Malaysia Berkabung | 22 Ogos 2014

Farah Waheda Wahid
18
Source Extracted and Edited from Google
2014 is a tragic year for Malaysia and Malaysian... Demikianlah yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Malaysia... Siapa yang tak terkesan, siapa yang tak terasa, walaupun mungkin tiada saudara mara weolss ataupun sahabat handai yang terlibat dalam kedua2 pesawat.... :(... 

22 Ogos 2014 telah diisytiharkan sebagai hari Malaysia Berkabung... Peraturan hari berkabung Malaysia pada 22 Ogos 2014 sempena memperingati tragedi MH17. Pada hari tersebut, mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia akan tiba di tanah air (KLIA) lebih kurang pada jam 10 pagi menggunakan pesawat khas dari Amsterdam. Majlis penuh istiadat sebagai menghormati jenazah MH17 akan bertempat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Terdahulu, penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Tujuan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014
Tarikh 22 Ogos 2014 dipilih sebagai Hari Berkabung Negara ekoran tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 17 Julai 2014 di wilayah Donestk, timur Ukraine. Pada hari tersebut kerajaan turut menerima 16 daripada 24 jenazah warga Malaysia termasuk seorang warga Belanda tragedi MH17 yang diterbangkan dari Amsterdam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17
  • Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan.
  • Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan.
  • Pakaian hendaklah warna2 yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang beragama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam; dan
  • Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan digantikan dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.
Sumber: Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17 | melvister.com

*Al-Fatihah buat mangsa2 yang beragama Islam dan takziah buat mangsa2 yang bukan beragama Islam...  

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mama tak boleh tengok sedutan kat tv3 tu, setiap kali tengok, setiap kali air mata keluar, cukup tersentuh, kepergian mereka ketentuan Allah... Al Fatihah

    ReplyDelete
  2. Nurul sangat bersetuju dengan langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia, mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai hari berkabung. Al-fatihah untuk mereka yang beragama islam dan RIP untuk yang lainnya.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah...tears ..
    Smg roh mangsa beragama Islam dicucuri rahmatNya
    RIP kpd mangsa2 yg lain...

    ReplyDelete
  4. Al fatihah utk mereka yang beragama Islam..kita pon nak berkabung atas kehilangan kucing ni..huhu..

    ReplyDelete
  5. Salam takziah buat semua keluarga mangsa moga Allah memberi kekuatan kepada mereka.

    ReplyDelete
  6. al-fatihah buat mangsa yg beragama islam..kak mv tgh fikir nk pki bju apa..huhu

    ReplyDelete
  7. 2014 tahun yg byk menguji Malaysia...apa pun Al-Fatihah kpd mangsa MH17..

    ReplyDelete
  8. Hari tu ckp nak bg cuti umum, ini takda plk... Bukanlah kita nak bersuka ria, tp ada banyak program khas pagi tu, nak juga tengok dan bg penghormatan terkahir walaupun via kaca tv...

    ReplyDelete
  9. Bertafakur dan sedekahkan utk semua mgsa MH17... Salam takziah utk klrga mgsa..

    ReplyDelete
  10. Al fatihah dan salam takziah...

    ReplyDelete
  11. Sedih dgn kejadian ni.. Hari tu entah kenapa masa solat tiba2 menangis teresak-esak masa doakan mangsa... memang sedih...

    ReplyDelete
  12. sama2 kita berkabung jumaat nie yer kak..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !