Kerana Terpaksa Aku Relakan...

Farah Waheda Wahid
26
Souce Extracted from Google
Tetiba... ahakss... tajuk entri macamlah cliche sangat lah kann??? Pada yang dapat agak tu memang dah taulah ni tajuk cerita slot Akasia yang tengah berlangsung di TV3. Pada yang memang tak ambik port mesti baca tajuk semacam jer... Ihikss ada ke???

Sakan iolss marathon secara online slot Akasia ni uolss... And novel keluaran Karya Seni ni iolss tak pernah baca lagi... Oh my, pengakuan jujur ikhlas...sejak few months kebelakangan ni lepas confinement, iolss memang tak sentuh novel pun uolss...Ketidaksempatan waktu a.k.a. time constraints katanya... Baca blog, baca online newspapers, baca FB ha ha ha lawaklah pulak baca FB... masih sempat lagi... Tapi novel??? Tak sempatttt.... most of the free time goes to Ash... Dah ada anak kecik ni biasalah... life has changed... ^_*... Tapi ok jer.... I'm happy.... 

Kerana Terpaksa Aku Relakan... mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekaligus merubah kehidupannya dalam sekelip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato' Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato' Sofiya adalalah satu anugerah yang tidak ternilai. Indah bekerja dengan Dato' Sofiya sebagai PA dan Dato' Sofiya menganggap Indah sebagai Angel dalam hidupnya.

Dato' Sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato' Sofiya mempunyai 3 orang anak lelaki. Tajul Razin, Tajul Fahin dan Tajul Zahin. Anak sulung Dato' Sofiya menerajui perniagaan arwah suami Dato' Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik2nya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun di awal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.

Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato' Sofiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Di saat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura2 kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya. Indah sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat ke atas dirinya.

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah, Saiful bekas tunangnya pula datang, ini membuatkan hidup Indah lebih huru-hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas  majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin, dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Di situlah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul Zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki tak pernah padam. Di saat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, mak dan kakak tirinya menerima balasan setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

Sumber: SINI

Awww so sweet... biasalah novel kann??? ^_^... Iolss memang macam ni... if ada kelapangan yang terluang suka marathon movies or tv series berdasarkan mood... Ha ha ha.., Lepas ni dok plan nak marathon Grey's Anatomy pulak... Itupun kalau Ash still tidur...Hew hew hew....

Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Cik akak memang tak lepas drama nie farah

    ReplyDelete
  2. alaaa...terbaca sinopsis plak..kang tak suspen bila tgk drama..hikhik..

    ReplyDelete
  3. eiqa x bce novel dia tp tengok cerita dia.
    sweet itu semestinya ade, haaha
    kelakar ble part Indah cakap x berhetni. ahahaa

    ReplyDelete
  4. sy dh khatam.baca novel nih dear...pnjm.member tp tetap jugak nk tgk drama...nk feel lebih

    ReplyDelete
  5. Sempat lagi marathon online! Tak ikut sangat cerita ni..nasib baik juga tak terjebak. hihihih..

    ReplyDelete
  6. Lya ponsuka gak citer ni Farah ..BEST !!!

    ReplyDelete
  7. xsabar nak tengok sampai habis drama ni.hehe

    ReplyDelete
  8. alahai, time magrib , takde nak layan drama-drama ni..

    ReplyDelete
  9. hadoiiii rugi tau tak tengok..... patutlaaa ramai je dalam FB tu hapdet cerita ni.... dah sekerat jalan takde arr nak tengok dah... wuahhahahaa

    ReplyDelete
  10. Okje layan jugak Farah...tp kurang syiok sebab pelakon pelakon dia okje kurang minat sikit...ohhh happy endinglah yeh....suka suka kalau dah tau endung dia camne...tak yah lagi nak berteka teki

    ReplyDelete
  11. of course happy ending..tak sabar nak tunggu habis

    ReplyDelete
  12. kena bace novel die k.farah feel dia lebih sikit haha

    ReplyDelete
  13. Sejak zin dgn indah ada konflik malas nak tengok dah. Tapi si puteri sulung pulak suka tgk. Secara x lgsg mama pun tertengok jugak. Hu hu hu

    ReplyDelete
  14. layannn jgk citer ni..besttt..kdg2 kelam kabut masak nk tgk..

    ReplyDelete
  15. wak pon dh lama x layan telenovel gituu,eUuhuu

    ReplyDelete
  16. Hahaha mmg tak kan terlepas citer ni...mmg tgh kemaruk skrg ni...comei je tgk Indah ni...

    ReplyDelete
  17. Mula-mula, nurul x layan pun citer ni... pastu dah collegue kata best, apalagi kena marathon tonton online... time tu kat tv dah episod 16 pun... :) Memang best...

    ReplyDelete
  18. layan jugak cite ni..sebab cam ada chemistry nak tengok..kena la si indah dgn tajul razin tu..sesuai..suwetttt..

    ReplyDelete
  19. CN dah baca lama novel ni, jadi best la bila buat drama ;)

    ReplyDelete
  20. sekarang nih indah dgn zain mcm dingin je.. sedih gila jadi indah.. zain buat tak taw je lepas dah curi hati indah..:(

    ReplyDelete
  21. baru rasa kurang sikit bengkak dalam kepala otak ni sis...klu idak duk pikir je nape Razin berubah...huuhu

    ReplyDelete
  22. Lemah tul nk layan drama bersiri dan novel sjak dh beranak nih.. Hehe

    ReplyDelete
  23. Tajuknya menarik...jln citer pun best

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !