SIMPLOT MENGETENGAHKAN RESIPI HASH BROWN SERBA GUNA 'BERTEMAKAN' MALAYSIA
![]() |
Source Extracted from Google |
Hashbrown memang yummylicious... Hari tu ada terfikir nak cuba buat sendiri... Tapi kalau tak sempat memang manjang jer grab this brand uolss... Nyum nyum... Tiba2 taip entri ni terbayang2 pulak kesedapan melting in the mouth giteww uolss... Terasa balik ni nak goreng jer... Ha ha ha... Tapi iolss ada cerita sikit nak kongsi dengan uolss tentang hashbrown ni...
Chef
Florence Tan menghasilkan resipi hash brown mengikut cita rasa orang Malaysia
yang cukup sesuai dijamah sepanjang hari!!!
Simplot, penanam,
pengeluar dan pembekal kentang terbesar di dunia, telah berkongsi resipi hashbrown mereka yang serba guna dan
menarik mengikut cita rasa orang Malaysia yang boleh dinikmati untuk sarapan, makan
tengah hari, makan malam atau minum petang.
Lazimnya disediakan sebagai pilihan
ruji untuk sajian sarapan, Simplot Hashbrown memang digemari kerana rasa,
tekstur dan kerangupannya. Diperbuat daripada kentang sebenar, Simplot
Hashbrown mengubah trend masakan apabila ibu-ibu moden mengetengahkan makanan
ruji sejuk beku ini sebagai bahan sedia dimasak yang serba guna untuk menghasilkan
sajian berserta tambahan rasa dan tekstur.
Hashbrown ini boleh dipadankan
dengan apa saja termasuk mencampurkannya ke dalam kuah, disajikan sebagai bahan
utama untuk membuat karipap, samosa, bergedel atau disajikan sebagai hidangan
utama bersama-sama hidangan daging seperti ayam dan daging lembu atau
sayur-sayuran. Ianya mudah disediakan dan menjimatkan masa berbanding memasak
kentang mentah dan hashbrown juga menambah kerangupan dalam makanan.
“Memang tiada hadnya apabila bercakap
mengenai ciptaan sajian yang lazat dan berkhasiat untuk seisi keluarga dengan Simplot
Hashbrown. Hashbrown yang rangup, gebu dan berwarna keperang-perangan kini
berada di hampir semua isi rumah rakyat Malaysia. Simplot menunjukkan cara yang
berbeza bagaimana kentang goreng ini boleh dinikmati bila-bila masa saja
sepanjang hari. Menariknya, Simplot mahu rakyat Malaysia menikmati kentang
goreng yang mempunyai perasa tempatan, justeru kami menampilkan Chef Florence
Tan untuk menunjukkan pelbagai hashbrown yang dicipta bersesuaian dengan cita
rasa rakyat Malaysia,” kata Ong E-Laine,
Pengurus – Pemasaran Komersil, Asia Tenggara.
Pada bengkel Simplot tempoh hari, Chef
Florence Tan menunjukkan beberapa sajian Malaysia yang menggunakan kentang
goreng Simplot. Chef yang petah ini menyiapkan karipap dan mi rebus menggunakan hash
brown sebagai bahan utama.
Peserta bengkel tersebut juga
diundang untuk menyertai bengkel hashbrown – menyediakan hidangan dan snek
lazat menggunakan resipi yang mudah diikuti daripada Simplot Malaysia Sdn Bhd.
Beberapa sajian yang dihasilkan termasuk Potongan Kentang Hashbrown dan
Sayur-sayuran, Ayam Masam & Manis dan spaghetti Bolognese ala Malaysia dengan
Popcorn Hashbrown. Resipi boleh didapati menerusi www.facebook.com/SimplotAward
.
Simplot Hashbrown terdiri daripada
empat jenis produk kentang termasuk produknya yang begitu laris iaitu Simplot Hashbrowns Original,
Simplot Hashbrown Triangles, Mini Hashbrowns dan Popcorn Hashbrowns. Produk
tanpa kolesterol, Simplot Hashbrowns tidak mengandungi sebarang perasa, pewarna
atau pengawet tiruan. Ia juga tidak mengandungi lemak tepu.
Sempena bengkel tersebut, Simplot
Malaysia turut menganjurkan ‘Anugerah Simplot – Chef Rumah Terbaik Malaysia’
yang julung kali diadakan. Orang ramai
boleh menyertai pertandingan ini dengan hanya mencipta resipi menggunakan
rangkaian produk Simplot Hashbrown dan memuat naik gambar resipi kentang yang sudah siap
bersama produk Hashbrown Simplot. Gambar berkenaan
perlulah disertakan dengan tulisan mengenai
gambar dan hashtag #SimplotAward.
Sebanyak 20 resipi terbaik akan disenarai pendek dan menerima baucar
bernilai RM200 daripada TESCO berserta beg cenderahati daripada Simplot Malaysia
Sdn Bhd. Daripada resipi yang disenarai pendek tersebut, Simplot akan memilih 8
peserta akhir untuk bertanding pada pertandingan masakan akhir pada 19 Jun ini.
Orang ramai juga boleh mencalonkan ahli keluarga, rakan atau penulis
blog makanan Malaysia yang biasa mereka ikuti untuk menyertai pertandingan
berkenaan. Sekiranya peserta yang mereka calonkan itu disenarai pendek sebagai
lapan peserta akhir, mereka akan juga memenangi baucar bernilai RM200 daripada TESCO berserta beg cenderahati daripada Simplot Malaysia
Sdn Bhd bernilai RM100. Sekiranya calon mereka berjaya memenangi ‘Anugerah Simplot
– Chef Rumah Terbaik Malaysia’, mereka juga akan memenangi peralatan dapur.
“Kami mahu mengetengahkan bakat
dalam kalangan chef tempatan yang memasak di rumah. Golongan hero yang tidak dikenali ini
menyediakan sajian masakan rumah yang berkhasiat dan lazat untuk dinikmati
seisi keluarga. Ibu-ibu malah ayah yang gemar memasak untuk keluarga seharusnya
mengambil bahagian dan mengetengahkan bakat mereka, ” tambah E-Laine.
Hadiah-hadiah merangkumi wang tunai RM5,000,
peralatan dapur dan beg cenderahati Simplot untuk juara; wang tunai RM3,000, peralatan
dapur dan beg cenderahati Simplot untuk pemenang tempat kedua; wang tunai RM2,000,
peralatan dapur dan beg cenderahati Simplot untuk pemenang sajian tempat
ketiga. Hadiah saguhati terdiri daripada peralatan dapur dan beg cenderahati Simplot
untuk setiap pemenang. Tarikh akhir untuk menghantar resipi ialah 12 Jun 2014.
Untuk maklumat lanjut mengenai resipi Simplot Hashbrown dan cara
penyertaan, layari www.facebook.com/SimplotHomeChef
dan Instagram @Simplot_MY.
Mengenai
Simplot
J.R. Simplot Company, salah sebuah daripada syarikat milik
persendirian terbesar di dunia ditubuhkan pada 1923 oleh Encik JR Simplot di
Idaho, Amerika Syarikat.
Simplot berganding bahu dengan tiga
perniagaan utama iaitu Food Group, Agribusiness dan Land
& Livestock. Simplot
memiliki perniagaan di seluruh dunia, dari Amerika Utara, Amerika Selatan,
Eropah, Asia Pasifik sehinggalah negara-negara Timur Tengah. Simplot merupakan pembekal utama jejari kentang goreng
kepada rangkaian QSR dan sektor HORECA sejak 1960-an.
*So uolss apa lagi??? Masing2 kreatif kann??? Cubalah mana tau kalau2 ada rezeki uolss???
wahh cam best ni..hasbrown sedap..erm..tak berapa kreatif lak bab masakan ni..bagi mereka yang kreatif dalam masakan ni bolehlah mencuba..all the best
ReplyDeletewahhhh...rajinya tgknslot masakkan..😁😁😁
ReplyDeletesuka la hashbrown nie...sedap...selalu beli gak... :)
ReplyDeletexpernah try lgi simplot nie...
ReplyDeleteoo..boleh makan tengah hari ngan petang gak rupenye..hehee
ReplyDeletemiza selalu buat sarapan je..memang sedap pun ^_^
kak farah tak nak join contest Simplot nie ker??hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Lya lum try lagi ..Mungkin akan cuba nanti lepas dah baca entri Farah nie ..Sedap ker ?? Bila dgr Farah duk bercerita raser nak cuba ..Hehehe
ReplyDeleteJenjalan kat blog yang comel / cantik / kacak ni. :D
ReplyDeleteNak ajak join segmen fiqa jugak. ^^
1). Segmen Saya Nak Doodle 48 Jam Part #2 by Fiqa Nsz
Hadiahnya:
Peserta terawal x3 - Doodle
Peserta Random x7 - Doodle
Segmen Tamat pada 11hb Jun tepat pukul 5 PM.
*Klik pada link dibawah untuk menyertai:
SEGMEN SAYA NAK DOODLE 48 JAM PART #2 BY FIQA NSZ
2). Infinite Last Romeo Giveaway
GRAND PRIZE / TOP REFERRAL (1 winner):
1x Infinite Last Romeo Official Album
LUCKY DRAW (16 Winners):
1x MP3 shuffle + 2GB Memory Card (All copy of Infinite Album in it)
1x INFINITE Replica Jersey (all members available)
2x INFINITE Special Limited Edition Button Badges
1x Infinite Key Holder
1x INFINITE Button Badge
2x Notebook
8x Topup RM5
Giveaway end: 15 Jun 2014
*Click on the link below to enter:
INFINITE LAST ROMEO GIVEAWAY BY FIQA NSZ
Annyeong! >.<
blm pernah jumap lagi benda nih ... nati lah pi usha ...
ReplyDeletela.. senang je dh ada hashbrown mcm ni. suka sgt mkn hash brown mcd. huhu
ReplyDeleteperghhhh hashbrown ni kalau kat mekdi , sha selalu makan dengan jem anggur tu.... haha
ReplyDeletemcam sedap je.. haruslah kita try nanti ye..
ReplyDeleteHashbrown Simplot ni sedap dan boleh buat macam-macam hidangan..tapi CP selalu goreng & cicah sos dan mayonis je hehe
ReplyDeletesuka jugak jenama ni..sedap!
ReplyDeletehashbrown...best..:)
ReplyDeleteEhehe umi pun slalu grap hashbrown brand ni tiap kali g shopping...mmg ada je stok dlm esbox 😄
ReplyDeletetapi serius...Simplot mmg sedap gila laaa!
ReplyDeletehashbrown ni memang ecah suka..cicah dengan sos jer pon..sedap..
ReplyDeleteakk selalu beli simplot fries tu...dulu masa memula keluar, murah je simplot ni...
ReplyDeleteCam best ni tapi rasanya belum ada dalam pasaran di KK ni :)
ReplyDeletesedap nie......
ReplyDeleteOwh... Bru perasa... Pnh tgk tpi x pnh beli...
ReplyDelete