Tanda2 Susu Formula Tidak Sesuai Dengan Bayi

Farah Waheda Wahid
39
Source Extracted from Google
Dah menjangkau usia 6 bulan ni, dah tiba masa untuk Ash beralih susu dari Anmum Infacare Step 1 kepada Anmum Infacare Step 2... Sepanjang diberi minum susu formula Anmum Infacare Step 1, Ash memang sesuai dengan susu formula tersebut dan tak ada masalah pun... Susu Anmum Infacare Step 1 ni memang dah diberi dari hospital lagi...Ok, Ash menyusu susu badan sekejap jer... selama tempoh berpantang jer uolss... 

Reason??? Bukan Mummy dia tak mau bagi...Mummy dia nak... Tapi Ash yang tak nak ok??? Ko paksalah macam mana sekali pun... Dia tetap tak nak... menangis2 macam kena picit sebab menolak tak nak dan kalau dipaksa jugak dia akan muntah... So, fine...tiada paksaan di situ... Dari anak iolss dok muntah tak berhenti setiap kali menyusu badan??? Lepas tu perut sentiasa lapar??? meragam??? Tak ke kes naya dan mendera anak tu namanya... Tak payah... 

Solution seperti yang dicadangkan oleh doktor pakar kanak2 di Hospital UMRA... Berikan susu formula iaitu susu Anmum... So, tak payahlah nak kecam2 sangat kenapa Ash tak minum susu badan atau diberikan susu badan... Tengok sikit kondisi dia macam mana termuntah lilah kalau minum susu badan... uolss sendiri pun takkan sanggup tengok anak muntah sampai macam tu sekali... Alhamdulillah... sihat Ash setakat ni, dan tak ada masalah tak sihat atau berulang demam ke apa ke... Membesar smoothly... Syukran Allah... 

Ho ho ho, statement tajam ko nak explain, ni semua kerana semata2 ada pihak2 yang suka sangat kecam kalau orang tak menyusukan anak dengan susu badan... setiap orang ada masalah sendiri kann... so bagi yang ada rezeki nak susukan badan tu, Alhamdulillah iolss tumpang happy...tapi tak perlu nak kecam Mummy2 yang tak ada rezeki, ada masalah or baby sendiri yang tak nak menyusu badan ni, ye tak???... Belum terkena kat iolss lagi orang kecam macam ni, tapi ada antara kawan2 iolss yang pernah kena kecam uolss...kesian diaorang... dah diaorang tu susunya tak ada... makanlah supplement apa pun, buatlah apa pun, tetap susu diaorang tak banyak, habis cam no???... Ok, ada yang akan keluar statement... ibu susuan kan ada??? Pendermaan susu badan kan ada??? Well, tak semudah yang disangkakan ye tak??? To be honest, dari bagi kepada ibu susuan iolss lebih rela bagi susu formula... Hanya Mummy2 yang mengalaminya sahaja yang faham ok??? Muahahahhaa... 

Makanya, langkah yang terbaik ialah menggantikan susu formula kepada baby. Perkara yang selalu menjadi tanda tanya kepada Mummy2, apakah susu formula yang sesuai dan terbaik untuk baby theyolls??? So...might be sedikit tips di bawah boleh bantu kot???

1. Sila dapatkan nasihat atau konsultasi daripada doktor. Setiap pencernaan baby berbeza. So, dapatkan nasihat doktor mengenai susu formula yang sesuai untuk baby.

2. Pilih susu formula yang berkhasiat. Berkhasiat bermaksud, cukup segala kandungan nutrisinya yang boleh membantu kepada perkembangan baby. Susu formula yang mahal kebiasaannya mempunyai khasiat yang tinggi. Tetapi susu formula yang murah juga tidak kurang hebatnya. Utamakan langkah yang pertama untuk memastikan kesesuaian kepada baby weolls. Mahal macam mana pun, beribu riban habis dekat susu formula pun kalau tak sesuai dengan baby tak guna jugak.

3. Beli susu formula mengikut kesesuaian umur anak weolls. Setiap susu formula didatangkan dengan kesesuaian baby. Ia amat penting dalam proses pencernaan baby weolls.

So far yang iolss tau lah, tanda2 susu formula tu tak sesuai dengan baby...

1. Weolls kena perhatikan sama ada badan baby naik rashes yang banyak ataupun tak... (doktor kat office ni ha yang inform). Maksudnya susu tu panas lah tu.

2. Muntah atau tidak bila minum susu tu. 

3. Perhatikan najis baby, keras, kental, lembut, dan juga warna najis ok?  Brownish or greenish?

4. Baby batuk2 or mudah sakit.

5. Menolak bila diberikan susu.

Bukan mahal atau murahnya susu formula tu yang jadi ukuran ok??? Kesesuaian susu formula tu dengan baby weolls yang penting sebenarnya. Apa2 pun, memang sangat penting untuk consult doctor sebelum nak tukar susu baby. (For me lah...)....

Post a Comment

39Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. 1st masa awfiyah minum susu akak bagi dia s26,keluar najis keras,lepas tu atas nasihat doktor,bertukar kepada similac LF..alhamdulillah...takde masalah...

    ReplyDelete
  2. Ye lah kak.. susu badan tu pun rezeki dari Allah... tak usahlah nk berbangga jika dapat menyusu anak dgn susu badan... setiap orang rezekinya tak sama... insha Allah, setiap ibu nak yg terbaik utk anaknya kan... tak semsti minum susu formula tu tak baik... ok je jadi manusia... tak perlu nak hentam org yg bg susu formula, riak namanya tu... eh.. melalut plak... moga Ash terus mmbesar dgn sihat... ameen...

    ReplyDelete
  3. sama la dengan anak akak..start umur 4 bulan ni baby dah x mau minum susu. ibu nak bagi tapi baby x mau. sebabnya dia minum banyak, susu badan mungkin tak cukup. skali minum 4-5oz, 2 jam skali. kadang tu x smpai 2 jam pon dah lapar. tambah pulak bekerja, baby dah terbiasa dengan susu formula.

    ReplyDelete
  4. sy alhamdulillah..anak lebih suka susu bdn drp FM...tp FM sy ajar jugak sbb anto pengasuh kan...dri dulu smpi skrg dia minum s26 jer..xpenah cube lagi tukar susu...

    ReplyDelete
  5. wahh mcm tu rupanya./.. minta izin share di facebook ye kak

    ReplyDelete
  6. ok thnks...gud info tp pcl dah lama x timang baby..

    ~PCL
    www.nazlee.com/
    http://gelagatorang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. betul tu farah..tak kanlah kita sebagai ibu kejam sangat tak nak bg susu sendiri..masalah orang takkan semua benda kita nak cerita kan..emmm....
    anak saya pernah minum anmum & saya tau x serasi bila dia buang susu tu..menjejeh2 baju basah..& seolah tak lalu la dgn tekak dia..penyelesaiannya saya tukar FM lain & hasilnya dia mahu minum..satu2nya susu y dia reject adalah anmum, y lain2 dia minum je tp ada masalah sembelit pula..lastly serasi dgn dumex mamex..then, mamil (step3)..sekarang ni stick wif pediasure atas saranan doktor..

    ReplyDelete
  8. betul tu farah bukan harga yang menjadi ukuran yang penting susu tu sesuai dgn baby.. silap bagi boleh mendatangkan bahaya seperti baby alah kepada susu dan muntah.

    ReplyDelete
  9. Bila ckp pasal tukar susu, ayah Muz terbeli susu yg murah sikit, then si Bella tak nak minum, dia nak susu import jugak... Cess, kucing pon pandai pilih... Haha

    ReplyDelete
  10. 1st time jd ibu bnyk masalah. 1st day luth lahir kita dah bg susu formula. alhmdulillah smpai skrg 10 buln masih menyusu walau topup dgn susu formula. sedih jgk, sb niat nk full bf.

    sapa yg x nak full bf, rezeki asy utk susu ibu mungkin takat tu. susu formula pn baik, dibuat sebaik nya walau tidak dapat menandingi susu ibu. kalau smpai muntah2, mana sanggup...

    anak kena ajar jugak, dulu dia pn x berpa nak menyusu sb kita mak tak berapa nk reti menyusu. bila dia dah biasa, dia sndri x nak susu formula. masalah luth skrg, x nak susu formula plk.

    ReplyDelete
  11. nak mencari kesesuaian susu tu agak susah kan..kalau tak okay, kena bertukar kepada susu lain lak..apepun kita mesti nak yang terbaik untuk perkembangan dan kesihatan anak²

    ReplyDelete
  12. anak dulu tak sesuai susu lembu guna susu soya Isomil baru ok......

    ReplyDelete
  13. tak pa la kan.nk buat mcm mna kan.kena ikut selera si anak la.janji ash selesa kan..
    mencabar jga kan..

    ReplyDelete
  14. sesetgh org diorang tak paham selagi kita tak explain..:)

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah dania dulu xde masalah susu formula...dr preggy akak minum enfamama...continue sampai dania lahir dan sampai umur 4 thn...

    ReplyDelete
  16. kite nak bg susu sendiri..tapi ntah knp orang keliling sibuk suh suap FM...xfaham..pengasuh pun suh bg fm sbb baby xnak guna botol...dia nak try fm lak dlm botol kot baby nak... ni la baru nak mencari susu fm ...

    ReplyDelete
  17. trus kalau cara memperbanyak asi bagaimana ya?

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah anak saya serasi dgn fm walaupon ibu dia jenuh kena hentam sbb tak bagi susu ibu..

    ReplyDelete
  19. Anak saya penah kena alahan susu anmum ni...jadi kalau boleh yg try susu formula kena cuba pek kecil.

    www.mwstall.com

    ReplyDelete
  20. X payah nak bangga sgt guna susu badan fully. Fikir2 kan ibu2 di sini yg x berjaya menyusu anak dgn susu badan. Mereka pun inginkan terbaik tuk anak mereka. Kepada yang mendabik dada tu guna susu badan pd anak, bukan jaminan anak tu bijak pandai kalo guna susu badan.

    ReplyDelete
  21. Time sy kt wad stress pny psl langsung setitik dua je ada susu bdn. Blum cmpur stress nurse jht, sedara mulut longkang n kwn yg promot produk dia pdhal kita mmg dh xde susu.X psl2 kene beli pasal nk jg hati. lantaklah siapa yg bongkak sgt dpt fully bf tu. janji anak kita sihat n kita pkai guideline yg betul utk fm. Sy sllu refer babycenter.com utk hal baby2 ni. Petua org tua2 yg merepek sy x lyn. Btw..my dd nk yg pling murah je..haha dutch lady langkah 1 haha

    ReplyDelete
  22. Iqy pon menyusu badan sampai umur 4 bulan lebih je, pastu minum formula..kes kena kecam ni dah lali dah..lantak arr orang nak kata apa pon, asalkan anak kenyang sudahlah kan..kite buat sesuatu tu mesti bersebab ,ye dak??hihihi

    ReplyDelete
  23. Anak saya baru nak masuk 16 hari. Wife beri susu campur-campur. Setakat ni, susu formula yang diberi, alhamdulilah. Di terima baik. Hehehehe

    ReplyDelete
  24. anak yg 1st susu badan sampai umo 8 bulan. yg kedua fully bf sampai 2 thn. hopefully yg ketiga ni sampai 2 thn jugak la.. sy doakan baby puan sentiasa sihat insyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  25. anak Fiza pun kuat menyusu, kene selang dengan susu formula.. br try anmum..

    ReplyDelete
  26. Assalam, sis!
    while googling something about taik baby warna ijau cair dan lendir jumpa blog sis.
    rupanya kita didalam kes sama..
    my son dapat BF masa pantang je.. then, dapat 2nd baby.
    mmg berazam nak fully breastfeed, tapi apekan daya..
    2nd pun lepas abes pantang jgk walaupun yang 2nd ni baby pandai isap tapi sebabkan susu tak banyak finally tak dapat nak fully bf. dia loyakan, kalau bagi dia jerit takmau.. masa pantang tu nangis-nangis bagi dia.. saya ingatkan sebab saya ada dosa salah cakap ke apa.. rupanya ada jgk org yg dapat bf kan anak dia masa pantang..
    sedih memang la sedih, sapa yang taknak bagi susu paling sedap utk anak dia kan? tapi apekan daya takde rezeki.. anak kedua pun macamtu jgk..

    ReplyDelete
  27. ada yg sudi kongsi bg cadangan susu yg sesuai utk saya try utk anak saya 1 tahun..lactogen,mamil,anmum and anfagrow dah try..masalah utamanya ialah susah nak minum susu..setiap kali bg susu,dia akan nangis2 dulu x mahu..bila dipujuk2 and masukkn juga dlm mulut dia baru isap..hmmm..bilalah nak senang bg susu....

    ReplyDelete
  28. Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

    ReplyDelete
  29. Anak Sha bila dah tak nak dan muntah-muntah, dan tak nak pun bau susu (bau pun dia tak lalu), Sha tukar susu. Alhamdulillah, dia ok.

    ReplyDelete
  30. Dengan mengamalkan susu kambing utk kanak kanak, masalah sembelit akan hilang. Ini adalah kerana susu kambing adalah susu yang paling hampir sifatnya kepada susu ibu dan mempunyai kandungan vitamin dan antigen yang serupa dengan susu lembu malah lebih baik. Ramai sudah mencuba dan mengakui kebaikan susu kambing Premium ni. Banyak lagi kelebihan susu kambing premium ni untuk semua peringkat umur termasuk lah bayi 6 bulan ke atas, sembang sini x cukup space. untuk info lanjut sila ke
    https://www.facebook.com/owgoatmilkpower

    ReplyDelete
  31. hi, sy nak tanya. yang baby muntah tu means muntah berterusan ke? kalau muntah hanya 2 kali selepas 5 hari penukaran susu yang baru tu dikira tak sesuai ke? dan yang tknk menyusu tu, kalau ank sy hanya minum sedikit dikira tak sesuai ke?

    ReplyDelete
  32. Untuk bayi usia 6bulan lebih sesuai susu ape ye?

    ReplyDelete
  33. Kalau nak naik ruam2 pada dahi baby adakah itu tanda alah dgn susu ..Sy bg susu fm anmum 0-6 bulan..Ke susu tu panas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sy pun naik ruam kt dahi.. mule2 ckit, kemudian mkin byk. Sy x terfikir pn selama nie kemungkinan alahan susu. Sy igt ruam panas. Anak sy minum susu anmum jgk. Sblm nie minum durgo xde ape.

      Delete
  34. Saya selagi ada susu dan selagi dia nak saya bg je. Tp saya standby jugak formula takut tak cukup, selalu time haid susu drop masa tu saya standby je formula.

    ReplyDelete
  35. Nak tanye susu anmum ni mmg leh buat kan bayi berkahak ke

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !