![]() |
Source Extracted from Google |
- Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada bayi.
- Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas di bawah laluan air paip.
- Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
- Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
- Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit di bahagian pergelangan tangan (wrist).
- Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
- Uolss dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum uolss kembali bekerja.
- Gunakan jadual berikut sebagai panduan: sssss

Hari 1-3:
Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.
Hari 4-6:
Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu2 yang lain.
Hari 7-9:
Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengah hari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.
Hari 10 - 13:
Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.
Begitulah kaedahnya... kalau Mummy kerja dekat2 dengan nursery atau pusat jagaan atau pengasuh anak tak apalah buat cenggini, tapi kalau distance tempat kerja tu jauh...makanya tu yang kena practice 2 minggu lebih awal tu, bagi memudahkan tugas dan keadaan... ^_^...
Assalamualaikum kak Farah. wahh bagus ni. sheila mohon save gambar tu ye. hehehhee Adam pun minum ebm je bila sheila kerja weekdays... tak dapat nak balik rumah susukan dia
ReplyDeleteLya tak tahu la plak nnt klau ada baby mcm mana
ReplyDeleteWorking mom nie ternyata bukan satu tugas yang mudah kan kak??
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
bagus info nie farah,senang lah kan bagi rujukan mommy yang menyusukan anak tu..thanks sharing
ReplyDeletegood sharing :)
ReplyDeleteWaah Good info lah . Dalam hati dah niat nak BF anak lelama . harap tiada halangan lah gamaknyaa :)
ReplyDeleteakak pon kerja..tak dapat nk buat macam ni dulu.
ReplyDeletebagus entry ni, untuk rujukan para ibu :)
ReplyDeleteMoga bermanfaat utk para ibu yer ;)
ReplyDeleteKakak Adam selalu jugak buat macam ni dulu ;)
ReplyDeleteOkay. Dah bookmark. Ada anak kang senang, follow step akak je. hehe
ReplyDeletePergh.. ilmu ni.. bagus entri farah..
ReplyDeletememang sedang menpraktikkan pon...walau nampak remeh tapi lelama jadik biase dan senang
ReplyDeletewalau nampak mcm ishhh leceh la susah la kalo di praktikkan btul btul seng aje
ReplyDeleteNice sharing...
ReplyDeletetips yg sgt bguna kak farah.. bakal ibu msti memerlukan semua nih..:)
ReplyDeleteNice info nie
ReplyDelete