![]() |
Source Extracted from Google |
Dalam melatih anak2 berpuasa ni weollss tak boleh melakukan secara paksa. Sebaliknya perlu dilakukan secara berperingkat kerana anak2 kecil belum memiliki kewajipan untuk berpuasa penuh. Beberapa cara yang boleh membantu dalam melatih si kecil berpuasa. Kalau pada mulanya susah jangan sesekali putus asa ok uolss??? Semoga Allah SWT memudahkan niat weollss sebagai parents untuk mendidik anak2 supaya turut berpuasa. Walaupun masa untuk Ash jauh lagi kann??? Bersedia dari awal apa salahnya kann???
Antara cara2 yang boleh dipraktikkan...
1. Memberikan kefahaman tentang kepentingan Ramadhan. Seeloknya dilakukan sebelum tiba bulan Ramadhan lagi. Gunakan kata2 yang jelas intonasinya, lemah lembut gaya pujuk dan menggunakan bahasa yang sederhana sesuai dengan umur anak. Jelaskan apa itu puasa, bila waktunya untuk berpuasa, apa yang boleh dan tak boleh dilakukan. In Shaa Allah akan timbul niat dalam diri anak bila tibanya Ramadhan.
2. Sambutlah bulan Ramadhan dengan wajah yang berseri2 dan penuh ceria. Anak pasti akan bersemangat untuk berpuasa dan akan dipraktikkan dengan mudah sehingga mereka meningkat dewasa.
3. Menetapkan waktu tidur anak bagi memudahkan mereka bangun sahur.
4. Tidak meletakkan makanan mahupun minuman secara terbuka di hadapan mereka. Letak jauh daripada perhatian anak.
5. Seeloknya jauhkan anak daripada bergaul dengan kawan2nya yang malas berpuasa sebaliknya galakkan anak bergaul dengan kawan2nya yang rajin berpuasa.
6. Menjanjikan hadiah sebagai rangsangan. Kira macam upah puasa lah ni kann??? Macam zaman kita kekecik dulu... kalau puasa penuh dapat berapa ringgit... Satu hari penuh puasa berapa ringgit, setengah hari berapa ringgit... Ahakss... (sounded cam ajar anak materialistik jer)... hurmm no comment sebab ada baiknya dan ada buruknya cara ni kann??? But it works most of the time. Di samping penghargaan dan pujian sebagai anak yang sabar, hadiah berupa peralatan pembelajaran boleh juga diberikan.
7. Beritahu tentang pahala dan syurga Allah SWT kepada anak. Mereka pasti akan merasa seronok sekaligus dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya.
8. Memberi alternatif pengisian waktu yang tepat dan positif. Contohnya, waktu tidur atau memberi permainan yang mendidik agar anak luoa dengan rasa haus dan lapar. Parents juga boleh mengajak anak2 mengaji Al-Quran bersama2 dan membacakan kisah2 teladan para Nabi dan Rasul.
9. Mengajak anak menyemarakkan syiar Islam seperti solat terawih berjemaah di masjid, mengaji dan mengkaji Al-Quran dan sebagainya.
10. Mulalah mengajar anak berpuasa di bulan Ramadhan dari umur seawal mungkin. Perhatian yan berterusan dengan pengendalian yang bijak dapat mencambahkan kesedaran serta minat anak untuk berpuasa. Mendidik anak2 adalah satu tanggungjawab. Kesedaran anak dalam bab berpuasa merupakan tabungan ibadah bagi weolls sebagai parents yang telah mendidik mereka dengan cara sewajarnya.
Sumber: SINI
Of course lah tak semestinya dalam melatih anak2 berpuasa ni, mula2 jer penuh terus sehari puasa... Mostly budak memang takkan menahan dan ada kalanya boleh menimbulkan kemudaratan pada kesihatan mereka kalau terus2an paksa sehari penuh berpuasa. So the norm is biasanya parents akan do step by step ye tak??? Suku hari dulu ke? Lepas tu up sikit 1/2 hari... lepas tu up 3/4 day lepas tu penuh.... kena banyak sabar kann dalam mendidik anak??? ^_^...Dan mungkin ada di antara weolls yang dah mengalami fasa2 ni....
*As early as possible??? ^_^... Hi hi hi... tengah buat planning pulak tetiba at what age nak ajar Ash puasa ni... La la la... Mesti comel jer gelagat Ash berpuasa nanti ni... ahakss Mummy yang over... walhal jauh lagi masa tu... pada yang dah mula melatih anak2 untuk berpuasa tu... all the best uolss and banyakkan sabar and makes it interesting and fun for them tau??? *_^
Nice sharing...kena janjikan hadiah baru ler anak-anak ni semangat nak puasa
ReplyDeleteNak bawak gi solat Tarawikh tu yg risau sgt. Xreti dok diam. Karang org solat..dia tah ke mana.
ReplyDeletenak melatih biarla sejak dari kecil kan sis..sokong2..tapi ash blm blh lagi masih baby hehehe
ReplyDeletegreat
ReplyDeletetu la.. nak latih si aleeya juga... berapa hari la agak nya tahun nya... ke setengah hari je... 1 hari pun jadi lah... hehehe... baru 5 tahun,...
ReplyDeletekesian Ash...awal-awal mummy dah search nak suruh dia pose..hahaha
ReplyDeletebetul2, tingat pulak zaman dulu2 masa puasa.tp kena ingat juga bab solat tu lg kena jaga kan?
ReplyDeletebagi anak makan pun ibu dia pulak yang terliur..kena kuatkan iman..
ReplyDeleteingat zaman kekanak dlu,sehari 50 sen..tu yang semangat memasing nak pose tu...best2
ReplyDeleteSekarang ni tengah latih Shumi berpuasa ... dah darjah 2 ...hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah..Dania akak latih berpuasa dari tadika...sampai sekarang penuh puasa...kesian plak tgok dia lembik sampai tunggu petang....
ReplyDeletealah kite yg tua2 ni pon kadang suke tengok jam camgitu hihihi
ReplyDeleteanak-anak kalau didedahkan awal insyaallah senang di latih
selamat berpuasa farah, take care
:)
PERKONGSIAN YANG BERGUNA UNTUK IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK2 BERPUASA ..Lya pon ajar anak step by step jugak dulu bukan terus suruh puasa penuh ..Alhamdulillah semuanya OK takder masalah..
ReplyDeleteNice sharing... Cuma ajrlah buka pksa kn..
ReplyDeleteash kena puasa stgh hari tak leh minum susu..hehehe..:p
ReplyDeletepelan pelan ajar anak nanti lama lama boleh adapt :)
ReplyDeleteassalamualaikum farah...betul n bagus tu...:)
ReplyDeletebila time nak dekat azan maghrib la yg tak tahan...
ReplyDelete