Moral of The Stories | Rindu Awak 200%

Farah Waheda Wahid
15
Source Extracted from Google
So, cerita abang #sado ni dah habis kannn uolss??? Mesti ramai yang teringat2 dan terbayang2 abang #sado sorang ni kann??? Hik hik hik... Iolss??? Biasa2 jer... La la la... Ada abang #sado lain yang iolss terbayang2 uolss...Muahahahaha... 

Apa yang uolss dapat conclude tentang moral of the stories cerita ni??? Menurut Aida Sue di SINI...

5 pengajaran yang beliau conclude dari Rindu Awak 200% adalah...

1. PERCAYA KEPADA PASANGAN
Kunci utama dalam sesebuah perhubungan adalah kepercayaan. Tanpa kepercayaan, perhubungan takkan ke mana. Walaupuan ada yang mengatakan, simpan sedikit rasa ragu kamu. Namun jika kamu terlebih ragu dari percaya, adalah lebih baik kamu lepaskan saja si dia. Jangan sesakkan kepala kamu lagi. 

2. SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENDENGAR SESUATU PERKARA DARI PELBAGAI PIHAK DAN PELBAGAI SUDUT
Jika kamu mendapat tahu tentang sesuatu perkara, terutama perkara yang berbaur negatif, kamu haruslah memberi ruang kepada diri kamu untuk mendengar tentang sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut atau dari pelbagai pihak. Jangan dengar dari satu pihak saja, kerana kemungkinan besar apa yang dinyatakan berlainan dari perkara sebenar.

3. CEMBURU BERLEBIHAN BOLEH MENJADI RACUN DALAM PERHUBUNGAN
Cemburu itu tandanya sayang, ya betul. Tapi jika cemburu berlebihan, itu juga boleh menjadi perosak dalam perhubungan. Jika kamu percaya pasangan kamu, tidak perlu wujud masalah cemburu. Kalau kamu cemburu sekalipun, adalah lebih baik kamu bersemuka dengan pasangan kamu daripada kamu mendiamkan diri atau melarikan diri dari masalah.

4. KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI ITU PENTING
Walau setinggi mana pun, seindah mana pun percintaan kamu, dan kamu berjumpa dengan prince charming sekalipun, jangan sekali2 lupakan keluarga dan sahabat handai yang telah lama berada di sisi kamu. Mereka inilah yang membantu kamu kelak kalau kamu merancang mahu berkahwin, kalau ada masalah dan sebagainya. Orang kata, dengar guruh di langit, air di tempayan jangan dicurahkan.

5. TIADA MANUSIA YANG 100% SEMPURNA
Dalam drama ini, walaupun watak Zul Ariffin tampak sempurna, kacak, berhati baik, sopan santun, ada isteri cantik, tapi jika kamu perhatikan sebenarnya dia sebenarnya seorang jejaka biasa yang ada kelemahan dan ada masalah seperti orang lain juga. Namun, jangan jadikan ketidaksempurnaan itu alasan untuk kamu tidak mahu menikmati hidup kamu sepenuhnya. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan dalam dunia ini, kan??? 

Uolss nampak tak apa yang Aida Sue simpulkan... sebab iolss tak follow sangat cerita ni, tengok sekerat sana sekerat sini... iolss gunakan conclusion moral of the stories review Aida Sue untuk dikongsikan dengan uolss... ^_^... Iolss memang macam ni, suka buat kajian yang tak disuruh dan tak dipaksa bila selesai satu2 perkara tu...Ha ha ha... Apa yang iolss nak cakap, samalah dengan apa yang Aida Sue ni sampaikan... 

Uolss fikir perkara yang sama??? *_^ ...

*Bukan sekadar tengok kosong semata2 kerana ianya entertainment dan terbuai perasaan bila menonton, tetapi mengambil iktibar serta pengajaran yang perlu sekiranya ada... 

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. betul tu...pengajaran cerita tu yang penting...saya pon tak fully tengok...rasa nak tengok, tengokla...^_^

    ReplyDelete
  2. yup byk pengajaran yg boleh ambik, bkn sekadar tgk je kan. W/pun sue tak tgk full episod tp dah faham serba sedikit rentak cerita ni.

    ReplyDelete
  3. betul..jangan tengok je ,syok je,terpikat je dengan hero dan heroin..ada terselit moral of the stories di dalamnya.. :)

    ReplyDelete
  4. Lya x follow crita ni..kurang skit bab drama2..tpi btl la setiap jln crita tu pasti ada moralnya

    ReplyDelete
  5. wahhh. nadya xlayan pon drama nih.. hehe

    ReplyDelete
  6. tak tengok pulak cerita ni kak..kalau ade moral value dah kira baguslah kan :)

    ReplyDelete
  7. Tak tgk palk citer bersiri... But... Nice conclusion...

    ReplyDelete
  8. Betul dengan ulasan akak.. semoga ena jadi lebih matang dalam perhubungan selepas ini

    ReplyDelete
  9. 5. TIADA MANUSIA YANG 100% SEMPURNA
    dan takde juga yang 200%..muahahaha

    ReplyDelete
  10. ada pengajaran jugak ye..tapi saya tak tengok baca pengajaran nye je la..heheh

    ReplyDelete
  11. setiap cerita ada moral of story cuma kita je alert atau tidak.bagus review ni..^^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !