![]() |
Source Extracted from Google |
Sejak dah pandai makan ni, kalau nampak orang minum ke makan ke, Ash sibuk jer nak jugakkk...Ha ha ha...Fe-feeling kekonon dia dah ada pagar kat dalam mulut tu, boleh kunyah dan digest semua benda apa yang orang dewasa makan gamaknya... Tapi tulah kann, budak2 sifat ingin tahu dan ingin rasa apa yang dia nampak memang normal dan tak dapat dibendung, cuma weolls jer lah sebagai parents nak kena pantau, monitor dan tau what can be eaten and what not...
Bila bercakap pasal baby nak makan jer semua benda yang orang dewasa makan... Memang iolss tak ingat benda lain dah...Ash... especially time berbuka puasa uolss... Muahahaha...Dia pun sibuk gak nak buka puasa.... Ash Pun Puasa Jugak Tau!!! . Dia yang paling penat menahan lapar dahaga...wakakakaka...So semua orang dalam rumah...sebelum buka puasa, kena feed Ash dulu... atau sibuklah bersaing2 berperang dengan Ash untuk buka puasa...Dah macam main Counter Strike pulak bunyinya...
Baby kalau kita suap semua benda diaorang nganga..Betul tak??? Tapi, sebenarnya ada makanan yang perlu dielak oleh bayi... Sekadar berkongsi sedikit info dari artikel yang iolss baca di SINI
Dalam keterujaan weolls menyediakan pelbagai jenis menu untuk baby, jangan tersilap memperkenalkan mereka dengan makanan yang tidak sepatutnya. Makanan tersebut dibimbangi boleh mengganggu selera makan si kecil sekaligus menjadi amalan pemakanan tidak sihat apabila mereka membesar.
Kadang2 weolls rasa kesian bila tengok baby weolls memerhatikan makanan yang weolls makan... Uhukss selalu kot??? Cepat jer weolls suap baby tanpa fikirkan kesan makanan tersebut kepada baby yang masih kecik. Be careful sebab makanan yang disenaraikan di bawah tak elok untuk baby weolls...
KEREPEK
Ia mengandungi terlalu banyak garam sampai boleh sebabkan perut kecik baby menjadi kenyang untuk makan makanan yang berkhasiat.
MAKANAN SEGERA
Burger, pizza dan makanan goreng mengandungi banyak garam, gula dan lemak tepu yang tidak sesuai untuk baby.
MAKANAN TERSEDIA
Ia hanya sesuai untuk hidangan orang dewasa. Memang mudah menyediakannya, hanya perlu panaskan dalam microwave sahaja tetapi kandungan garamnya yang tinggi tidak sesuai untuk bayi.
GULA-GULA
Mengandungi gula yang tinggi. Ia boleh merosakkan lapisan enamel pada gigi baby. Kalau dah bergigi-lah... Bahkan gula2 juga berisiko menyebabkan baby tercekik.
BIJIRAN SARAPAN MANIS
Jangan teruja untuk memberi baby weolls merasa makanan ini. Sebenarnya ia lebih banyak mengandungi paras garam yang tinggi dan terlalu manis. Pastikan weolls periksa label pada kotak dahulu.
KENTANG JEJARI
Proses menggorengnya membuatkan ia mengandungi banyak lemak tepu. Ini tidak bagus untuk perut baby. Jika ingin memberikan kentang jejari kepada baby weolls, ubah cara memasak kepada memanggang. Ha ha ha, pemanggang ajaib kan ada uolss??? La ni sana sini orang dok sibuk dengan kemudahan pemanggang ajaib ni...beli buat simpan apa guna??? Pakai ajerlah...Ihikss... *_^
Kadang2 nampak cam kejam jer weolls sebagai parents tak nak bagi makanan tertentu pada anak2 kann??? Tapi as what the idioms said...sometimes you have to be cruel in order to be kind... Untuk kebaikan mereka jugak kann???
pengalaman akak dulu, malas nak masak bubur, so apa lauk yang kita masak, tapi janganla masak pedas, nak pedas siapkanlah sambal lain kan, so amik kuah sup ke, masak lemak ke, blend je dengan isi ikan ke, ayam ke , senang keje.
ReplyDeleteTak lama ash dah ada gigi,habislah makanan dia makan..semua nak try...hehe..thanks sharing farah,mana tau boleh buat rujukan nanti
ReplyDeleteni tuk org dewasa pun tak berapa nak elok ni...
ReplyDeletesemua ni memang tak sesuai untuk baby..no no no..
ReplyDeletehehe..
ReplyDeletemmg suma bayi akan buka mulut jer kalau suap.
tapi ada jugak shark tgk makanan diatas tu masuk dlm mlut baby,
mungkin bby diorg tahan lasak kot.
mmg btul kak klau bg semua baby ni nk mkn...like my anak sepupu...hihihihihi
ReplyDeletebaby ni kalau bab gula2 tu diorang bukan main suka lg kan..
sy memng dh lama beri Luth makan pejal even belum cukup 6 bulan. dia pun boleh hadam, x de masalah.. tpi benda bermnyak, segera, gula, garam memng cuba elak sgt. kdg2 ada juga kesian dia tgok2..
ReplyDeleteMemang mcm tu la kan sis kalau baby dah pandai mengunyah he
ReplyDeletemakanan segera tu memang tak bagus.. untuk kita pun banyak kesannya, inikan pula untuk bayi...
ReplyDeleteperkongsian yang berguna.Baru tahu ^_^
ReplyDeleteHo3.. tu dh nmpk tunggul gigi ash tu.. jap lg jaga2 mama dia, ash nak mkn macam org dewasa lak.. hihihi
ReplyDeleteperkongsian bagus..memg xsesuai utk bby pun
ReplyDeleteMmg tak ler.. Mknn2 tu semua..
ReplyDeleteJauhkan dari snack dan makanan yg tak berkhasiat
ReplyDelete