![]() |
Source Extracted from Google |
Dah makan kenyang2 dah minum puas2, memeyler macam ular sawa jer gayanya kebanyakan orang... Bersandar kekenyangan... Kalau dapat pulak aircond cuaca dingin dan cosy jer... Perghhh... memang kalau atas katil yang empuk bertemankan selimut.... Nikmatnya tidur...Ha ha ha... Tutup pulak pintu bilik...sangat2 privasi...erkss... ada ker yang tak tutup pintu bilik??? Adalah kann??? He he he... Lepas tu tarik langsir... bagi gelap...Kalau pakai black out curtain lagi awesome... (Ye ye membayangkan lepas tu sendiri terasa nak jer buat cam tu sekarang... ha ha ha...)
Mengantuk boleh terjadi kerana badan kurang mendapat rehat yang secukupnya. Keadaan lain yang boleh menimbulkan seseorang itu mengantuk juga ialah kerana kekurangan oksigen di dalam darah untuk sampai ke otak. Sekaligus ini juga penyumbang weollss sering rasa mengantuk. So... the following ni adalah tips pemakanan dan minuman yang weolls boleh ambik sebagai langkah atau ubat untuk atasi mengantuk.
Makanan Pedas
Makanan ini boleh mengurangkan rasa mengantuk tetapi pengambilannya perlulah dikawal kerana makanan ini boleh juga mendatangkan kesan lain terutama bagi weolls yang tak tahan pedas. Berikan sedikit rasa pedas di dalam makanan boleh merangsang perjalanan darah dan membuatkan kita tetap rasa segar.
Air Putih
Air putih mampu mengelakkan tubuh dari dehidrasi sehingga dalam sekejap waktu selepas meminumnya, rasa mengantuk akan hilang. Cubalah terus minum air putih sebaik bangun daripada tidur dan weolls akan merasa kesegarannya.
Epal dan Tembikai
Makan epal dan tembikai yang segar serta manis boleh menyegarkan diri, bermula dari mulut, kerongkong, otak dan sehinggalah ke seluruh tubuh. Selain mengandungi vitamin, buah2an ini enak dinikmati sebagai snek menyihatkan.
Asam atau Makanan Masam
Makanan masam seperti lemon, asam atau limau membantu memberikan Vitamin C. Selain itu, sensasi rasanya yang masam akan membuatkan weolls berasa segar.
Dark Chocolate
Pilih dark chocolate untuk menghilangkan rasa mengantuk. Dark chocolate boleh meningkatkan semangat kerana dark chocolate meningkatkan hormone yang boleh menenangkan diri. Tapi, awas!!! Avoid chocolate yang tinggi pemanis tambahan.
Sumber: SINI
Cubalah, mana tau kot2 berkesan ker...tapi kalau dah payah2 sangat dan memang tetap ngantuk gak...ambik jer nap sekejap.... Settle...habis cerita...Tapi ada juga orang kalau nap tu tak ada makna... Tetap akan tidur sesedap rasa jugak...ha ha ha....
tapi kalau bulan puasa ngantuk nak buat cmane kak farah...hehe
ReplyDeletePatutlah kalau makan pedas terus segar bugar. Now puasa ni memang ngantok kat ofis ni. Balik kena recharge. ^^
ReplyDeletemakanan masam tu sangat penting bila tahap mengantuk tak boleh nak dibendung..lagi best kalau dapat jenjalan...hehehe...hilang ngantuk..
ReplyDeletethanks share kak farah...dik an memang suka pedas2 ni hehe
ReplyDeletekalau iols.coffe ler penemannya..hihi
ReplyDeletedark chocolate tu feveretttt ;)
ReplyDeleteselalu minum air masak je mudah :)
ReplyDeletedidiey minum air masak :) minum banyak2. hehe
ReplyDeletegreat sharing
ReplyDeleteErk...awat gambo tuh mcm buruk sgt...ternganga..hihihi...akak mkn apa je mmg akan mengantuk...dasar buruk perangai kan...
ReplyDeletenak kena cuba ni...selalu mai tengahari mai syehh ngantok tahap xdaapat dibendung
ReplyDeleteakak kalau pening atau ngantuk masa dalam kereta mesti cari asam
ReplyDeletekira betui ler cara tu yerk :)
ohohoho.... part mebayangkan di perenggan pertama tu best.. hahaha.. mmg terasa nak tidur je skrg ni. hihi
ReplyDeletesalam sis. apple & tembikai sy suka makan. makanan asam pun..yang lain+ kureng sikit..btw sy kalau mengantuk lebih suka letak minyak angin fresh care dekat hidung hehe
ReplyDeleteWah wah wah petua jugak la nie ..Tapi dalam bentuk makanan ..Lya suka makan asam jugak Farah ..mmg la kalau makan asam ker buah2 an yang masam mmg tak ngantuk TERBELIAK lagi mata tu ada la sebab masam hahaha
ReplyDeletekite biase dgn nescafe je kalau nak hilang ngantuk. hihi^^
ReplyDeletewah thanks for sharing :D memang betul ..
ReplyDelete