 |
Source Extracted from Google |
Ingat lagi tak pelakon filem "Patch Adams" ni??? Sebenarnya beliaulah yang telah ditemui mati di rumahnya di California kerana disyaki membunuh diri. Sedikit petikan berita dari Astro Awani di
SINI
LOS ANGELES: Pelakon dan pelawak Robin Williams ditemui mati di rumahnya di California disyaki akibat membunuh diri, kata polis semalam.
Menurut kenyataan Jabatan Sheriff Wilayah Marin, pemenang anugerah Oscar berusia 63 tahun itu ditemui mati sejurus sebelum tengah hari di rumahnya di Tiburon, California Utara. "Pada masa ini, Divisiyen Koroner Pejabat Sheriff mengesyaki kematiannya akibat asfiksia susulan cubaan membunuh diri," menurut kenyataan itu.
Pegawai seranta kepada pelkon "Good Will Hunting" ini berkata beliau sering mengalami kemurungan sebelum kematiannya. "Robin Williams meninggal dunia pagi ini. Beliau telah bergelut dengan kemurungan sejak kebelakangan ini," Mara Buxbaum berkata dalam satu kenyataan. "Ia satu kehilangan yang tragik dan mengejutkan. Pihak keluarga meminta agar tidak diganggu di kala mereka berduka di saat yang sukar ini."
Isterinya Susan Schneider memohon agar berjuta2 peminta bintang veteran yang juga ayah kepada 3 anak ini menyanjungi kepintaran pelawak genius ini berlawak. "Pagi ini, saya kehilangan suami dan rakan baik saya, manakala dunia kehilangan seorang artis yang disayangi dan seorang yang baik hati," kata Schneider, yang menjadi isteri ketiga aktor itu pada tahun 2011.
Antara penghibur Amerika yang disayangi dalam generasinya, nama Williams melonjak naik setelah muncul dalam sitkom televisyen "Mork & Mindy". Beliau kemudian berlakon di dalam beberapa filem, antaranya "Good Morning Vietnam" pada tahun 1987 di mana beliau memegang watak hos radio di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Vietnam, "Dead Poets Society (1989) sebagai guru bahasa Inggeris eksentrik,d an "Good Will Hunting" (1997) di mana beliau telah memenangi anugerah pelakon pembantu terbaik di Oscar.
Tapi kannn uolss...ada yang tersilap tau tak??? Melalui
EPOCH TIMES...
 |
Source Extracted from HERE |
Ada yang ingat Robbie William yang passed away... hu hu hu... berita selanjutnya uolss boleh ricky2 di
SINI... Kat Twitter-lah banyak... hu hu hu...
alamak...handsomenya yang bawah tu...
ReplyDeleteaah ramai yg confius..tapi kesiankan tgk robbin williams
ReplyDeletedia berjaya menghiburkan ramai org, tapi siapa tahu isi hati dia
salam.
ReplyDeleteRIP buat RW..
selamat petang sis :))
hahahaa aduhhh.... kat FB pun ramai yang kompiusss.... termasuk iolsss
ReplyDeleteAssalamualaikum.. farah,
ReplyDeleteooooo robbin wiliam... rupa nyer... baru perasaan beza sikit aje... orait . Thanks..
mselim3
Takziah..
ReplyDeleteHahaha... ramai yg confused kak.. nama dekat2 kan.. =D
ReplyDeleteSaya pun dengar Robbie Williams dalam radio.
DeleteSalah rupanya.
hi3.. sib baik teman cuma ingat pelakon tu je... yg hensem tu tak berapa ingat ..heee
ReplyDeleteHuhuhu. Paling suka tengok Jumanji. Tengok banyak kali pun tak jemu
ReplyDeleteAuw, ada yg silap ke... Menangis dhf robbie williams kang
ReplyDeleteRIP....
ReplyDeleteBila wujud kematian yang melibat kepopularan dalam dunia hiburan ataupun politik pasti ada orang yang keliru. Kes ini bukan sekali. heheh
ReplyDeletebanyak sangat masalah sampai murung.. urmm kesian kesian
ReplyDeletehahaha.. nama kemain dekat.. nengok wajahnya jauh sangat..hahaha..
ReplyDeleteAlahai, kesian Robbie William.. Tak pasal2 dpt ucapan RIP..Rosmiza Ali Official Blog™
ReplyDeleteRIP..suka jgk tengok filem2 dia dulu..
ReplyDeletebanyak masalah dalam kehidupan.
ReplyDeleteoh ada pulak yang tersilap yer.
ReplyDeletekompius kot ;-)
ReplyDeleteNama nk sama..
ReplyDeletenama seakan² memang ade yang confused
ReplyDelete