jugak.hihi

    ReplyDelete
  17. setuju..dulu saya sealu lebas kaki bila bangun tidur..bila amalkan memang nmpak bezanya..kualiti tidur juga baik

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !