![]() |
Source Extracted from Google |
Siapa yang mengalami masalah enuresis atau kencing malam??? Ha baik ngaku cepat??? Kui kui kui... Biasanya anak2lah kann??? Dah jenuh nak basuh tilam, cadar atau nak berangkat tilam dan jemur ye tak??? #ehhh... Iolss tak ada masalah ni tau...dan tak pernah ada masalah ni...Ha ha ha...
Enuresis ialah terma dalam perubatan untuk kencing malam ok uolss??? This is where kanak2 kencing tanpa disedari semasa tidur. Kebanyakan kanak2 berhenti kencing malam selepas berumur 5 atau 6 tahun tetapi ada juga kajian menunjukkan 10%-15% daripada kanak2 yang berumur 5 hingga 12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masalah dalam sistem buah pinggang.
Apakah Punca Kencing Malam???
Menurut pakar kanak2, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurang penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur. Dikatakan juga kanak2 yang mempunyai masalah kerap kencing malam disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur. Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Sumber: SINI
Jenis2 Kencing Malam
- Kencing malam hanya di waktu malam (peringkat awal nocturnal enuresis).
- Kencing malam di waktu malam dan siang hari (tidak boleh mengawal kencing). Hal ini perlu penilaian seterusnya oleh doktor untuk mengesan sebab yang lain.
- Sebab2 gangguan lain yang boleh menyebabkan kencing malam (secondary enuresis) ialah jangkitan pada pundi kencing, masalah saraf tunjang, pundi kencing yang tidak normal dan masalah metabolisma seperti kencing manis. Selalunya keadaan yang seperti ini akan menunjukkan tanda2 lain selain dari kencing malam.
Sumber: SINI
![]() |
Source Extracted from Google |
Parents boleh risau kan kalau keadaan ni berterusan...so nak atasi macam mana... menurut sumber di SINI
- Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak2 adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik.
- Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa 2 atau 3 jam sebelum mereka tidur.
- Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
- Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
- Jika anak tidur sendirian di bilik mereka, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
- Jangan marah atau memalukan mereka akan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja melakukan perkara itu. Sebaiknya beri sokongan kepada mereka.
- Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
- Cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
- Untuk mengelakkan tilam basa dan berbau alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.
- Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
![]() |
Source Extracted from Google |
![]() |
Source Extracted from Google |
![]() |
Source Extracted from Google |
- Cuba cari sarang semut, sarang tu biasanya diperbuat daripada pasir atau tanah. Tak taulah kan kalau2 ada sarang semut yang diperbuat daripada bahan2 yang lain. Kui kui kui... Ambil sedikit tanah dari sarang tu dan campurkan dengan air. Lepas tu palitkan campuran tanah dan air tu di perut dan bahagian belakang badan anak yang sering kencing malam. Sambil palit tu elok juga baca selawat Nabi 3x sambil menarik nafas. Mudah2an berkesan. In Shaa Allah.
- Sediakan ramuan madu lebah. Perahkan sedikit air limau nipis di atas satu sudu kecil madu lebah dan suruh anak minum. Amalan ini perlu dilakukan setiap pagi dan sebelum tidur setiap hari. Mudah2an anak itu akan berhenti kencing malam atau sekurang2nya kencing dia kencing anak tu semakin lama semakin berkurang pada waktu malam dan sampailah dia boleh control dan berhenti.
Penting nak pantau dan mencari penyelesaian pada masalah enuresis atau kencing malam ni uolss...sebabnya masalah kencing malam ni boleh mengakibatkan perasaan rendah diri di dalam diri anak2 dan perasaan itu sendiri boleh menyebabkan faktor risiko untuk masalah psikitrik dan masalah sosial yang lain seperti tekanan di dalam keluarga???
Setiap masalah pasti ada solution kann??? Kalau tak bukan masalah namanya... Yang penting kita kena sabar... dan hadapi masalah tu dengan tenang...Till then cheerios!!!
skrg ni ada jual sleep mat protector, kalo anak kencing, tilam x basah...insyaallah memudahkan kerja mak2 sket :)
ReplyDeleteuittt...siap ada alarm nie...hehehe
ReplyDeleteNasib berlaku masa kecik kecik jer dulu ....la ni dah tak de hehe....kalau tak parah mak hehe
ReplyDeleteanak buah fiza ada yang dah besar sikit pun masih kencing malam..jenuh nak memasuh n jemur tu..kena atasi dari peringkat awal..bahaya melarat sampai ke besar kan
ReplyDeletegreat entry dapat tambah ilmu lagi
ReplyDeletedl sepupu kencing mlm smpai umo 15 ke 16 cmtu kot.last2 wt petua org tua2.ambik pepatung yg besar tu bg dia gigit kt pusat :p
ReplyDeleteEna selalu terbangun kencing malam.. sebab sebelum tidur minum air bergalen galen.. ekekekkeke.. XD
ReplyDeletePetua kakak pulak Farah urut minyak panas di ari-ari dan tonggengkan anak (angkat kaki atas, kepala ke bawah - pegang kuat-kuat jgn sampai jatuh nyaya nanti hihi..) sebelum tidur. Lakukan selalu. Ada yg menjadi tau.
ReplyDeleteanak-anak akak tak pernah kencing malam....pastikan sebelum tidur kena kencing dulu...hihi
ReplyDeletesalam sis. sy mengaku hehehhe tapi tu masa kecik la..sekarang da besar takda da heee
ReplyDeletedulu adik akk ms kecik2 ada... tp dah besar dah ok...
ReplyDeletefarah, boleh ajer nk kirim daging salai.. kalau akk balik kuala pilah akk bgtau ok ;)
Wah! Dapat ilmu baru.. Thanks Farah for sharing.. Tak ingat ada ke tak masalah ni masa kecik2 dulu.. Rasanya macam takda..
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
bila mimpi buang air..sedap je buang air...sedar2 buang air atas katil...hehehe
ReplyDeletenasib baik la anak2 noe dah x ada kencing malam...
org kate kalo budak suka kencing mlm jgn bagi sgt mkn tembikai...ye ke tak ai pun tak sure..
ReplyDeletekadang2 alat2 tubukan mencegah..ianya cuma untuk elak kantilam basah je..cemana pun ibu bapa kena cegah supaya ianya tak berlarutan..
ReplyDeletehehe..timm dlu pun kncing mlm taw..sush mk nk bwak g brjln..tpi klu dduk rumh org xjadi pulak..skrang xde dah yer..da besaq..hehe..
ReplyDeletedulu masa kecik2 selalu lah..dah besaq tak jadik dah..hehe
ReplyDeleteilmu baru ni... heee ~ iolsss tak boleh kencing, maka tak adalah kencing malam mahupun siang... kehkehkeh
ReplyDeletealhamdulillah x prnah berlaku mcm ni
ReplyDeleteso far x pernah alami....
ReplyDeleteNice sharing...
ReplyDeleteTeknologi canggih sekarang yer...bole ringankn tugas mak2...
ReplyDeletePetua yang menarik dan berguna untuk dipraktikkan oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mengalami gejala enuresis. Bagi saya, petua tradisional ini agak pelik tetapi boleh dicuba juga dengan berselawat seperti yang diterangkan oleh admin. Insya Allah.
ReplyDelete