![]() |
Source Extracted from Google |
So, cerita abang #sado ni dah habis kannn uolss??? Mesti ramai yang teringat2 dan terbayang2 abang #sado sorang ni kann??? Hik hik hik... Iolss??? Biasa2 jer... La la la... Ada abang #sado lain yang iolss terbayang2 uolss...Muahahahaha...
Apa yang uolss dapat conclude tentang moral of the stories cerita ni??? Menurut Aida Sue di SINI...
5 pengajaran yang beliau conclude dari Rindu Awak 200% adalah...
1. PERCAYA KEPADA PASANGAN
Kunci utama dalam sesebuah perhubungan adalah kepercayaan. Tanpa kepercayaan, perhubungan takkan ke mana. Walaupuan ada yang mengatakan, simpan sedikit rasa ragu kamu. Namun jika kamu terlebih ragu dari percaya, adalah lebih baik kamu lepaskan saja si dia. Jangan sesakkan kepala kamu lagi.
2. SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENDENGAR SESUATU PERKARA DARI PELBAGAI PIHAK DAN PELBAGAI SUDUT
Jika kamu mendapat tahu tentang sesuatu perkara, terutama perkara yang berbaur negatif, kamu haruslah memberi ruang kepada diri kamu untuk mendengar tentang sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut atau dari pelbagai pihak. Jangan dengar dari satu pihak saja, kerana kemungkinan besar apa yang dinyatakan berlainan dari perkara sebenar.
3. CEMBURU BERLEBIHAN BOLEH MENJADI RACUN DALAM PERHUBUNGAN
Cemburu itu tandanya sayang, ya betul. Tapi jika cemburu berlebihan, itu juga boleh menjadi perosak dalam perhubungan. Jika kamu percaya pasangan kamu, tidak perlu wujud masalah cemburu. Kalau kamu cemburu sekalipun, adalah lebih baik kamu bersemuka dengan pasangan kamu daripada kamu mendiamkan diri atau melarikan diri dari masalah.
4. KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI ITU PENTING
Walau setinggi mana pun, seindah mana pun percintaan kamu, dan kamu berjumpa dengan prince charming sekalipun, jangan sekali2 lupakan keluarga dan sahabat handai yang telah lama berada di sisi kamu. Mereka inilah yang membantu kamu kelak kalau kamu merancang mahu berkahwin, kalau ada masalah dan sebagainya. Orang kata, dengar guruh di langit, air di tempayan jangan dicurahkan.
5. TIADA MANUSIA YANG 100% SEMPURNA
Dalam drama ini, walaupun watak Zul Ariffin tampak sempurna, kacak, berhati baik, sopan santun, ada isteri cantik, tapi jika kamu perhatikan sebenarnya dia sebenarnya seorang jejaka biasa yang ada kelemahan dan ada masalah seperti orang lain juga. Namun, jangan jadikan ketidaksempurnaan itu alasan untuk kamu tidak mahu menikmati hidup kamu sepenuhnya. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan dalam dunia ini, kan???
Uolss nampak tak apa yang Aida Sue simpulkan... sebab iolss tak follow sangat cerita ni, tengok sekerat sana sekerat sini... iolss gunakan conclusion moral of the stories review Aida Sue untuk dikongsikan dengan uolss... ^_^... Iolss memang macam ni, suka buat kajian yang tak disuruh dan tak dipaksa bila selesai satu2 perkara tu...Ha ha ha... Apa yang iolss nak cakap, samalah dengan apa yang Aida Sue ni sampaikan...
Uolss fikir perkara yang sama??? *_^ ...
*Bukan sekadar tengok kosong semata2 kerana ianya entertainment dan terbuai perasaan bila menonton, tetapi mengambil iktibar serta pengajaran yang perlu sekiranya ada...
betul tu...pengajaran cerita tu yang penting...saya pon tak fully tengok...rasa nak tengok, tengokla...^_^
ReplyDeleteyup byk pengajaran yg boleh ambik, bkn sekadar tgk je kan. W/pun sue tak tgk full episod tp dah faham serba sedikit rentak cerita ni.
ReplyDeletegreat
ReplyDeletebetul..jangan tengok je ,syok je,terpikat je dengan hero dan heroin..ada terselit moral of the stories di dalamnya.. :)
ReplyDeletebetul tu kak.. ^_^
ReplyDeleteLya x follow crita ni..kurang skit bab drama2..tpi btl la setiap jln crita tu pasti ada moralnya
ReplyDeletewahhh. nadya xlayan pon drama nih.. hehe
ReplyDeletetak tengok pulak cerita ni kak..kalau ade moral value dah kira baguslah kan :)
ReplyDeleteTak tgk palk citer bersiri... But... Nice conclusion...
ReplyDeleteBetul dengan ulasan akak.. semoga ena jadi lebih matang dalam perhubungan selepas ini
ReplyDelete5. TIADA MANUSIA YANG 100% SEMPURNA
ReplyDeletedan takde juga yang 200%..muahahaha
ada pengajaran jugak ye..tapi saya tak tengok baca pengajaran nye je la..heheh
ReplyDeletesetiap cerita ada moral of story cuma kita je alert atau tidak.bagus review ni..^^
ReplyDeletebnyk pngajaran crita ni :)
ReplyDeletebest citer nie.....
ReplyDelete