Semua Barang Kecil...

Farah Waheda Wahid
23
Phewww...baru boleh tarik nafas selepas tak sempat nak duduk pun bila tiba di office pagi ni... Hua hua hua... Sampai2 jer terus berlari ke sana sini dalam office ni, ahakss...kalau Level 3 - Directors Office ni dah tak ada muka lain dah kelam kelibut ke sana ke mari kalau tak kami2 mummy2 yang jadi assistant pada director2 ni...bha ha ha... semua yang ada di Level 3 semua mummy2 kot??? Maka layaklah panggil mummy2... bha ha ha... Dan kami tak ramai pun di Level 3 ni, selain directors ada 5 orang mummy, 3 orang bapa, 3 orang bujang dan 1 anak dara. *_^...

Ok, panjang pulak mukadimah iolss kann??? Sebenarnya nak cerita... gambar di atas tu adalah gambar bath toys Ash... Hu hu hu... Bila setiap kali mandi, setiap kali tu jugaklah mak itik dan anak2 itik dibiarkan berenang2 di dalam basin Ash... Ini namanya strategi mummy nak bagi Ash supaya jangan nak melasak sangatlah dapat berendam dalam air...Ahaksss... Alhamdulillah, berjaya, dia leka dengan mak itik dan anak2 itik tu. 

Tapi kannn... yang tak menarik dan yang tak syoknya... Bila dah mula nak makan ni... gusi pun tengah gatal gamaknya sebab air liur dok meleleh jer (ok Ash suka sangat buat bubbles dengan air liur dia...habislah gugur rambut mummy ni nak oiiiii... nasib iolss pakai Safi Shayla...ahaksss... rambut kekal lebat giteww walaupun banyak kot helaian rambut berguguran dan bergumpal... so tak adalah risau sangat iolsss).  Dia dah pandai nak masukkan apa saja objek kecil yang dapat dicapai ke dalam mulut. Contohnya anak itik ni... 


Semalam gamaknya dia ingat anak itik ni makanan or biscuits kot? Habis dimasukkan ke dalam mulut ko... uikss...ingatkan mulut tu kecik lagi tak adalah muat nak masukkan anak itik tu... muat rupanya... gigih mummy dok korek dari mulut dia malam semalam... Pheww...jangan buat hal Ash... Tu lah sebabnya weolls yang beranak kecik ni kena sentiasa perhatikan anak yer tak dan tak boleh biarkan macam tu jer... Boleh tersengih lagi dia? Adoiii...mummy korek dari mulut pun boleh sengih jer... tunjuk gusi.  Ash tak sabar dah nak makan ker? Ahakss...mummy pun dah tak sabar nak suap Ash makan ni.... 

Makanya, sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada uolss, jangan biarkan anak2 kecil kita dengan barang2 yang kecil yang boleh dimasukkan dalam mulut. Diaorang ni, tengah2 baya macam ni memang semua nak masuk mulut kann??? Betul tak mummy2 yang dah experience? So, untuk diri ini, bawak2lah jauhkan benda2 kecil dari Ash yer... hu hu hu... Tu lah Abah dia dah pesan, jangan bagi small compartment, jangan bagi anak itik tu... tapi kekononnya Ash tak pandai masuk mulut lah... Hamik ko... So, no more anak itik yer Ash, mummy simpan anak itik tu, lepas ni mak itik jer yang akan berenang2 di dalam basin Ash...main jer lah dengan mak itik tu... hew hew hew...Nanti mummy gantikan anak2 itik tu dengan fish...mummy dah tengok dah semalam kat kedai toys tu... nanti mummy beli ek? La la la... 

*Ash memang tak sabar nak makan ni nampak gayanya...


Post a Comment

23Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. gusi gatal nak tumbuh gigi letew....semua nak digigit nye....

    ReplyDelete
  2. dalam bathroom umah ni mesti ada rubber ducky ni, rasa cute ja sebab kuning kan, kak ada buat entri untuk farah hari ni :)

    ReplyDelete
  3. selamat pagi jumaat
    anum singgah pagi jap lagi bz day
    keep in touch

    ReplyDelete
  4. alahai.... comelnye duck tu.... *geram*

    ReplyDelete
  5. Lash..auntie nak pinjam itik boleh?...bolehlaa....

    ReplyDelete
  6. yela farah..bayi sekecil ash tu memang semua benda nak masuk mulut..gatal gusi pon iye..kalau saya y kecik2 memang tak bagi (en.suami yang terlebih bising)..mih2

    ReplyDelete
  7. Haha,, xpe. Ash xdpt itik, dapat mainan ikan baru. :D

    ReplyDelete
  8. Hehehe., selamat anak itik dan ash..tugas anak itik dah ditamatkan..itu itik jalankan tugas..ash budak cumil..tak lama lagi muncullah wahai gigi..hehe..

    ReplyDelete
  9. jangan ash ngap smartphone akak sudah kekeke

    ReplyDelete
  10. Itu dia... itik kecik-kecik tu rumah kakak pun ada tau Farah.
    Dulu kakak dapat dari Celcom. Memang comel itik-itik ni. siap ada bunyi lagi kan. Mestilah Ash suka nak main dan kalau boleh dia nak gigit. Lagi pulak kuning. Ash kan suka kuning..

    ReplyDelete
  11. nampaknya sy pon nak kena cari jgk kot toys nie..time nk mandi mikail asyik dk main air je, susah betul nk mandikan dia..hehe

    ReplyDelete
  12. mujur sis tgk ash tu.. biase la budak2 semua mende nk bawa masuk mulut kan..

    ReplyDelete
  13. betul tu farah.. kena extra berhati2. bulan lepas kan ada baby 10bulan meninggal tercekik screw. Allah... sedih sangat... sbb anak sendiri pun mmg pantang pegang apa2, mesti masuk mulut gak.

    ReplyDelete
  14. duck tu adam ada lg skrg ni. bawag g bercuti kalau ada pool..

    ReplyDelete
  15. duck tu pun dania ada..biasa la dik budak2 suka explore..tp pelik mcm cepatnya Ash?sekarang kena hati2 tau..jangan lepa...dia dah nak pandai mengutip tu...

    ReplyDelete
  16. Hehe... Dh hilang hbis itik tu...

    ReplyDelete
  17. duck's family ni memang jadi trend untuk budak² main kak..seronok ade teman ash mandi kan..xde la lasak macam akak cakap..comel je :)

    ReplyDelete
  18. Femes sungguh itik 3 beranak ni Farah...masa bebudak ni kecik mereka pun ada....Giliran Ash pulak ek

    ReplyDelete
  19. alahai..anak itik tu kecik sgt..
    mak itik baru cool..hehehe..

    ReplyDelete
  20. comelnya duck tu....boleh buat koleksi.....

    ReplyDelete
  21. Mmg gatal gusi letew... nak tumbuh gigi.. :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !