Terbaring Setelah Kekenyangan Tahap Maksima!!!

Farah Waheda Wahid
20

Hamikkkk!!! Tu diaaa terbaring sebegitu ropa sekali dah Ash... Malam ni dia memang makan banyak walaupun siang tadi dah belasah nasi lembik + spinach sampai 2 kali dan tumpang sekaki chocolate waffle Abah dia... Hu hu hu... Itu cerita di siang hari... cerita dinner time pulak... Mummy buatkan mashed potatoes untuk dia... sambil2 Mummy buat mashed potatoes tu, dia bantai balun chocolate biscotti Heinz dia... dah siap mashed potatoes, terus mintak nak makan mashed potatoes tu... 

Ha ha ha.... mintak macam mana??? Ash dah pandai bercakap ke??? Mintak cara dia lah... buat bising... bila dah bagi baru senyap... Ingatkan nak sikit jer sebab dah malam dan dah kenyang siang tadi kann??? Sekali, satu mangkuk kecik penuh dia habis dia ngap...itupun iolss tak tambahkan lagi, karang overload pulak kang... 

Sambil tengok Disney Junior Channel, sambil syok2 sendiri bergelak ketawa sambil tu ngap... Satu sudu demi satu sudu masuk ke dalam mulut... Hu hu hu... Dalam hati Mummy dia, errr...Ash bila nak stop ni??? Bolehhh??? Risau overfeeding and overload... Tapi, macam Ash ni bila dia dah tak nak, dia sendiri akan tolak dengan tangan dan mulut bising dengan cara dia yang mana sekali sekala akan terlepas buah butir kata... na nak!!! Maksudnya tak naklah tu... Ha ha ha... 

Akhirnya, bila dah rasa cukup pada dia, tolak jugak tangan Mummy yer...keluarkan dari Ferrari dia, bagi minum plain water dalam bottle....jeng jeng jeng... terbaring abang sado sorang ni kekenyangan...#ehhh sado ke Ash??? Muahahaha.... 

Macam ular sawa kekenyangan dah ropanya... mentang2lah lahir tahun ular ye tak??? Phewww...tak pernah2 sampai macam ni sekali terbaring lepas makan...perut pun dah muncit... Ha ha ha... 

*Hari ni selera Ash besar-lah pulak... hik hik hik...Mummy2 memang cenggini ek??? Bila anak tak nak makan risau (setakat ni tak pernah lagilah Ash ni tak nak makan)...bila anak berselera sangat makan pun risau...ha ha ha... 

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hihihi CT datang singgah blogwalking seperti yang dijanjikan :D

    woow Ash begitu sekali kekenyangannya. sedap sangat lah tuh mummy nye mashed potato sampai gegolek gitu. kita boleh geng la Ash sebab 'akak' hahaha suka mashed potato jugak. bila makan memang susah nak brenti.

    ReplyDelete
  2. terlentang terus dia... hahaha... kenyang sangat2 letteww...

    ReplyDelete
  3. berapa kg yg masuk dlm perut tu? Landing baik punya..hehe

    ReplyDelete
  4. normal tu farah, lagi2 kalo mummy masak menu yg baru bg dia, itu yg dia sgt teruja rasa menu baru..ohoi sdp sgt la mashed potato tu ye ;)

    ReplyDelete
  5. cenggitu la farah, pengalaman jadi sorang ibu dalam membesarkan anak, tu baru besar ash berapa bulan? 9 bulan kan, nanti dah besar nak didik dia supaya jadi 'orang' plak..lagi mencabar...

    ReplyDelete
  6. bila suap anak tu kalau dia nak makan, rasa seronok je kan, tp betul jugak, kalau makan banyak sangat, kita susah hati juga

    ReplyDelete
  7. SALAM KAK FARAH . SELERA ANAK2 KECIL. BIARLAH SEMENTARA DI LALU MAKAN. NANTI TAK DE SELERA MAKAN SUSAH PULA KAN...

    http://jmbelog.blogspot.com/2014/02/jm-that-jmbelog-mari-kita-tukar-link.html

    ReplyDelete
  8. hahaha...terus terlentang kekeyangan ek..

    ReplyDelete
  9. Syok tgk anak selera nak makan.rs berbaloi masak.

    ReplyDelete
  10. betul betul kenyang si ash tu farah...hehe

    ReplyDelete
  11. mummy Ash masak sedap..tu yg Ash berselera makan..hehe

    ReplyDelete
  12. kuat makan ash ni ye..bagus2..
    teringat pula anak saya tak suka mashed potato..huhu..tukang abiskan ibu & ayahnya

    ReplyDelete
  13. Kuat mkn betul dia... Hbis diet Ash mkn mlm...

    ReplyDelete
  14. Ash nk besar la mommy...sebab tu kuat mkn...

    ReplyDelete
  15. kenyang sangat nie sampai tgk letih jer tu...hihi

    ReplyDelete
  16. Bpe umur ash ni? Anak irra 1y 2m pon kuat makan. Nonstop. Heran betul. Lapar sgt ke apa. Hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !