Daun Bambu/Semambu/Mambu....

Farah Waheda Wahid
25
Anak yang kena measles, Mummy yang berjangkit kat blog bercerita pasal measles tak berhenti2...Ahakss...biarlah... asalkan tak merepek meraban...learning something new, gaining knowledge and sharing it... He he he...Betul tak??? Jadi Mummy ni ada macam2 moment yang boleh diabadikan...Setiap saat setiap masa setiap detik adalah moment terindah menjadi seorang Mummy yang pastinya akan dikenang sepanjang hayat... Suka, duka, gembira, sedih, tawa, tangis...semuanya kenangan sepanjang hayat bersama anak giteww...Diharapkan kalau dah tiba masa menjemput untuk pergi...Anak pula yang terkenang masa, detik dan saat bersama2 Mummy2 mereka...Mudah2an anak2 weolls semua tidak menjadi anak yang lupa kepada jasa ibu dan juga bapa...In Shaa Allah, Amin...Dan mudah2an kita juga begitu... In Shaa Allah, Amin...

Ha.... uolss kenal daun kat atas ni??? Inilah dia daun bambu / semambu / mambu... Orang tua2 kata, pakai daun ni untuk mandi dan letak di tempat tidur anak sekiranya terkena penyakit demam campak or chicken pox... Sejauh mana kebenarannya, iolss tak berani nak komen uolss... Dan disebabkan itu, iolss pun mencarilah info ini untuk sekadar general knowledge weolls bersama2... 

Fakta Mengenai Pokok Bambu/Semambu/Mambu
  • Pokok ini cepat membesar. 
  • Hidup di negara beriklim tropika dan separa tropika.
  • Namanya di Afrika (Swahili) bermakna 'pokok 40' ianya dikatakan boleh menyembuhkan 40 jenis penyakit.
  • Di India, pokok ini dikenali dengan bermacam2 nama seperti 'pokok sakti', 'sembuh segala penyakit', 'kedai ubat alam', 'ubat untuk segala penyakit' dll. 
  • Pokok ini tahan kemarau dan boleh hidup di tempat yang kurang air / kering atau tanah berpasir.
  • Di India, ranting pokok ini dikunyah untuk bersihkan gigi.
  • Di Senegal, pokok ini telah digunakan sebagai ubat malaria dengan berkesan.
  • Di kepulauan Pasifik daun bambu/semambu/mambu/neem dibuang ke laut, katanya ikan suka bertelur pada daun pokok ini.
  • Orang2 India tahu macam mana untuk mengatasi racun pokok ini.\
Kegunaan Sebagai Makanan
  • Bunga dimasukkan ke dalam masakan kari.
  • Di India, bunga pokok bambu/semambu/mambu/neem dan gula merah dibuat gula2.
  • Pucuk muda dan bunga pokok ini dijadikan sayur di India, Vietnam dan Myanmar. 
Khasiat Perubatan
  • Daun, buah, bunga dan kulit pokok digunakan untuk perubatan.
  • Daun bambu/semambu/mambu dan halia untuk ubat cacing/vermifuge (anthelmintic)
  • Antikulat (antifungal)
  • Ubat kencing manis (antidiabetic)
  • Antivirus (antiviral)
  • Anti kesuburan / membunuh mani (anti-fertility)
  • Ubat tahan sakit (sedative)
  • Digunakan di dalam perubatan 'Ayurvedic' untuk penyakit kulit.
  • Ubat jerawat (acne treatment)
  • Pesakit cacar atau campak (smallpox / measles) tidur di atas daun bambu/semambu/mambu/neem.
  • Turunkan suhu badan (febrifuge/antipyretics). Di India akar pokok ini digunakan untuk ubati demam panas. 
  • Ubat sakit 'scabies'
  • Astrigent
  • Daun untuk ubati kudis
  • Mengikut dos yang betul daun bambu/semambu/mambu/neem diberi kepada haiwan ternakan untuk ketahanan melawan penyakit (increase immunity).
Untuk info tentang kegunaan selain dari perubatan, boleh juga rujuk dari sumber di SINI

Once Ash confirm kena measles, gigih Atuk Ash mencari daun bambu uolss... Alhamdulillah, thank you Atuk sebab susah payah kerana Ash... Ash loves Atuk... Ha ha ha... Makanya, tidur malam berteman daun bambu yang dilapikkan di bawah kain batik ler gamaknya... Asalkan tak memudaratkan dan boleh mendatangkan kesembuhan tak salah rasanya... Perubatan moden dan juga petua tradisional...kombinasi kedua2nya... 

*As of today... ada 3 more days for the measles to go...You measles pergi jauh2 cepat2...Kesian my baby son tau... Hik hik hik...

Post a Comment

25Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Di tempat CP panggil daun mambu. Memang kalau kena demam campak mesti cari daun ni buat mandi dan letak bawah alas tempat tidur. Dulu banyak Majlis Perbandaran tanam pokok ni tapi sekarang dah tak tanam. Nak cari pun susah.

    ReplyDelete
  2. kesian la ash..harap ash cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  3. tu la..hari tu masa anak akak kena alahan naik ruam ,aunti india dkt ngan rumah tu suru h ambik daun tu kat depan rumah dia..suruh alas bwh pelapik tilam..

    ReplyDelete
  4. Masa kecik2 dulu nenek Lya selalu la jugak guna daun ni Farah ..tapi tak ingat la sebab sakit apa ..maklum la masa tu kecik lagi hehehe ..pernah jugak nenek tindih2 daun ni byk2 pastu suruh tdoo kat atas daun ..Seju jer rasa

    ReplyDelete
  5. Mmg ni je ubatnya... Mmg blh makan buat ulam.. Tapi org tua kata takde ubat lain la kan... Tujuan nya untuk hilang dan redakan miang akibat campak tu..

    ReplyDelete
  6. tak pena tau pun kebaikan pokok nie. huhu

    ReplyDelete
  7. biasa tgk org campur bedak sejuk jutk demam campak..

    ReplyDelete
  8. alahai cian ash. wah. org india selalu la ek guna daun ni..

    ReplyDelete
  9. mak saye guna daun ni jugak untuk ruam2 kat badan n campak.. dia suruh mandi dengan air daun mambu ,,tapi setakat leher sahaja.. jangan basahkan kepala dengan air daun tu katenye.. tak tau le ape sebabnye

    ReplyDelete
  10. Daun mambu ni memang petua dari dulu hingga kini.
    Selain tidur atas daun juga buat mandi Farah
    Harap cepatlah sembuh hero Farah tu.

    ReplyDelete
  11. kat area umah umi byk daun ni so mudah la bg sesape yg kena chicken pox sbb daun ni salah satu ubatnya kan hehehe

    ReplyDelete
  12. tidur alas ngan daun tu..mandi pon ngan air daun tu...sian ash mesti tak senang duduk dia..huhu..

    ReplyDelete
  13. Ohhhh. Alkisahnya ni mesti untuk boifren kita tu kan. All the best kak , get well soon Ash sayang. :D

    ReplyDelete
  14. Get well soon Ash cayang.... wuuuu macam sedap je daun mambu ni Kak Fara.... weeeee ~

    ReplyDelete
  15. patut org India tanam pokok ni kt rumah diorg ek

    ReplyDelete
  16. is time tengok daun ni diguna pakai oleh my housemate
    masa tu dia kene demam campak awal tahun ni .. so kegatalan demam campak tu akan hilang bila dilibas or di gosok dengan daun ni pada tempat yang gatal tu.. dan panas badan pun cepat hilang bila rendamkan daun ni dalam air dan tuamkan pada badan .. tapi bau dia masyaAllah ...

    ReplyDelete
  17. baru tahu.. terima kasih sis atas info nie...

    ReplyDelete
  18. mcm pernah dgr citer pasal daun ni tapi first time tgk ....

    ReplyDelete
  19. tak pernah tengok daun ni tapi tahu gak untuk perubatan tradisional..moga ash cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  20. CN mmg tak kenal daun2 mcm ni..kalau jumpa tepi jalan mesti ingat rumput punya ! hehe

    ReplyDelete
  21. Ada org ckp daun ni di kisar jadikan serbuk...bancuh pas tu lumur kat badan....tempat akak dipanggil daun semambu

    ReplyDelete
  22. mse kne chic pox sy guna daun nih lapik bwh kain..n tido ats die...memg xde gatal2

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !