Makanan Perlu Elak Ketika Hamil....

Farah Waheda Wahid
26
Source Extracted from Google 
Kenangan makan masa preggy... Makan masa preggy memang odd sikit... Ada orang seleranya bertambah2, ada orang seleranya seakan putus... Ye tak??? Iolss??? Selera makan masa preggy tengah2... kadang2 kuat makan, kadang2 langsung tak selera makan... Bergantung kepada keadaan semasa katanya uolss... Ha ha ha... 

Makan masa preggy ni kalau ikut Mama iolss memang banyak pantang larangnya... hua hua hua... Itu tak boleh makan ini tak boleh makan... Dan memang certain2 food tu iolsss sepanjang preggy memang puasa dari makan uolss... hu hu hu kesian iolss tau... Kempunan jer nak makan masa preggy...Ahaksss....Cakap parents kena dengar uolsss... Mereka terlebih dulu makan garam kannn??? Tapi lepas pantang pun still ada certain2 makanan yang masih belum boleh dimakan memandangkan iolss bersalin secara C-Sec kann??? Pantang kena jaga, kalau sayang badan, luaran dan juga dalaman...

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu weollss elak untuk tidak terjebak dengan kesan sampingan sewaktu hamil. Dalam usaha menjamin keselamatan weolls dan baby dalam kandungan, disyorkan dari SINI untuk ikuti panduan yang tertera untuk kebaikan...

Makanan Mentah
Uolss gemarkan makanan mentah seperti sushi??? Jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi buruk seperti:

Toxoplasmosis
Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur2an yang tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada baby.

Cirit Birit
Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit birit yang uolss alami secara tidak langsung boleh membahayakan baby sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Jangkitan Cacing
Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada baby tetapi cacing akan memakan segala zat yang diperlukan oleh baby.

Keguguran, Kelahiran Pra Matang dan Keracunan
Salah satu penyebabnya berpunca daripada bakteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik.

Vitamin A
Apa juga bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000m boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf baby. Sebagai langkah selamat, uolss boleh mengambil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengandungi Vitamin A seperti hati daripada sumber haiwan yang perlu dielak.

Raksa
Makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Sekiranya pengambilan makanan yang mengandungi raksa berlebihan, raksa boleh menyebabkan kerosakan baby.  

Gula
Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan uolss menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses kelahiran.

Makanan Yang Diproses
Salah satu makanan proses yang popular ialah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitri yang tinggi. Jadi, uolss perlu mengurangkan pengambilannya.

Produk Tenusu
Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh mengandungi bakteria listeria yang berkemungkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang diyakini selamat keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan. Begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan krim keju.

Kacang Tanah
Inilah satu2nya jenis kekacang yang perlu dielak sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang dalam kalangan baby. Jika ahli keluarga uolss mengalami masalah alahan, elakkanlah kacang tanah.

Telur Kuning
Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin mengandungi salmonella. Walaupun jarang memberi kesan kepada baby, uolss mungkin mengalami muntah serius, cirit birit, demam dan dehidrasi. Jika ingin makan telur rebus, pastikan telur ini dimasak selama lebih kurang 7 minit.

Memang tak dinafikan ada orang akan berkata, iolss sebab semua ok jer tak ada apa pun... Well, itu terpulang kepada individu... Tapi bagi yang sangat concern dengan keselamatan serta kesihatan baby di dalam kandungan, pastinya akan sanggup berpantang demi kebaikan... Iolss akui macam iolss...mungkin orang akan kata poyo-lah... Itu tak boleh makan ini tak boleh makan semasa preggy... Theyolls ok jer masa preggy makan semua... Iolss still to my principe berpantang dari certain2 food yang boleh jeopardise baby... Kerana pada iolss semasa preggy-kan Ash...Inilah satu2nya anugerah Allah dan harta iolss yang iolss ada yang termahal....

Again terpulang kepada individu nak berpantang, nak mengelakkan ataupun tidak... ^_^

Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. banyak jgak yang perlu kita tau pasal makanan ni ye farah...

    ReplyDelete
  2. Wooooo banyaknyaaa pantang larang , takpela tunggu pregnant nanti kita refer akak lagi. :P

    ReplyDelete
  3. telur kuning tu sedap tau kalau lembik2..CN masa preggy dulu mmg suka sangat makan telur ! smpai sekarang Irfan mmg suka telur, lagi2 telur dadar, tu mmg fav dia.. ;)

    ReplyDelete
  4. thanx farah sebab kongsi artikel ni :)

    ReplyDelete
  5. banyak kan sis pantang larang..insyallah kalau ada rezki akan cuba elakkan makanan spt dia atas

    ReplyDelete
  6. time anim dulu, dua benda je yang anim takleh atau takut nak makan iaitu nenas dan durian hehehe. Dah cukup bulan baru berani makan durian tau :D

    ReplyDelete
  7. alamak.. my sil suka sangat makan sushi sekarang ni. mengidam katanya

    ReplyDelete
  8. tak perna h tau un, tapi kena tau jugak nnati

    ReplyDelete
  9. Ooo... ade jugak ye... dulu main makan je... tu yng naik 2kg sebulan..... kalo ade rezeki lepas ni Insyaallah. ... akan menjaga pemakanan.. insyaallah. ..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kak.. mekasih share info ni. bab kacang tanah tu, sy xmkan dh. before ni pernah la makan. sekali lepas makan uweeek. setiap kali makan uweek.. pastu tak berani dah mkan, walaupun kacang tu letak kat peyek sikit je..

    ReplyDelete
  11. akak time preggy tak minum kopi atau milo...takut kulit baby jadi gelap hehe...

    ReplyDelete
  12. kalau boleh elak memang elok berbuat demikian.. siapa yg tak nak baby yg sihat kan sis..

    ReplyDelete
  13. kuning telur tu memang bahaya sgt2..1st baby meninggal dalam perut may b sebab tu..sebab ms preggy suke sgttt mkn telur separuh masak..

    ReplyDelete
  14. wahhh..banyaknyeee..ecah maen bedal je makan..kecuali nenas, air tebu,makanan yg tajam2 n panas2 je xmakan..yg laen2 tu maen bedal je sebab xtao..hehe

    ReplyDelete
  15. bagus info ni...and ada info yang noe pun baru tau...macam kuning telur tu n kacang tanah...

    ReplyDelete
  16. Bukan boleh main belasah je time preggy ni kan...mkn kena pantau....rindunyaaaa nk preggy...

    ReplyDelete
  17. Moga para ibu dan bakal ibu dapat buat panduan :))

    ReplyDelete
  18. memang banyak pantang larang...demi baby tersayang...

    ReplyDelete
  19. Betul tu Farah....mmg ada yg berpantang ....Tp seingat okje ...okje tak pantang...bedal semua...hehe

    ReplyDelete
  20. kena tgk jugak la makan apa..lebih lagi di awal kehamilan

    ReplyDelete
  21. betul tu bergantung pada penerimaan bdn seseorang.yg mana blh elak, elakkan la . demi bby jga kan. kalau sy pon akan straight. maklum la bukan sng nak lekat..

    ReplyDelete
  22. kena banyak pantang time pregnant....

    ReplyDelete
  23. saya hamil anak ke-4..
    Tapi selera untuk makan makanan chess ini makin berselera...
    alahai..
    If free jom join blog saya di www.qasehdstylo.blogspot.com

    Terima Kasih tuan blog kongsi ilmu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !