Dia Yang Pandai Mengambil & Mencuri Hati...

Farah Waheda Wahid
17
Usia dia baru 9 bulan, tapi telatah dan gaya ada kalanya macam faham semua perkara dan semua benda uolss... Dia memang aktif, dia memang suka bergurau, tapi ada masa bila dia lihat Nek Ma kurang sihat... tengok Mummy dalam emosi yang tidak stabil atau kurang stabil...muahahahaha...tapi tak adalah jadikan dia mangsa...Alhamdulillah, Allah bagi iolss kekuatan itu untuk tetap menyayangi dia seperti biasa dan tidak melepaskan apa2 tantrum kepada dia... Hik hik hik...Ash jer selalu buli Mummy...tantrum dengan Mummy... muahahaha.... Ok sambung, bila dalam keadaan2 sebegini... dia sangat pandai mengambil dan mencuri hati... 

Tak perlu dia buat banyak pun... cuma main kedip2 mata dengan Mummy sambil tersenyum dengan air muka yang penuh cheeky dan kiss pipi Mummy...ahakss... melting ok uolss??? Terus melting... Hilang segala yang difikir dan hilang segala perkara yang tak best atau boleh membuatkan hati marah...Penawar paling mujarab uolss dan juga motivator untuk iolss terus bergerak ke hadapan giteww...Yupp, itulah dia penguat Mummy dia... Bukan apa, cerita ni bukan nak tarik simpati uolss... ha ha ha, tak ada kena mengena dengan simpati punn.... Cuma, terbayang2 ciuman Ash yang membuatkan Mummy sentiasa melting dan memang tengah melting pun ni kat office membayangkan...ekekekeke... 

Macam tu lah caranya dia buatkan Mummy cair dengan dia...Abah Ash kata...habislah esok dia goreng Mummy dia... senang jer nak buat Mummy dia melting??? Huyooo... ye ker??? Ermm... melting2 jugak...yes is yes...no is no... Kecik2 dah pandai ambik hati Mummy ek??? Moga2 berkekalan sampai ke besar esok uolss...Jangan dah besar2 sok, lupa kat Mummy...memang mendapat Ash... In Shaa Allah, takkkk kann??? Kita doakan yang baik2 ajer... Kalau fikirkan kebaikan, kebaikanlah yang kita nampak, kalau fikir keburukan, keburukanlah yang kita nampak...Giteww... 

Anak kecik yang baru kenal dunia cuba untuk mengambil dan menjaga hati ibu bapa... So sweet gitew...Membuatkan iolss terfikir tentang satu perkara dan artikel yang iolss baca dulu...Kat mana tak hingat, makanya tak dapat nak nyatakan sumber yer??? ... Tentang WAJARKAH IBU BAPA MENYAKITKAN HATI ANAK2??? 

Seorang Muslim adalah dilarang menyakiti Muslim yang lain...tak kira lah menyakiti orang tu dari sudut fizikal ke, mental ke, dan tak kiralah sama ada si beliau tu saudara mara ke, kawan2 ke, orang asing ke...kita ni kan dilarang menyakiti sesama manusia, haiwan dan tumbuhan tanpa sebab yang dibenarkan syarak???

If-lah parents memang saja2 jer nak sakitkan hati anak, sama la situasinya... itu juga dilarang...except kalau parents tak berniat pun nak sakitkan hati anak, tapi disebabkan anak tu jenis cepat sentap, tegur sikit dah kecik hati... terus keluar rumah lah, masam muka dengan parents lah... huisshhh nauzubillahminzalik, moga2 anak2 weolls semua tak macam tu lah ek hendaknya... 

Dalam islam, hak parents tu lagi besar dari hak anak2... maknakan, tahap parents tu lagi tinggi...if seorang anak bunuh bapanya, maka anaknya itu boleh dikenakan hukuman qisas (bunuh balas)...tapi if bapa yang bunuh anak, maka bapa itu tak dikenakan hukum qisas...sebab bapa tu dikira usul (tunjang) keluarga. Cumanya, undang2 kita memang akan hukum sesiapa sahaja yang membunuh sesiapa tak kira bapa tak kira anak...yelah kann??? Membunuh itu adalah satu perbuatan yang sangat kejam uolss... 

Macam tu jugak dalam bab harta...anak2 tak boleh ambik harta parents (macam yang banyak berlaku sekarang ni, harta bapa ditukar nama, lepas tu hantar bapa ke rumah orang tua)...tetapi bapa pulak boleh ambil harta anak2nya walaupun tanpa pengetahuan anaknya. Kiranya untuk kaum bapa ni, hartanya adalah hartanya gitew, harta anaknya juga adalah hartanya. Ini cumalah sekadar nak tunjukkan bahawa melakukan perbandingan antara anak dan parents merupakan satu perbandingan yang salah. 

Buatlah baik macam pun, ianya langsung tak akan dapat menyamai kebaikan parents...Jahatlah parents macam mana pun, ianya tak akan dapat menghakis pengorbanan besar yang theyolls dah lakukan terhadap anak2. 

If kita sibuk fikirkan persoalan hati kita, pernah tak kita bayangkan persoalan hati parents??? Weolls bukan lahir2... 1-2 jam dah boleh berjalan macam anak lembu uolss...ambil masa berbulan, baru boleh meniarap, bertahun baru boleh berjalan, bertahun jugak baru bercerai susu dan lampin...itu pun kerja dok terkencing atas tilam jer masa mula2 belajar tak pakai diapers. Siapa agaknya yang tolong basuhkan najis, cucikan pakaian dan tilam yang terkena najis anak2??? Siapkan susu...tak tidur malam sebab anak2 menangis nak susu, nak ajak main etc??? Mummy2 tak terasa hati pun dengan semua tu, walaupun masa tu Mummy masih lagi lemah (sebab darah nifas masih keluar), tidur tak tentu masa...semua tu dilakukan dengan penuh kasih sayang...anak oo ok pun dikatakan comel...hew hew hew... berapa lama agaknya kasih sayang itu berterusan???

Bila weolss dah besar sikit (dan sepatutnya menggalas tanggungjawab untuk membantu mengurus rumah), sometimes ada di antara weolls selalu sakit hati dengan kata2 parents... padahal kann, theyolls cuma berkata2, theyolls tak buang najis kat baju weolls, tak suruh pun weoll basuh najis mereka... mereka tak buang najis merata yang buat weolls susah nak cuci, theyolls pun tak mintak kita suapkan makanan, pakaikan diapers, tolong buatkan susu tengah malam etc...

Theyolls tu just berkata2 jer...dan kebanyakan kata2 theyolls tu memang betul dan kena tepat atas batang hidung weolls...itu yang buat weolls tak puas hati...sampai weolls pulak terasa nak membalasnya supaya parents sedar diri...Huh...padahala yang sepatutnya kena sedar diri di sini adalah weolls, bukan theyolls. Sebab parents kedudukannya sangat tinggi...dan anak yang bertahap rendah ni tak payahlah perasan dah cukup bagus untuk mengecikkan hati parents...

Kalau bos bagi arahan kat pejabat, cepat jer weolls buat ek??? sebab weolls sedar "tahap" bos tu kat mana, tapi kalau parents yang suruh or bagi arahan, jangan kata nak buat, weolls pertikaikanlah, kalau buat pun, dengan muka tak puas hati...errrr...tapi iolss tak macam ni In Shaa Allah, setakat ni tak, masih gigih lagi membesarkan Ash dan menjaga parents iolss... 

If Mummy weolls marah, apa salahnya weolls diam dan dengar??? perangai Mummy2 memang macam tu, if kita ni Mummy, satu hari nanti weolls pun macam tu jugak... Kadang2 weolls tak tau apa yang ditanggung oleh Mummy...bila rumah tak kemas, maybe Abah tengok dan marah kat Mummy... sebab Mummy tak pandai urus rumah... weollss memanglah tak tau, sebab Abah2 ni biasanya marah Mummy2 dalam bilik uolss...ahakss... Memang padanlah sebab yang tu adalah weolls sometimes... 

Tak perlu nak kecik2 hati dengan Mummy weolls, if betul weolls sayangkan Mummy, kasih sayang itu lebih besar daripada rasa kecik hati ok??? Mummy2 buat apa pun...In Shaa Allah, weolls takkan terasa hati... Bila Mummy marah, apa kata terus pergi peluk Mummy kuat2 cakap kat Mummy... "I Love You..." .... In Shaa Allah, akan terpadam lah api kemarahannya...dan mungkin Mummy2 akan berkata... "Dah buang tebiat ke apa???" Mih mih mih... Tapi iolss taklah macam tu... iolss akan jawab... "I Love You Too"...pas tu bagi sambungan ceramah sikit...muahahahaha

Ash, baca ni!!! Ha ha ha... Macamlah dia reti baca... tapi moga2 Ash jaga hati Mummy tau sampai Ash besar dan dewasa nanti...In Shaa Allah... Doa ni uolss doa... Stay the way you are yang so sweet pandai ambik dan curi hati Mummy ni...Ihikss... Pokok pangkal didikan ye tak??? Hu hu hu... 

*Sebenarnya sedih sangat ni... tadi ternampak seorang anak marah ibunya yang dah tua di shopping complex tempat iolss kerja ni uolss... Anak dia tu baya2 iolss ni kot... Perempuan... Teruk sangat marahnya...pas tu suruh mak dia bagi duit kat dia... Errr... Bergenang air mata iolss...Nak campur takut kena hentak pulak... Bila mak dia keluarkan duit RM50.00 ringgit dia kata... "Takkan RM50.00 jer??? Ni nak makan macam mana ni???"... Pelan jer makcik tu jawab... "Ini jer mak ada, mak tak bawak duit kat rumah tu tadi, ingat tak nak pakai..."... 

**Ermm...iolss tak tau apa punca dan buah butir... Tapi disebabkan tak sanggup nak dengar makcik tu terus kena marah macam tu... Ada rezeki sikit ni, apa yang ada dengan iolss lah... Iolss bagi RM 50.00 kat makcik tu, cakap kat dia... "Makcik, ini jer yang saya ada sebenarnya... tapiii, makcik ambiklah... saya tak sanggup nak dengar makcik kena marah..."... Huh, lepas tu tanpa pandang anak dia, iolss terus pergi dari tempat kejadian... Hu hu hu... Tak apalah... hilang RM50.00 untuk hari ini...In Shaa Allah akan digantikan dengan yang lebih baik kann??? Sampai sekarang geram dengan anak dia tu... (ok, memang iolss emo ni uolss..mencik ar dengan orang macam ni... hu hu hu....)

Post a Comment

17Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ash memang comel..macam mummy dia..

    ReplyDelete
  2. ibu bapa yang mencorakkan kehidupan anak anak mereka seawal kecil..hinggalah dewasa.

    ReplyDelete
  3. iolsss pernah kena marah then peluk cium mama iolsss, terus dia senyum....

    hmmm gamaknya seorang anak marah mak dia cenggitu hanya sebab duit, haihhhh

    ReplyDelete
  4. sedihnya...huhu kak MV ni RM50 bukan minta dr mak...tapi sepatutnya beri tiap bulan..kalo ada lebih bagi lebih

    ReplyDelete
  5. memang tugas seorang anak adalah mencairkan hati ibunya..tahniah Ash..anda telah berjaya..hahaha

    ReplyDelete
  6. Zaman mak kita dulu, zaman kita dan zaman anak kita dan zaman cucu kita , ada saja perubahannya..mengiku arus kemodenan. Jadi kita berada dimana zaman kita sekarang untuk mendidik dan menerima pelajaran.
    Sekarang jiwa anak² lebih sensitif. Lebih menunjukkan pernghargaan terhadap org tuanya .

    ReplyDelete
  7. Macam2 orang sekarang nie... Dunia akhir zaman

    ReplyDelete
  8. Tak faham dengan manusia yang sanggup buang anak sendiri... Ya Allah.. ena ni tak kahwin lagi teringin sangat nak ada anak.. T_T

    ReplyDelete
  9. Saat yg paling indah bagi seorang ibu melihat anak membesar didepan mata...kdg2 boleh menitis airmata..syukur sgt diberi peluang utk menikmati perasaan menjadi seorg ibu kan..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  10. Ya Allah.. Sedihnya kak... Ishk3:-(

    ReplyDelete
  11. Memg x patut dia prlakukn ibunya spt tu kesian..memg sdh

    ReplyDelete
  12. Aminn..moga Ash menjadi Anak soleh yang menjaga mummy dengan baik bila Ash dah besar..

    Ishh..sedihnya cerita akak tu..ada lagi anak yang tak hormat mak sendiri kan..sakit pulak hati bila tengok orang camtu kan..moga dia insaf sebelum terlambat

    ReplyDelete
  13. Betulkan seorang ibu mampu jaga 10 org anak, tp 10 anak belum tentu dpt jaga seorg ibu. Apapun, moga kita x jadi anak derhaka...

    ReplyDelete
  14. semoga ash menjadi anak yang soleh...cerita last tu..sedihnyaaa..

    ReplyDelete
  15. Huhuhu sedihnyerr ada jgak manusia camni ya..klau la ad kt dpn mata kita rasa nk cekik2 jer manusia camni ..tak berhati perut langsung ..huhhh..mencik jugak ..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !