Hanyir Ikan??? | Cara2 Menghilangkan Bau Hanyir Ikan...

Farah Waheda Wahid
16
Source Extracted from Google
Bha ha ha, dah kenapa memalam bercerita perihal dapur pulak ni??? Pulak dah... ini tak lain tak bukan teringat esok nak masak apa... Wakakakaka... Tadi dah masak kari tanpa santan ikan nyok nyok... esok tak tau nak masak apa pulak... tengah merangka2lah ni dalam kepala pemikiran ni... 

Apa saja kalau makan, tetiba ada bau dan rasa hanyir memang potong betul... Siapa2 pun akan rasa macam tu, tapi tak taulah kot2, ada yang jenis main belasah jer kann??? Iolss memang taklah, kalau bau jer dah hanyir terus tolak tepi uolss... Perkara ni memang iolss peka dalam pemakanan... tak tau naper, tapi itulah iolss.... Hurmm... Sebab tu iolss ni agak memilih dalam pemakanan... kalau iolss pergi ke mana2 warung atau gerai atau restaurant, kalau bau pun dah hanyir atau sekali rasa masih ada rasa hanyir atau hamis, next memang taklah iolss nak makan uolss... Cerewet tak??? Cerewet kann???

Salah satu ilmu dapur yang perlu ada pada semua orang yang memasak adalah mengetahui cara2 untuk menghilangkan bau hanyir ikan dan juga bau hamis pada bahan2 masakan yang lain seperti ayam...tapi ini bukan nak cerita pasal ayam, ini nak cerita pasal ikan... 

Daripada beberapa sumber yang iolss dapat kumpulkan di SINI, SINI dan di SINI...
  1. Ini seperti apa yang iolss biasa lakukan uolss... ambil beberapa biji limau nipis, potongkan kepada beberapa bahagian, gaulkan dan ramaskan kepada ikan yang nak dibersihkan tu, lepas tu rendam atau perap selama 2-3 minit. Lepas tu bilas dengan air bersih. Sure tak hanyir... cara basuh tu nak kena betullah ek??? Baru tak hanyir... Kalau main celup2 jer...memang lerrr ikan tu tetap akan hanyir... 
  2. Masukkan ikan yang telah disiang ke dalam bekas untuk ikan dicuci, campurkan dengan air asam jawa yang pekat, rendam selama 1 jam dan basuh dengan air bersih.
  3. Untuk ikan darat a.k.a. ikan sungai a.k.a. ikan air tawar pulak... sama ada ambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas kedua2nya dan gaulkan bersama ikan. Perapkan selama beberapa minit dan kemudian bilas dengan air bersih. ATAUPUN... rendamkan ikan yang telah disiang dalam air cucian beras selama 20 minit kemudian basuh dengan air bersih. Dan ada juga petua yang kata boleh gunakan daun jambu ataupun daun pisang. Tapi iolss tak pernah buatlah uolss... 
Macam tulah lebih kurang serba sedikit tata caranya... diharapkan bermanfaat buat weolls2 semua sebagai panduan dan juga untuk dipraktikkan sekiranya ada yang tak tau... Hu hu hu... Tak tau tak apa, kita belajar ek??? Semua orang bermula dari tak tau kepada tau ok uolss... Ngeee.... 

*Tiba2 teringat cerita Setinggan ek tajuk dia masa iolss kecik2 dulu, yang mana Hamid Gurkha dan Dharma nak masak Sup Ikan Merah, cuci ikan dengan air sabun dan siap berus gigi lagi ikan tu...muahahahaha... Errr... ada sesiapa yang pernah tengok ke cerita tu... Dan bila ada yang tak tau... itu menandakan oh my age is getting kertu...wakakakaka.... 

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. eemmm...nice sharing sis..hheehe..bole bawak petua ni bila dak kawen nanti..sekarang asyik mak ja masak..hahhaha..

    #lawat n komen di blog saya pula yeaa...
    http://blackmakesweet.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ye ye sue ingat cite tu hahahha...sue selalu basuh ngan air beras je...

    ReplyDelete
  3. memang kena cuci bersih2 lepas tu... kalau tak memang hanyir... spoil tau....

    ReplyDelete
  4. Akak memamng basuh ikan dengan limau kalau nak hilang hanyir. Rasa tak sah kalau takde limau...hihihi

    ReplyDelete
  5. Kagum la dengan Farah ni.. Entri meletop je selalu..

    ReplyDelete
  6. selalu guna limau nipis dan air asam jawa ja..nice tips kak Farah.. :)

    ReplyDelete
  7. mak saya pon ajar mcm nie jugak nk hilangkan bau hanyir ikan.. guna limau atau asam ja..

    ReplyDelete
  8. Sue biasanya cuci ikan samada dgn air beras, air asam jawa atau air limau kasturi...setakat ni mmg terbukti hilang bau hanyir...

    ReplyDelete
  9. yang air basuhan beras tu first time dengar :D sebab ingat air basuh beras buat siram pokok bunga kekeke.. selama ni ngan limau or asam jawa saja tahu.. kekadang dengan garam kalau dah tak ada limau.

    ReplyDelete
  10. selalunya memang basuh dengan asam..tak kirelah asam keping,asam jawa,asam belimbing or asam limau..semua boleh asalkan bau hanyir tu hilang :)

    ReplyDelete
  11. If akak...luumur ngan asam jawa atau limau kasturi je...lain dr tu x tau...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !