![]() |
Source Extracted from Google |
Tengah baring2 melayankan mata yang dah tak terlayan ni, tiba2 kotak pemikiran iolss ni teringat akan satu teguran di Bubblynotes dalam entri INI tahun lepas uolss... tapi teguran tu tidaklah dibuat secara terang2an di dalam kotak komen entri tersebut...sebaliknya di tempat lain dan iolss pun dah tak ingat dah kat mana... Tapi mesejnya sampailah kepada iolss dan ianya membuatkan iolss tersedar....
Ok...siapa kat sini pernah menggunakan atau suka gunakan gambar "Keep Calm" dan post di mana2, tak kisahlah... Facebook ke, Instagram ke atau blog ke atau di mana2 saja??? Contoh gambar adalah seperti di atas... Tapi kebiasaannya dengan gambar mahkota atau crown di atasnya... Ok...kalau tak pasti... pergi bukak Google sekarang???Ha ha ha... macam beri arahan pulak dekat uolss... Type di kotak search Keep Calm Logo, enter dan search result akan terpapar...elehh uolss taulah kann??? Tu pun iolss sibuk nak ajar... Lepas tu cuba check on images...gambar2 perkataan Keep Calm ni dengan mahkota di atas... sila perhatikan betul2 apa yang uolss nampak pada mahkota tu???
Mahkota tu tak adalah sebesar mana... kadang2 saiznya terlalu kecil... tapi kalau uolss tenung2, renung2, belek2 lama2... lama kelamaan uolss akan nampak lambang sesuatu di situ... Dan weolls ni adakalanya tak adalah se-detail itu...seronok jer nak gunakan gambar tersebut dan post gambar tersebut... Bertapaklah gambar tersebut di Facebook, Instagram, blog dan di mana2 juga laman sosial weolls yang lain... Dengan bangganya, dengan gembiranya tanpa kita perasan disebabkan kita tak perhatikan betul2... kita telah post ... Pandangan mata adakalanya tak terperasan... dan secara psikologinya...bila kita nampak gambar tu adalah gambar mahkota... kita tak sedar yang ada sesuatu di sebalik mahkota itu... Got what I mean???
Salah ke??? Tak perlu iolss pulak nak jatuhkan kesalahan atau nyatakan betul atau salahnya... sebagai Muslim kita tahu apakah ia... seorang Muslim post gambar yang menggunakan lambang agama lain... Hurmm... Tepuk dada tanyalah iman, tepuk dada tanyalah selera... kadang2 terfikir... kenapalah begitu mudah sekali kita ni dan lalainya kita dalam memperhatikan betul2 perkara yang dianggap remeh... Perkara yang dianggap remeh itulah yang besar... Dan begitu mudah "mereka" mempengaruhi kita dalam pelbagai medium dan cara kann??? Kita terpengaruh dengan trend dan arus peredaran... dan mereka mengambil kesempatan dari situ...
Seriously terima kasih kepada yang telah memberi teguran kepada iolss dulu... kita manusia tak lari dari khilaf... Syukran kerana ada yang sudi menegur kealpaan iolss.... Selepas pada itu, bila menggunakan gambar Keep Calm iolss lebih berhati2... Dan sebolehnya tak nak mengulanginya lagi...
*Tiba2 rasa nak check semua gambar2 yang iolss dah post di seantero tempat dan delete mana yang perlu sekiranya ada... Hu hu hu...
bahaya kan kalau tak perati betul²..bukan setakat gambar je, accesories wanita, baju kekadang ade je yang terselit..
ReplyDeleteAdooii ler ... Setepek kena ...
ReplyDeleteNak tukar lah ...
Yeah! Arol pun perasan lambang tue selepas beli t-shirt course Arol dan sorang pensyarah tegur. Kami yang muslim nie terkejut sebab selalu pakai t-shirt tue termasuk ketika solat. Terus pakat ramai2 untuk hapuskan lambang tue. Susah nak hapuskan pada t-shirt. Lastly, Arol gunting jek lambang tue. Berlubang-lubang t-shirt kat bahagian dada. :D
ReplyDeleteKena sentiasa berhati-hati dan teliti betul-betul. :)
ramai suka guna keep calm ni.... iolsss je tertinggal train kat belakang...hahaha
ReplyDeleteyup setuju dgn farah, lps ni kena lebih berhati2..tq 4 sharing.
ReplyDeleteok...baru perasan tentang tu farah..thanks sesangat sebab selama nie tak tau pun..terus remove image di entry pertama pagi ni...
ReplyDeleteadehh baru perasan... lepas nie kena edit tukar love love macam kak farah punye tu..hihi
ReplyDeleteBila Farah cakap baru OKje sedar...Selama ni tengok sekali lalu tak delah tenung sampai lelama ....Ada bentuk T yeh.....Tapi rasanya OKje tak pernah guna pun
ReplyDeletebaru perasan pasal tu..huhu..tq kak share pasal ni..
ReplyDeletetu ler pasal......aduhai....
ReplyDeleteaah. iqa sbnrnya dah lama perasan ada benda tu
ReplyDeleteBetul tu.. Pnh kena tgur gn hubby..
ReplyDelete