KECERIAAN KUIH RAYA BERANEKA WARNA SEMPENA KEMPEN SECERIA AIR TANGAN
IBU BERSAMA PLANTA
Planta menggalakkan para ibu menceriakan Hari Raya anak-anak
yatim dengan meraih sasaran 50,000 biskut buatan air tangan sendiri...
Giteww kannn... Belum Raya lagi...bahang2 Ramadhan dan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dah mula 'warm up'...
Planta, jenama marjerin Malaysia yang dipercayai sejak turun temurun telah melancarkan kempen Seceria Air Tangan Ibu sempena Hari Raya sebagai pencetus inspirasi buat golongan ibu untuk berkongsi 'air tangan' mereka serta menghasilkan biskut dan kek enak yang berwarna-warni. Sentuhan air tangan ibu membawa suasan Raya yang meriah untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak.
Resipi biskut dan kek Planta kini tampil lebih ceria dan berwarna-warni. Diilhamkan daripada warna pelangi, biskut dan kek ini dapat memberikan sentuhan ajaib air tangan ibu kepada kuih tradisional seperti Tat Nenas dan Semperit Pandan. Planta turut memperkenalkan resipi baru mengikut "trend" pada tahun ini iaitu Biskut Red Velvet, Biskut Buah Hati dan Biskut Roda Warna.
Resipi2 Planta yang diperkenalkan melalui kempen Seceria Air Tangan Ibu akan dibawa secara langsung menerusi segmen Wanita Hari Ini di TV3. Rancangan ini akan bermula pada 11 Jun dan bersiaran selama tujuh minggu dihoskan oleh selebriti dan pelakon, Sharifah Shahirah. Beliau akan mengetengahkan resipi biskut moden yang mudah dibuat, menarik dan lazat yang diciptakan oleh Planta. Sepanjang segmen bertemakan Seceria Air Tangan Ibu, Sharifah bersama ibu, ibu mertua, suami, adik dan anak-anaknya bergembira bersama menyiapkan biskut Planta yang ceria dan berwarna-warni di samping berkongsi pengalaman air tangan masing-masing.
Rakesh Mohan, Pengerusi Unilever Malaysia dan Singapura berkata, "Planta sudah lama menjadi kegemaran kaum ibu dan anak-anaknya. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kaum ibu hari ini untuk meneruskan tradisi dan berkongsi air tangan mereka melalui pembuatan biskut yang ceria dan berwarna-warni. Anak2 pasti menggemarinya. Lagipun, tiada apa yang dapat menandingi kualiti masakan air tangan ibu yang dibuat dengan penuh kasih sayang."
"Saya sangat teruja untuk menjadi hos untuk segmen televisyen ini. Sebagai seorang anak dan ibu, saya faham perasaan kasih seorang ibu yang dicurahkan melalui air tangannya. Segmen ini membolehkan saya mengeratkan hubungan bersama keluarga dan anak2 serta menyediakan kuih Raya hasil air tangan sendiri. Saya berharap ia akan membawa inspirasi kepada ibu-ibu untuk mencetuskan keajaiban di dapur, penuh warna, keseronokkan dan inspirasi menjelang Raya ini," kata Sharifah Shahirah.
Bulan Ramadhan ini sebaiknya kita banyakkan bersedekah. Di sini, Planta turut menggalakkan kaum ibu untuk Beramal Bersama Planta dan berkongsi air tangan mereka dengan membuat kuih Raya untuk anak-anak yatim di Malaysia.
"Berkongsi hasil air tangan kaum ibu bersama anak-anak yatim akan membawa kegembiraan yang tidak terhingga. Ia pasti dapat memberi peluang untuk anak-anak yatim menikmati dan merasai kasih sayang seorang ibu dan menceriakan hati mereka sepanjang Raya ini," kata Rakesh.
Planta berhasrat untuk meraih sasaran 50,000 biskut di bulan Ramadan mulai 16 sehingga 20 Julai 2014.
Menerusi
Beramal Bersama Planta, ibu-ibu
boleh menghasilkan biskut dengan Planta buatan air tangan sendiri dan
menghantar biskut berkenaan ke pasar raya Mydin dan Giant terpilih mulai
16 sehingga 20 Julai 2014. Seterusnya, Planta akan menyalurkan
sumbangan biskut tersebut ke rumah anak-anak yatim terpilih di Malaysia.
Orang ramai juga boleh turut serta untuk menyumbang dan
Beramal Bersama Planta apabila
mereka membeli Planta dan menghasilkan biskut di pameran bergerak yang
disediakan di Mydin dan Giant terpilih. Maklumat lanjut mengenai lokasi
pasar raya Mydin dan Gian yang terpilih dan cara-cara menyertai boleh
didapati di saluran YouTube Planta di
www.youtube.com/resepiplanta.
Pada majlis pelancaran kempen
Seceria Air Tangan Ibu, Sharifah Shahirah bersama dengan chef profesional, Chef Rose Weiss turut mengajar para tetamu cara menyiapkan biskut Red Velvet Planta untuk diberikan kepada anak-anak yatim.
Untuk mendapatkan pelbagai resipi kuih Raya yang menarik dan maklumat mengenai
Beramal Bersama Planta, layari saluran YouTube Planta di
www.youtube.com/resepiplanta .
Acara Perasmian Kempen Planta Seceria Air Tangan Ibu
Lokasi: Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Damansara
Tarikh: 4 June 2014
###
Mengenai Planta
Planta merupakan jenama marjerin terkemuka di Malaysia. Planta adalah satu daripada jenama Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, satu nama isirumah yang dipercayai di Malaysia untuk menghasilkan kek dan biskut, juga sebagai sapuan dan memasak selama lebih daripada 80 tahun.
Buat masa ini, Unilever Malaysia mempunyai portfolio 13 jenama utama yang merangkumi produk makanan seperti Lipton, Knorr, Lady's Choice, Wall's dan Planta, barangan penjagaan diri seperti Sunsilk, Dove, Lux, Clear, Lifebuoy, Fair & Lovely dan Rexona serta barangan penjagaan isirumah seperti Breeze. Kebanyakan jenama ini merupakan peneraju dalam kategori masing-masing.
Bagusnya buat macam ni. Mesti dieorang seronok. Dulu pernah bagi doorgift pada budak2 rumah anak yatim dekat Seremban. Sorang-sorang muke excited. Kite tengok pun rasa seronok.
ReplyDeleterugi tak dpt join haritu :( hubby exam plak!
ReplyDeleteMmg suka planta... Sesuai utk masak apa sja...
ReplyDeleteseronok ada program mcm ni..at least kita bole buat dorg hepi kann..
ReplyDeleteSaya suka makan planta :)
ReplyDeleteProgram yang amat baik. Peluang utk kita beramal.
ReplyDeleteSememangnya planta pilihan ibu sekeluarga..
Ni ke planta planta tadi tu kak ?? ^^
ReplyDeleteNak dekat ramadhan nie , macam macam resepi akan tertayang , hehe .
ReplyDeletealalalala bestnya kalau dapat join kann
ReplyDeletebahang ramadhan muka terasa..:)
ReplyDeleteada beberapa jenis biskut yang memang sesuai dan sedap dibuat dengan planta
ReplyDeleteEvent ni la yg akak terpaksa tolak...dh dpt email tp belum buat entry lg...
ReplyDeletebest kalau dapat join even nie...akak mmg suka buat kek....
ReplyDeleteBagus jugak cara ni,at least bantuan boleh dihulurkan kepada mereka yang memerlukan
ReplyDelete