Kaedah Melatih Anak Kecil Mula Bersolat...

Farah Waheda Wahid
10
Source Extracted from Google
Macam nilah gayanya Ash bila Nek Ma atau iolss pegang dia dengan posisi berdiri dan tiba2 terdengar seruan azan di kaca TV... Bila dengar jer azan, automatik menongeng macam ni uolss... ha ha ha... Alhamdulillah, jadi ikutan juga pada Ash... Duniawi, duniawi jugak ye tak??? Akhirat jangan pernah dilupakan...Walaupun ilmu agama iolss taklah setinggi mana dan tak lah sehebat mana seperti uolss2 di luar sana...In Shaa Allah, akan iolss laksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya... Ini adalah satu aspek kehidupan yang penting di dalam kehidupan kita sebagai Muslim kann???

Source Extracted from Google
Kalau boleh seawal2 mungkin iolss nak Ash mula bersolat walaupun tidak wajib baginya...Nak bagi dia faham kepentingan solat dan juga why is it so crucial... It's a must dan tidak boleh tidak...lagi2 dia lelaki...Tanggungjawab sebagai anak lelaki dan lelaki itu besar... Ngeee...boleh tak Mummy dia berangan...tak sabar nak solat berjemaah dengan Ash dan Ash jadi imam...Giteww...In Shaa Allah... Oh anak padamu kusandarkan harapan... Muahahahaha.... Ting tong di hari Isnin... 

Sebagai Mummy yang baru melangkah ke alam parenthood, bukan semua ilmu keibubapaan iolss tau, faham dan expert... jadinya pembelajaran secara tak formal terus digali sebaik mungkin dan cuba dikongsikan dengan uolss juga... ^_^... Tak salah berkongsi kann??? 

Semua orang ada perancangan dan cara yang tersendiri di dalam melatih anak2 masing bersolat...Tapi tidak salah juga kiranya kalau kita mengambil kira dari input2 yang ada dari sumber2 yang lain kann??? Sebagai salah satu contohnya...dari artikel yang iolss baca di SINI

Suruhlah anak2mu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur 7 tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila mereka sudah sampai 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka - Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim daripada Amir bin Syuaib, sabda Rasullullah SAW.

KAEDAH MELATIH ANAK KECIL MULA BERSOLAT:

Contoh Dari Parents
Parents adalah insan terdekat dengan anak sejak dilahirkan. Oleh itu parents memang adalah model terbaik kepada anak2 untuk memulakan sesuatu perkara. Parents yang bersolat pasti mampu merangsang anak2 rajin bersolat. Sebaliknya parents yang liat atau tidak solat therefore anak2 berkemungkinan besar akan mengikut jejak langkah yang sama. Lakukanlah di open space so that anak2 boleh tengok parents bersolat. If dari kecik theyolls biasa tengok parents lakukan solat, In Shaa Allah, jiwa anak2 kecik ni akan mudah tertarik dan menuju ke arah melakukan ketaatan bersolat yang menjadi tiang agama.
If lah anak2 bermain2 masa weolls solat, jangan dimarahi theyolls sebab Saidina Hassan dan Hussin pun pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah SAW sampaikan memaksa Rasulullah SAW untuk sujud lebih lama dari biasa. Bila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa Baginda tak mau cucu Baginda terjatuh if Rasulullah SAW terus bangun.

Tapi, please ensure anak2 weolls suci dari najis yer sebelum weolls mula solat supaya tak terbatal solat weolls terkena najis theyolls. Advice anak2 dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut. Jangan sesekali berkata kepada anak "Pergi main jauh2, Mummy nak solat"... Kata2 macam tu dibimbangi akan jadikan anak2 anggap solat itu mengganggu hubungan mereka dengan parents.

Solat Secara Berjemaah
Ikhtiarkan supaya dapat bersolat secara berjemaah bersama2 sekurang2nya satu waktu sehari. Boleh jugak membawa anak2 ke surau atau masjid bermula dari mereka masih kecil supaya mereka terbiasa dengan suasana beribadah. Pupuk rasa cintakan pada masjid dan majlis2 ilmu di sana. Ash pun kalau nampak masjid kemain mata dia tengok...In Shaa Allah, nanti Mummy bawak Ash yer... hew hew hew... 

If berjemaah kat rumah, lepas solat, zikir dan doa, ambillah masa 5 minit untuk berikan tazkirah pendek pada anak2 tentang agamanya. Wah menarik... satu perkara sebagai parents yang kita kena fikirkan juga ni... Ingatkan mereka tentang kewajipan solat dan ancaman dosa. Nyatakan harapan weolls supaya mereka menjaga solat, secara lemah lembut dan berhikmah.

Belikan Pakaian Solat Kepada Anak Kecil
Sediakan tudung kecil yang cantik untuk gegirl, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya... "Wah! Handsome-nya Ash pakai kopiah untuk solat..."...Ngeee...

Maybe mereka hanya memakainnya tak sampai seminit, tapi it's ok, senyum sahaja tak perlu kata2 apa2 pada mereka. Repeat jer perbuatan ni sampailah theyolls sendiri yang mintak tudung atau songkok bila weolls ajak theyolls untuk solat.

Menghargai Dan Memberi Pujian Selepas Mereka Solat
Berikan pelukan dan ciuman paling hangat kepada mereka jika mereka mengikut weolls solat bersama2. Tidak kisahla walau berapa rakaat sekali pun.

Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut weolls solat, berikan kata penghargaan seperti... "Bagusnya anak Mummy, Ash ikut Mummy solat!"

Paling Penting, ISTIQAMAH!!!
Inilah perkara paling penting dalam mendidik anak kecil supaya mula bersolat, iaitu parents tu sendiri perlu ISTIQAMAH. Kadang2 weolls berasa penat untuk mengajak anak supaya bersiap dan solat bersama2, terutamanya anak2 kecik yang nakal dan sukar dikawal.

Jangan mudah mengalah! Diam sekejap, tarik nafas dan cekalkan hati untuk kembali mengajak anak bersolat. Anggap benda tu satu jihad untuk agama. In Shaa Allah, usaha weolls takkan sia2.

If weolls biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak2 akan merasakan tak bersalah if tinggalkan solat. Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang2 yang menjaga solat. Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kena lawan!!!

If-lah anak macam Ash kann tanya Mummy kenapa tak solat masa datang bulan, bagi tau perkara sebenar, jangan pulak kata sakit perut!!! Nanti dia fikir kalau sakit perut tak payah solat...Hu hu hu...Haru dibuatnya nanti...

Samping2 tu sebagai parents, amalkan doa dari ayat 40, Surah Ibrahim yang bermaksud:

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian jugalah zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”

*In Shaa Allah, mudah2an Ash dan anak2 lain akan jadi saham terbaik buat weolls semua di akhirat nanti... 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. anak belajar dari tindakan ibu bapa kan..ermm..

    ReplyDelete
  2. setuju semuanya lahir dari dalam keluarga..

    ReplyDelete
  3. bagus tips2 ni..akak punada anak kecik sorang..sorang lagi dah 7 tahun dah solat 5 waktu.yang kecik ni je la lagi yang tinggal.bila kita solat,dia pun nak solat jugak tapi nak pakai telekung kakak..padahal dia tu lelaki..hahhah

    ReplyDelete
  4. yup...1st tu betul..mak ayah menjadi peranan..

    ReplyDelete
  5. Melentur buluh biarlah dari rebungnya kan kak? :)

    ReplyDelete
  6. Bagus n3 nie !!! Hanya separuh yang saya amalkan !!!! Tambahan idea yang bagus

    ReplyDelete
  7. Solat harus dipraktiskan selalu kepada mereka

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !