It's A Magical Day @ Magic Fest Putrajaya, PICC

Farah Waheda Wahid
15

Uolsss... iolss baru balik dari Putrajaya International Convention Centre ("PICC") petang tadi ok??? ^_^... And selepas uruskan Ash semua bagai, barulah iolss berkesempatan untuk duduk menaip dan bercerita pada uolss ni ha... Ha ha ha, itu tandanya Ash dah tidur ok??? Malam ni dia tidur awal sikit sebabnya, badan Ash tak berapa nak sihat dedar sikit uolss... Hu hu hu... Tapi itu weolss story lain ek???


Ok, diberi mandat sebagai media, maka iolss akan bercerita berdasarkan pengalaman sebenar seharian iolss di PICC hari ni dan AMARAN: ENTRI INI AKAN DIPENUHI DENGAN MAGIS... SO SIT BACK AND RELAKS UOLSS... LAYAN GAMBAR, LAYAN VIDEO... Hik hik hik, plusss... entri ni memang akan panjang lebar...Err well, Bubblynotes dan entri panjang lebar memang sinonim kann??? Ahaksss macam tak biasa pulak uolss... 



Cuti sekolah dah mula kann??? Bagi iolss-lah, ada satu spot yang menarik yang parents boleh bawa anak2 masing2 beriadah sempena musim cuti sekolah ni. Di mana??? Ha meh nak habaq... sempena dengan musim cuti sekolah ni PICC ada menganjurkan Magic Fest Putrajaya selama 4 hari iaitu bermula dari 12 September 2014 sehingga 15 September 2014. 

Apa ada di Magic Fest Putrajaya ni??? 





Sebenarnya pengisian Magic Fest Putrajaya ni uolss adalah aktiviti2 yang menghiburkan seperti pertandingan silap mata, bengkel, gerai barangan silap mata dan juga Malam Gala iaitu persembahan ahli silap mata ternama atau 'International All Stars' sebagai acara kemuncak. 

Ok cerita pasal Malam Gala ni dulu sebelum cerita lain... Malam Gala ni uolss akan diadakan pada hari Isnin, 15 September 2014 pada jam 8 malam. Ia akan mengetengahkan 8 pemenang kategori 'International All Stars'. Antaranya ialah Avery & Sylvia (Malaysia), Henning Nielson (Denmark), Victor Voitko (Ukraine), Mike Chao (Taiwan), Ma Yan Yan (China), Kenji Minemura (Jepun) dan Jung Byung Gu (Jepun). 


Untuk hari Isnin, 15 September 2014... 

9am - 9pm 
Operasi 'Magic Booth' dan Kaunter Demo

10am - 8pm 
'Clown & Magician Walkabout'

11am - 12pm 
Persembahan Magis 

1.30pm - 2.15pm
Bengkel Magis: Victor Voitko (Ukraine)

2.45pm - 3.15pm
Persembahan Magis

6.30pm - 7pm
Persembahan Magis 

8pm - 11pm 
Malam Gala: Persembahan 'International All Stars' & Majlis Penyampaian Hadiah kategori 'Malaysia Open'. 

11pm - 11.30pm
Sesi suai kenal & fotografi dengan peserta 'International All Stars' 


Untuk masuk tiket bagi setiap acara bermula daripada RM 2 untuk kanak2 dan dewasa bermula daripada RM8. Untuk persembahan Malam Gala pula pada 15 September 2014, Isnin... Tiket untu dewasa ialah RM50.00 manakala kanak2 adalah RM25.00. 


Tiket boleh didapati melalui pembelian secara tunai dari Kaunter Tiket yang terletak di 'Business Centre @PICC' yang dibuka setiap hari (termasuk hujung minggu & cuti umum) dari jam 9 pagi hingga 8 malam. Tiket adalah terhad dan ia dijual pada konsep 'first-come, first-served'.


Magic Fest Putrajaya ini mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di bawah promosi 'Tahun Melawat Malaysia 2014' serta Perbadanan Putrajaya, Publika dan Naza Corporation.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah kiranya uolss kunjungi atau contact 'Ministry of Magic' di www.magicfestputrajaya.com atau hubungi 03-8887 6000. Uolss boleh jugak e-mailkan pertanyaan uolss ke enquiry@picc.com.my. 

Uolss boleh jugak lawat2... https://www.facebook.com/magicfestputrajaya

*Oh ya, selain tu kann... sebanyak 30 'pro-shops' dibuka untuk para peminat membeli kit silap mata untuk dicuba... ^_*... 

**Moh ler.. dari tak ada apa or tak pergi mana2... luang2kan masa beriadah dan bersantai di Magic Fest Putrajaya yang rare dari exhibition or fest yang lain kann??? 

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wowww !! ailaikeeeeeeeeee............!!

    ReplyDelete
  2. Memg magic la sis..besnya klau dpt pi cna Sib baik ticket flight mhl

    ReplyDelete
  3. Plan nak gi hari ahad punye, sekali ada hal plakkkkk. Ni kalau bawa budak-budak tu mesti diaorg suka kan. Tiket murah lak tu!

    ReplyDelete
  4. alamak kak, sampai harini jer ke?? ingat besok nak pegi..huhuuhuu..

    ReplyDelete
  5. smlm kat nlko ad jemput 2 org magician ni...mmg takjub jugak la tgk hehe

    ReplyDelete
  6. syoknya...tp jauh la pulak..hehe..

    ReplyDelete
  7. Bestnyer dapat pergi tengok magic ^_^

    ReplyDelete
  8. banyak betul aktiviti kat sini ye..kalau dekat boleh gak terjah..

    ReplyDelete
  9. nad tak dapat pergi sebab ade hal..sobsobsob..kak jemput join simple giveaway nad berkenaan produk ecover

    ReplyDelete
  10. Sy dtg hari Ahad masa final Malaysia Open.
    http://mrsjaysblog.blogspot.com/2014/09/magic-fest-putrajaya.html?m=1

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !