Salam Merdeka Malaysia | Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Salam Merdeka Malaysia!!! ^_^... Salam Kemerdekaan Malaysia yang ke 57 buat weolls semua termasuk diri iolss... Salam Kemerdekaan Malaysia yang pertama kali buat anak Mummy yang dilahirkan sebagai anak di bawah kemerdekaan... Alhamdulillah, sekali lagi weolls semua ni termasuk iolss lettew, berpeluang menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita yang tercinta iaitu Malaysia... 

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta... Tema Hari Kemerdekaan yang ke 57 yang dipetik dari bait2 pertama lagu Allahyarham Sudirman iaitu Warisan. Apa yang cuba ditonjolkan di dalam tema Hari Kebangsaan kali ini ialah dalam menzahirkan patriotisme ialah ia bermula dengan hati. Daripada hati, kita menggerakkan perbuatan kita. Memang pun, apa yang kita lakukan adalah dari hati... jika hati tak ingin melakukan, jika hati tak menggerakkan, fikiran pun tak melaksanakan perbuatan. Oleh itu, sama2lah kita menjaga hati kita, kerana hati itu adalah satu elemen yang penting dalam setiap tindak tanduk, perlakuan serta perbuatan kita... What defines us directly or indirectly it is actually come from within our heart... Tapi tindakan, perlakuan serta perlaksanaan hanya semata2 dari hati tanpa diiringi fikiran juga membahayakan, jadi awas dan beringat2 lah kita semua ye... 

Merdeka mempunyai pelbagai signifikan kepada pelbagai individu yang berbeza... masing2 mempunyai kefahaman tersendiri, masing2 mempunyai pandangan tersendiri... bergantung kepada seseorang individu itu... ada yang mendefinisikan merdeka itu sebagaimana ia yang sepatutnya didefinisikan, ada yang mendefinisikan mengikut situasi semasa... Sehingga ke hari ini, Malaysia masih lagi aman harmoni walaupun ada kalanya timbul isu2 di sana sini... rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dengan keamanan tanpa peperangan dan dapat hidup di bumi Malaysia...

Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia, sememangnya kita perlu bersatu untuk menjaga tanah air kita... Berkerjasama... Menerima segala sesuatu dengan hati yang terbuka... Bersatu kita teguh bercerai kita roboh... Itulah patriotisme kita yang sebenarnya... Even apa sekali yang jadi pun, janganlah kita sampai membuka peluang pada pihak luar untuk mengambil kesempatan ke atas negara kita... sebab tu bagi iolss... bila mana berlakunya percanggahan, berlakunya perbalahan, berlakunya krisis di sana sini...tidak sependapat... sepatutnya kita duduk dan berfikir kembali, bagaimana susahnya mereka2 yang hidup sebelum kita semasa dijajah, bagaimana susahnya mereka2 mengharapkan serta memperjuangkan kemerdekaan dan betapa beruntungnya kita dapat lahir, tinggal dan hidup di bumi merdeka serta menikmati segalanya... 

Walaupun kita merdeka dari dijajah negara, tidak bermaksud kita telah merdeka pemikiran ataupun merdeka cara kehidupan...Tapi itu semua bukan alasan bagi kita untuk tidak mempertahankan negara kita... Pemikiran dan cara kehidupan adalah sesuatu yang sangat subjektif untuk diterangkan secara secara panjang lebar... itu semua bergantung kepada individu masing2... Fikir2kanlah yang mana yang baik dan yang mana yang buruk untuk negara kita... Apa yang penting... kita cintai negara kita, pertahankan negara kita, lindungi negara kita, majukan negara kita semoga generasi akan datang terus dapat menikmati kemerdekaan ini... ^_^... 

*Phewww... iolss kalau dah patriotik ni bercakap melebih dari ahli politik...wakakakaka.... apa2pun... MERDEKA!!! 

**Tunggu Ash besar sikit boleh bawak Ash gi tengok fireworks... he he he... Kecik2 macam ni tidur jerlah kerjanya kat rumah... Dah sedap tidur tu lepas penat 'mengemas' katanya... Ha ha ha... Sambut merdeka dalam mimpi lettew tetiba gelak dalam tidur tu... Ihikss... 

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Salam kemerdekaan ke 57 negara kita, pcl tgh layan citer perang..suka sangat @ HBO.

    ReplyDelete
  2. Salam kemerdekaan ke 57 untuk Malaysia...dan... kak faraaa jugekkkk !!

    ReplyDelete
  3. Tahun depa dh boleh bawa ash kak.. hihi tupon klau ash tkde adik.. :p

    ReplyDelete
  4. salam merdeka..di sini lahirnya sebuah cinta antara diriku dan dia...hahaha..Malaysia tercinta!

    ReplyDelete
  5. ash ketawa dalam tido? haa ash tgh pikir nk buat ape esk tu..nak "mengemas" dapur plak..hihihi

    ReplyDelete
  6. Salam kemerdekaan. Semoga kita merdeka dari segala aspek..insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Salam merdeka Farah..Disini lahirnya sebuah cinta...

    ReplyDelete
  8. Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.. :)

    ReplyDelete
  9. Salam Merdeka..moga Malaysia terus merdeka

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !