 |
Source Extracted from Google |
Last weekend penuh dengan cerita Ash yang sakit nak tumbuh gigi disebabkan air liur yang merembes dengan jayanya tak berhenti2... Ok...normal assumptions from an inexperience mum like me, dan juga hasil dari pembacaan di sana sini... Fine... All that he does for these few days... kurang makan, kurang menyusu, menangis secara tiba2.... sampaikan hati Mummy jadi risau... Pipi kiri kanan memang merah-lah uolss...petanda nak tumbuh gigi katanya...pendek kata semua serba tak kena dengan Ash... Ok... divert sikit assumptions iolss tu kepada...
Sakit Disebabkan Proses Pertumbuhan Gigi + "Thrush" + Ulcer Pada Bahagian Bibir Atas Sebelah Kanan (malam semalam baru perasan selepas berjaya digodek2)
Ha gitewlah gamaknya... Kesian anak Mummy, semua sekali hentak yer??? Bertabahlah Ash... Macam Mummy cakap, Mummy akan cuba tolong sedaya mana yang mampu dan sebaik mana yang mampu... Hu hu hu...
Bercerita tentang "thrush" ni... iolss pernah bercerita satu waktu dan ketika dulu di dalam entri yang berbunyi
KULAT SUSU DI LIDAH BAYI yang mana Ash pernah kena masa usia dia 2-3 months dulu...
Dan iolss tambah sedikit info yer dari artikel di
SINI
"THRUSH" adalah jangkitan kulat pada mulut bayi yang dialami oleh ramai bayi kecil. Ianya kelihatan seperti lapisan putih. Ianya tidak sakit, tetapi boleh mengganggu bayi sewaktu ia menyusu atau makan. Tetapi jika weolls yang mengalaminya, ia boleh terasa amat sakit.
Sekiranya baby weolls mempunyai beberapa bintik2 putih atau lapisan, di atas lidah, langit2 mulut mereka, dan di bahagian pipi mereka, kemungkinan ianya adalah "thrush". Ianya adalah jangkitan kulat yang sering muncul pada baby. Ianya tidak sakit, tetapi pada kes yang teruk, ia boleh mengganggu baby ketika mereka sedang menyusu atau makan.
Cara Mengubati Keputihan Di Mulut
Macam yang iolss pernah kongsikan di entri yang lepas... weolls boleh membantu untuk menyembuhkannya dengan melilitkan kain balutan kasa di jari weolls, kemudian celupkannya di dalam teh chamomile, air mineral berkarbonat atau air garam, dan gosokkan perlahan2 pada selaput lendir di mulut baby weolls tu.
Itu alternatif yang pertama... tapi pepaham jer lah kann??? Nak menggosok pelan2 pada lidah Ash ni, memang agak sukar ni... tak mau dibaginya... hu hu hu... Sebab gosok tu kan agak lama juga prosesnya... makanya, kenalah kita bagi either Candid ataupun Daktarin Oral Gel... As prescribed by PAED, bagi Candid dulu...so we go with Candid first...
 |
Source Extracted from Google |
Sebab accordingly PAED kata, once kita drop-kan 2-3 drop, it will automatically applies... So we try first-lah ek??? Kalau tak berkesan jugak... baru beralih kepada Daktarin Oral Gel.
 |
Source Extracted from Google |
Tapi agak lega sikit semalam sebab dia dah mula nak menyusu seperti biasa...cuma merengek dan meragam tu jer tak habis lagi... Thrush tu mungkin tak sakit, tapi ulcer tu yang kat bahagian atas mulut sebelah dalam sebelah kanan (hamik ko details iolss describe)... mungkin itu yang sakit benau tu... Tapi penampakkan gaya seperti dah nak settle dah tu... Sabar ek Ash??? Sikit jer lagi, lepas ni settle...Muahahaha... Melawak pulak Mummy dia kann??? Walau dalam hati Allah jer yang tau macam mana tak sanggupnya tengok anak sakit uolss... Elehhh, semua Mummy pun macam tu kann???
Anyway...untuk anak Mummy walaupun tak reti membaca blog lagi...wakakakaka...get well soon sayang... tahan sikit yer, Ash anak lelaki...kena kuat dan kental... Hu hu hu...
Nnt baikla tu sis Cian ash
ReplyDeletesakitnya cian baby
ReplyDeleteAnak akak masa kecik dulu pernah kena ni, tapi taklah lama sangat. Risau jugak mulanya
ReplyDeletealololo cian ash..sama la mcm zayyan kena aritu..abis kurus kering badan tamo makan, tamo susu..ash kena kuat k!
ReplyDeleteAsh kuat..sabar ye Ash..harap cepat baik Ash boleh happy²
ReplyDeletealahaiii sian nyer ash hensem nie...semoga cepat sembuh ye sayang.
ReplyDeleteAsh strong boy..sikit lg baik la tu
ReplyDeletemesti pedih tu kalau terkena..kesian ash..tapi takpelah kan..proses pembesaran kanak-kanak ianya normal je
ReplyDelete