Mungkin tidak ramai dari weolls yang menyedari akan kebaikan amalan memakai sarung kaki (stokin) ketika tidur.
Kajian perubatan telah menunjukkan bahawa memakai stokin ketika tidur sangat digalakkan untuk membantu mendapatkan tidur yang berkualiti, selain dari itu ianya mempunyai beberapa kebaikan yang lain dari segi kesihatan.
Jika weolls hanya menggunakan selimut sebagai menutup kaki, terdapat kebarangkalian yang besar yang selimut itu akan terselak ketika weolls sedang tidur, tetapi dengan memakai stokin, kaki weolls akan tetap tertutup rapi hingga ke pagi.
Apa yang berlaku bila memakai stokin ketika tidur, antaranya ialah, stokin akan membuatkan suhu tapak kaki weolss menjadi hangat dan secara langsung akan memberi isyarat ke minda separasedar bahawa cuaca sedang panas. Hasilnya, otak akan memberi arahan pada tubuh badan supaya merendahkan suhu badan. Hal ini akan membantu weolls mendapatkan tidur yang berkualiti.
"c) Wearing socks and mittens to bed can also trick mind and body into getting better sleep. Socks and mittens widen blood vessels in hands and feet, a necessary step to inducing sleep, according to a Swiss study. In this study, researchers found that as the body prepares for sleep, the blood vessels in hands and feet dilate. This dilation precipitates the cooling of the blood as it flows through the open channels near the surface of the skin; when body temperatures fall, sleep automatically follows."
Dr. Phyllis Zee, MD, PhD, professor Northwestern University's Feinberg School of Medicine, Chicago.
Selain dari itu, pemakaian stokin ketika tidur juga didapati dapat mengelakkan tumit dan tapak kaki menjadi rekah, dan jika diamalkan, In Shaa Allah weolls akan mendapati rekahan-rekahan tapak kaki weolls akan mula pulih sedikit demi sedikit.
Pemakaian stokin ketika tidur juga dapat mengatasi masalah tilam dan cadar berbau akibat hiperhidrosis tapak kaki. Dimana, segala peluh tapak kaki akan diserap oleh stokin weolls dan ini dapat megelakkan tilam dan cadar weolls dari berbau. Haippp... kaki iolss tak berbau ok? Wangi jer... Ahaksss...
Selain itu, tapak kaki weolls terpelihara dari gigitan nyamuk dan weollss dapat merasakan keselesaan dan rasa selamat ketika tidur. Kerana itulah, umpama kemestian, bayi yang baru lahir akan dibekalkan stokin dan weollss dapat melihat penggunaan stokin oleh bayi.
Dari segi yang lain pula, pengamal perubatan alternatif mengatakan bahawa orang lelaki yang mengamalkan pemakaian stokin ketika tidur, akan dapat menjaga suhu tapak kaki daripada kedinginan dan menghalang bisa dingin tapak kaki dari menjalar kebahagian urat saraf vital (anggota sulit) lelaki, yang mana ini akan dapat memelihara kekuatan tenaga batin lelaki itu dalam konteks perhubungan badan antara suami isteri.
Bahagian tapak kaki adalah bahagian yang paling awal mengesan dan menangkap kesejukan yang mana dingin tapak kaki yang berlebihan akan membawa kepada perkara-perkara seperti lenguh-lenguh, bisa-bisa dibetis dan lain-lain. Maka dengan memakai stokin ketika tidur, dapat dijadikan ikhtiar bagi mengelakkan perkara ini berlaku.
CARA PEMAKAIAN
Stokin yang digunakan ketika tidur janganlah jenis yang terlalu tebal atau terlalu nipis.
Jangan gunakan stoking yang sama setiap malam tanpa dicuci, gunakan hanya sekali semalam, dan basuh keesokkan harinya. Jika tidak, ini akan membuatkan bakteria dan kuman dari perpeluhan terkumpul, maka gangguan kulit seperti fungus etc pula akan muncul.
Jika mampu, dapatkan beberapa pasang stoking khas sebagai koleksi stoking tidur weolls. Jangan gunakan stoking untuk tidur untuk kegunaan lain seperti ke pejabat atau bersukan.
Sebaiknya, sebelum menyarungkan stokin, sapukan sedikit losyen kulit pada kaki weolls dengan rata hingga kering sebelum menyarungkan sarung kaki weolls. Jadikan ia sebagai last thing on bed bagi mengelakkan weolls berjalan kesana kemari di dalam rumah setelah memakai stokin, agar kotoran dan lain-lain yang berada di lantai rumah weolls tidak melekat pada stokin weolls.
Pernah terfikir uolss??? Pernah tau??? Tak??? Now dah tau kann??? Jom tidur pakai stokin??? ^_*....
*Menaip dengan tangan kiri, sambil tangan kanan mendakap "cuperboy" yang meragam tidur... hu hu hu... apa yang ada jerlah ek??? Daaa....
my mum pun suruh sha pakai stokin waktu tido walaupun dia tak pakai... haha... sebab kaki sha acapkali cam trencat sendiri everytime tido.... no wonder... memang kena pakai STOKIN !
ReplyDeleteTambah perkataan "Ajaib" dah jadi SEO tinggi, jadi "Stokin Ajaib"
ReplyDeleteYesszaaa amalan pakai stokin sepanjang masa memang terbukti baik dan menjaga kaki kita, apatah lagi ketika tidur kan sis :)
ReplyDeletebagus kan
ReplyDeletesama macam anum pun amalkan
Saya tak suka pakai stokin... huhhu tp cam best jerk info nih, trylah... hihhi
ReplyDeleteJom singgah2 ke blog saya.. http://kakngahsihat.wordpress.com
sejak accident,kaki nie mesti nak berselimut..tapi kalau duduk dalam aircond,mesti nak ada stokin..boleh cramp kaki kalau tak pakai..
ReplyDeletebagusnya farah tido pakai stokin..akak memula dulu pakai la..skrang sume tu ke laut!! haha..
ReplyDeleteAdehhh mcm x biasa pulak.. tp kena biasakan untuk kesihatan :)
ReplyDeleteini dah jadi habit my sis.. dia sorg je yg tido mesti berstokin xkira panas ke sejuk..
ReplyDeleteSue dah lama amalkan dan mmg best. Tidur pun selesa sgt.
ReplyDeleteTy bila demam / terlalu sejuk je pakai stoking dan tidur.
ReplyDeletebagusssnya info ni! thanks kak farah, pasni nk p cari lah stoking omey-omey, baru semangat sikit nak pakai :p
ReplyDeletememang pakai stoking waktu tido..
ReplyDeletekena standby stokin jugaklah camni. skang kan musim hujan, kalau pakai selimut pun, tang kaki mesti akan rasa sejuk..pastu mula lah kena simpul biawak..hehehe
ReplyDeleteDulu kini dan selamanya mmg akak pun pakai stokin gak...hihi
ReplyDeleteberstoking ni malas betui time dalam pantang 44hari ja..lepas tu hancur berderai stoking pun hilang terus hihiii bnyk manfaatnya tp xdi ambik guna juga .:)
ReplyDeletebest tidur pakai stokin kalau rumah ada air cond..kalau berkipas agak rimas jugak.hihi
ReplyDeletesetuju..dulu saya sealu lebas kaki bila bangun tidur..bila amalkan memang nmpak bezanya..kualiti tidur juga baik
ReplyDelete