Biduanita Negara | Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

Farah Waheda Wahid
16
Source Extracted from Google
Pagi2 tadi semasa bersahur, kemain lagi iolss browse sana browse sini... yelah sambil2 sahur, sambil2 bekerja sedikit... ^_*... However, pagi ni sahur ada orang teman iolss uolsss... Selalunya sorang2 sebab dia tidur... Pagi ni dia pun sahur sama... Ahakss siapa lagi kalau bukan Ash... 

And it came to my knowledge yang Biduanita Negara kita Datuk Sharifah Aini telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang 1 something am hari ini. Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dan Al-Fatihah buat Allahyarhamah. Petikan berita mengenai pemergian Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dari SINI

KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru. Jenazah akan dibawa ke Madjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor. Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Pakar Damansara pada Selasa. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru 2 tahun lalu. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah sekepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis  EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun. 

Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru. Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Selain menyanyu, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu. Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album. 

Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006. 

*Yang pergi tetap pergi... weolls yang tinggal ni bila terima berita sebegini, terdetik tak di hati uolss ... mereka telah pergi... masa weollss tak tau lagi bila... 

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !