![]() |
Source Extracted from Google |
Penghujung Ramadhan, Musim Raya, Mood Raya... cerita pun tak lari dari Raya... ^_*... Pas tu bila Raya dah tak tau nak cerita apa dah ye tak??? Muahahaha... Tapi I'm sure mesti banyak punya cerita Raya memasing kann???
Hari tu dah bercerita tentang duit Raya di SINI ni nak sambung pulak dengan perkongsian hasil pembacaan artikel di SINI untuk weolls semua sama2...
Apa yang diketengahkan oleh artikel ini adalah tentang amalan memberi duit raya kepada kanak2. Memang pada Hari Raya kanak2 adalah orang yang paling gembira. Selalunya mereka akan pergi ziarah raya dari rumah ke rumah bersama rakan2. Tujuannya bukan untuk menziarah sangat, lebih tertumpu kepada duit raya yang diberi tuan rumah apabila bersalaman. ^_^... Biasalah bebudak kann???
Duit raya yang dihulur mungkin merupakan suatu 'paksaan' bersedekah. Sebenarnya syarat bersedekah ialah ia mesti diberi dengan ikhlas sekadar termampu. Ada ibu bapa yang memberi duit raya kerana orang lain memberikan duit raya kepada anak mereka. Jika tidak dibalas takut berkecil hati, lantas memberi kerana terpaksa atau menutup malu. Pemberian sedekah begini tentu kurang dari segi keikhlasannya.
Ada juga yang berniat untuk menunjuk2 semasa memberi duit raya kepada kanak2. Niat perlu betul, jangan sampai hangus pahala sedekah yang diberi. Seeloknya dimasukkan di dalam sampul agar jumlah wang yang diberi tidak dapat dilihat orang lain. Ahakss... tapi bebudak sekarang pun pandai, dapat terus keluarkan dari sampul... pas tu tengok amount ye tak???
Kanak2 juga harus diingatkan agar jangan berhari raya di rumah orang kaya sahaja. Tujuan asal berziarah pada Hari Raya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama orang Islam. Oleh itu, jangan dipinggirkan mereka yang miskin dan kurang berkemampuan untuk memberi duit raya. Didik anak2 agar tidak terlalu jadi mata duitan. Walau macam mana daif pun tuan rumah, mereka tetao gembira menerima kunjungan anak2 pada Hari Raya.
Anak2 perlu diberitahu adab ke rumah orang agar tidak cacat tujuan ziarah itu sendiri. Tujuan berziarah adalah untuk bermesra bersama jiran atau saudara-mara sambil bertanya khabar. Jangan pula tidak makan, tidak minum mahupun berbual, tetapi hanya duduk semata2 menanti sampul duit raya. Ini tentunya bertentangan dengan semangat berziarah untuk bergaul dan mengeratkan lagi hubungan.
Seperkara lagi ada anak2 yang mengunjungi sesebuah rumah sehingga 2-3 kali semata2 untuk menambah duit raya. Tuan rumah selalunya tidak menyedari kanak2 itu pernah singgah lantas memberikan duit raya sekali lagi. Kalau sedar dan ikhlas tak apalah ye tak??? Tapi, jangan pula mengambil kesempatan kebaikan tuan rumah untuk membuat duit raya. Berilah peluang kepada orang lain pula untuk menerima duit raya.
Namun sejak akhir2 ini didapati semakin ramai yang tidak gemar membuka pintu kepada anak2 yang datang beraya. Ramai yang 'tutup pagar' takut dikunjungi kanak2 yang datang beraya di rumah mereka. Ada yang pura2 tiada di rumah atau ada yang sedang duduk di rumah tetapi hanya buat tidak tahu apabila kanak2 memberi salam dan hendak beraya.
Ada yang malas dan takut letih melayan kerenah mereka. Mungkin juga kerana takut 'terpaksa' beri duit raya kepada kanak2 itu. Tetapi jika kita kurang bersedekah di masa2 lain, masa inilah paling sesuai untuk kita bersedekah kepada kanak2 yang datang berziarah. Masa inilah juga kita dapat berkenalan sekurang2nya dengan bertanya "kamu ini anak siapa dan tinggal di mana?"
Luangkanlah sedikit masa untuk anak2 yang bertandang ke rumah kita. Tidak perlu tunggu "rumah terbuka" baru hendak melayan mereka. Pamerkan kemesraan dan sifat kasih sayang kepada anak2 yang datang menziarah. Tetamu yang datang bertandang ke rumah akan menghaouskan dosa2 tuan rumah. Apatah lagi apabila dia mendoakan kesejahteraan kita kerana melayannya dengan baik. Hidup kita akan dilimpahi dengan keberkatan.
Jika kita tutup pintu kepada generasi muda ini, mereka akan bertambah jauh dari kita. Maka jangan pula mereka disalahkan jika mereka lebih gemar mendengat nasihat rakan sebaya, internet serta lebih banyaj menghabiskan masa di depan kaca televisyen yang sememangnya banyak menyiarkan rancangan menarik semasa Hari Raya.
Harus diingat Hari Raya bukanlah hari untuk bersuka ria semata, sebaliknya ia adalah perayaan keagamaan. Maka cara menyambutnya perlulah mengikut adab dan peraturan agar kita akan mendapat ganjaran dariNya.
*Makanya weollss dalam konteks ini termasuk iolss, nak bagi duit raya biar ikhlas tau... In Shaa Allah, mudah2an...Amin... Jangan anggap sebagai beban ok? Ikhlas...
wsetuju sangat betul dulu niat untuk bersedekah..insyaalah lebih ikhlas..lebih bermakna
ReplyDeletesetuju
ReplyDeleteTahun ni nak up sikit duit raya utk kanak kanak. Insya allah. Ash meh la datang rumah auntie. Leh dapat duit raya.
ReplyDeletebetul tu kak farah..bagi duit raye nie kena ikhlas.. jangan hulur duit kat budak2 pun muke masam je..huhu
ReplyDeleteHhee insyallah bagi dgn ikhlas mcm thn yg lps2 juga
ReplyDeleteSetuju...Kita kene beri dari hati so that hati kite akan tenang tiap kali menghulur..kiki
ReplyDeleteIkhlaskan memberi :)
ReplyDeletehuhuhu.. tp ada juga yg malas nak layan bebudak ni.. bg duit raya je ..
ReplyDelete& bebudak pun bukan nk makan kuih sgt, nk duit raya je.. LOL
kita akan rasa ikhlas, bila kita beri mengikut kemampuan kita. kalau kita mampu 50 sen, bagilah 50 sen. kalau mampu rm1, berilah rm1 dan seterusnya. kalau susah nak rasa ikhlas, tips saya, niatkanlah untuk buat anak2 tu happy. seronok diorang bila dapat duit raya. mak saya selalu pesan, bila kita buat orang lain happy, besar ganjarannya di sisi Allah.
ReplyDelete(buat orang happy tak semestinya dari segi duit sahaja. tp dari segi konteks entry farah ni, kita fokuskan pada duit raya utk anak2.)
:)
salam. setuju...biar ikhlas dalam memberi :)
ReplyDeletetahun lepas, budak2 yg sama dtg umah saya smpi 2,3x..ada ke camtu..
ReplyDeleteBetul apa yg Farah cakap tu zaman ni mmg duit raya... ketidakikhlasan tu mungkin akan timbul....
ReplyDeleteItulah.... macamana nak buat agaknya ek....
adehh budak sekarang pandai demand..kita bg 50sen dia bg balik huhuu nk duit singgit kertas gak adeh...
ReplyDeleteThanks Farah atas perkongsian ini ..
ReplyDeleteBetul..
ReplyDeleteKadang-kadang kesal tgk kanak-kanak yg tidak hargai pemberian itu sebab nilai sedikit..
What to say..
Tahun ni tikar RM500 utk duit raya....moga lepas ni dilimpahi rezeki lg dan lg....
ReplyDeleteTak wajib pun bg duit raya nih sbnrnya...
ReplyDeleteBetul jgk tu.
ReplyDeletesejujurnya ikhlas itu lebih baik dari menunjuk-nunjuk..
ReplyDeletehuhu teringat masa kecik2 kalau p beraya siapa nk duit raya kena makan dulu..setahun sekali..anggap la bersedekah bila bagi duit raya..nilai kecil pun takpe yg penting ikhlas..;)
ReplyDeleteAnggaplah duit raya yang kita bagi tu sebagai sedekah..pahala pun dapat..ye dak..hee
ReplyDeletebetul tu kak Farah.. perlu ikhlaskan hati ketika nak memberi tu.. janganlah merungut kalau budak-budak datang rumah kan.. kita dulu masa kecik kecik pun kan suka beraya satu kampung :) hihihi
ReplyDeletebudget duit raya utk anak2 buah jer. wife pun beraya di kg utk tetamu cilik di sana wife sediakan duit raya.
ReplyDelete