Muhammad Izz Rizzqi... Please Lend Your Hand, Prayers & Doa!!!

Farah Waheda Wahid
25
Source Extracted from HERE
Ini bukanlah kali pertama iolss berkongsi dengan uolss tentang kisah2 yang sebegini... yang pertama dulu adalah The Bitter Truth...Please Lend Your Hand, Prayers & Doa!!! ... Alhamdulillah, Nur Eva Umairah  is progressing well...Thank you peeps for your hand, prayers and doa... It means so much for the parents... Siapa yang menjadi parents' akan tahu macam mana rasanya... Ok, so here we go now...another round, another story and another case of cutie little pie yang iolss nak kongsi dengan uolss.... 

Petikan di bawah ini diambil di status Facebook Ika sendiri.

Ahad, 18 Mei 2014, 12.30am. 
Kami bawa Izz ke hospital lagi. Batuk Izz makin teruk sejak hari jumaat. Nafas kencang. Kahak pun banyak. Tidur pun sekejap2. Kesian abang.. Doc kata abang kena jangkitan paru paru. Kesian abang kena x-ray ambil darah lagi. Yang entah ke berapa kali nya ambil darah. Oksigen abang turun naik tak stabil. Masa tidur saja ok bila abang bangun batuk2 bacaan tak menentu. Kesian ibu tengok abang batuk2. Ibu tau perit kan sayang. Menyusu pun dah semakin kurang. 5-10 minit saja tiap 3 jam sekali. Abang lemah sebab abang batuk banyak kahak. Abang menangis je bila nurse datang kat abang nak bagi ubat. Ibu tau abang marahkan asyik kene kacau je tidur. 

Isnin, 19 Mei 2014
Batuk abang makin teruk. Abang kena pakai pum mcm orang asma tu. Kena pakai satu benda tu tekap kat muka abang untuk bagi gas tu. Kuat abang menangis. Nurse suruh ibu yang buat tapi ibu tak sanggup. Abang kena sedut kahak pun ibu tak sanggup nak tengok tube masuk dalam mulut abang. Ibu tau sakit kan..

Selasa,20 Mei 2014, 12.00pm
Abang kena pindah masuk ke wad PiCU. Jantung abang lemah. Bacaan semua turun naik. Menyusu pun dah semakin kurang. Abang kena menyusu melalui tube. ALLAH luluh hati ibu bila wayar berselirat satu badan abang. Ibu dah tak dapat nak dukung2 abang lagi lepas tu. Doc bagi oksigen yang lagi kuat untuk bantu abang.

Rabu, 21 Mei 2014
Abang terbaring je atas katil. Ibu tak boleh nak dukung2. Cuma boleh usap2 tepuk saja. Abang genggam jari ibu ayah. Kami rindu sangat nak dukung peluk abang.

Khamis, 22 Mei 2014, 4.00pm
Doc bagitahu ibu satu lagi berita buruk. Ada salur darah abang ke badan yang sempit. ALLAH.. ibu rasa nak ambil je abang peluk abang kuat2. Doc bagitahu lagi ada risiko untuk alami kegagalan jantung. Ibu rasa nak pitam waktu tu. Terkedu sorang2. Macam2 ubat doc bagi untuk bantu kawal jantung abang yang lemah. Jangan risau ye sayang. Ibu ayah pun akan bantu abang dengan doa kami. Ibu terpaksa bagi abang susu campur sekarang. Susu ibu semakin kurang. Mungkin ibu kurang rehat dan penat. Tapi ibu akan cuba juga bagi susu ibu supaya antibodi abang kuat untuk lawan sakit.

Jumaat, 23 Mei 2014, 10.00am
Pagi tadi ibu dapat dukung abang  ada nurse baik hati tengok abang nangis2 dia pun bagi ibu nak dukung abang. Rindunya ibu pada abang. Dah 2 hari ibu tak dapat dukung abang. Dah 3 malam juga kita tak dapat tidur sama. Ibu ayah rindu sangat. Tengahari tadi ibu tengok oksigen abang nurse buka sekejap untuk tengok sama ada dah stabil atau tak. Lega sikit ibu rasa bila oksigen buka sekejap. Batuk abang pun dah kurang. Isnin nanti kita akan jumpa doktor pakar jantung di IJN. Doctor akan cek abang dgn lagi teliti. Harapan ibu ayah kalau boleh tak nak abang dibedah. Tapi kalau dah itu yang terbaik untuk abang kami redha. Tentang kos perubatan dan pembedahan ibu ayah akan usaha minta bantuan mana yang mampu. Kita di uji bersebab sayang.. InsyaAllah ibu yakin Allah dah rancangkan sesuatu untuk kita. Kita minta orang doa kan abang ya. Bertahan ya..

Maaf tak bagitahu saudara2 yg sekarang izz ada di ward PICU. Kami cuma tak nak merisaukan kalian.. doakan izz ya semua.. 

Semalam , atas informasi dari Nurie yang terbaca update mengenai Izz di Facebook Ika. Difahamkan doktor berjaya mengesan lagi 3 masalah pada Izz dan ini menyebabkan Izz memerlukan pembedahan dengan kadar yang segera.

Source Extracted from HERE
 "I'm on my way back to Hospital Seremban with ambulans. Izz dikesan ada 3 masalah dan mmg perlu dibedah dgn segera. Masih tak dpt tarikh yg confirm lg utk operation tapi maybe by next week. Nanti eka akan share tentang penyakit Izz.Tentang kos pembedahan pun belum pasti lg berapa. Ayah Izz tgh berbincang lg dgn diorg..i'm speechless..........xtau nak kata apa. doa kan je la anak eka selamat, sihat.."

Latest news yang  didengar adalah Izz memerlukan RM50,000 sebagai kos pembedahan pada minggu hadapan. Jumlah yang sangat sangat besar untuk sesiapa sahaja. Oleh itu , iolss mohon jasa baik uolss yang terbaca akan entri ini sama2 dapat membantu meringankan beban keluarga adik Izz. Dan dibawah ini adalah status yang dipetik daripada Facebook Rina Ellisa. 


"Assalammualaikum wbt,

Sebulan selepas Izz di lahirkan, Doctor dapat kesan ada jantung berlubang pada Izz. Ya Allah.. Tuhan menduga anak kecil ini. Tuhan menduga keluarga kami. Kehadiran Izz dalam keluarga menjadi penguat kasih sayang antara kami. Izz terlalu kecik untuk tanggung sakit ni. Kalau ada kuasa, biarlah sakit Izz pindah kat maklong. Tak sanggup maklong tengok gambar-gambar Izz, video Izz yang ibu share dengan maklong. 

Izz menangis la selagi boleh nak. Bukan kuasa Izz nak bercakap mengadu pada Ibu Ayah yang Izz tengah sakit sekarang ni. Kuatkan semangat Izz.. Maklong tahu Izz kuat sekuat maksud nama Izz, KEKUATAN.

Beberapa hari yang lalu, Doctor kesan saluran darah Izz sempit dan perlukan pembedahan dengan segera. Hari ni Izz dan Ibu naik ambulans dari Hospital Tunku Jaafar ke IJN untuk temujanji dengan Doctor pakar. Doctor telah pon memberitahu kemungkinan minggu hadapan pembedahan akan di lakukan. Cuma tarikh je belum dapat lagi. 

Sy dan keluarga memohon jasa baik kawan kawan memberi sokongan moral kepada adik sy Nur Atika semoga dia kuat dan sabar dengan ujian ini serta bantuan kewangan untuk meringankan kos pembedahan anak buah sy minggu hadapan. Kos pembedahan di anggarkan RM50k.. 

NUR ATIKA RUSDAN - 162375700644 (MAYBANK)

Tiada apa harapan kami sekeluarga selain mempercepatkan pembedahan dan melihat Izz Rizzqi sihat seperti anak-anak kecil yang lain.

Semoga dengan sokongan dan bantuan semua dapat meringankan dan memberi semangat untuk adik sy dan suami dia terus kuat di samping Izz Rizzqi..

Semoga tuhan membalas jasa baik semua mendoakan anak kecil yang tidak mengerti apa itu erti sakit dan dia hanya tahu senyum dan terus tersenyum menggembirakan hati ibu ayah dan keluarga kami..

Mohon sebarkan status ni.. Terima kasih semua..#prayforIzzRizqi"



Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik uolss semua. Sama samalah kita doakan supaya Izz kembali sihat dan doakan semoga mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM 50,000 itu untuk melakukan pembedahan tersebut. Amiinn.

Untuk maklumat lanjut boleh PM Ika & Rina sendiri. Facebook Nur Atika , Facebook Rina Ellisa. 

Walaupun, tak banyak yang dapat kita bantu, doa kita juga bermakna buat yang memerlukan kan... Untuk Ika and husband... tabahkan hati dan terus cekal serta kuat...My prayers and doa with Izz...In Shaa Allah...

*Kita rasakan apa yang kita alami PAHIT dan SEPAHIT2NYA, SUSAH dan SESUSAH2NYA, DERITA seDERITA2NYA, DUKA SEDUKA2NYA, DUGAAN YANG ORANG LAIN TAK BOLEH PIKUL...Tapi kita lupa, jika kita berada di tempat orang lain, belum tentu kita boleh menerimanya...Mungkin langkah yang PERTAMA KITA DAH TERSUNGKUR...Think about it peeps! Bersyukurlah dengan apa yang kita ada...bersyukur bukan sekadar di mulut atau di jari, tetapi di HATI...itu yang penting... 

 
**Alhamdulillah, menurut sumber Ika memaklumkan bahawa dah ada yang mula memberikan sumbangan. Syukran... Tak banyak sedikit pun bermakna... Tak kira jumlahnya besar atau kecil tetap bermakna...Bila dikumpul2...In Shaa Allah, banyak jadinya... Allah, lindungilah anak kecil ini...kerana iolss juga seorang ibu, iolss tahu bagaimana rasanya seorang ibu....

Post a Comment

25Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Thank you so much akak sebab sudi adakan masa sikit untuk reblog balik. InshaAllah Izz akan sihat macam biasa balik. Amiinn. :)

    ReplyDelete
  2. xsuka lah bace kisah mcm ni :-( kat opis.....xleh nak nangis kuat2.....sakit je rsa dada ble nak nangis kne tahan2..

    Semoga kamu sembuh syg Izz..Mama doakan dri kejauhan.. (Ketar2 nak taip ni)
    Allahuakbar..Besar dugaan Mu YaAllah kepada ke2 ibubapa Izz..Semoga ada ganjaran utk mereka nt. Aaamiinn

    ReplyDelete
  3. subhanallah.. comelnya dia... semoga segala urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  4. Masya-Allah luruh airmata kan bila baca kes macam ini. Sebagai ibu kakak dapat rasakan Farah betapa sedihnya diberi ujian seberat ini.

    Bersama kita doakan moga ada kesembuhan buat anakanda Izz.

    ReplyDelete
  5. rasanya acc atika tu xboleh nak transfer lah..maybank sekat agknya sbb byk transaksi. mcm mane huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak try transfer dekat akaun ayah atau maklong dia. Boleh refer sini :

      http://nadiaradzif.blogspot.com/2014/05/short-update-changes-of-bank-for.html

      Delete
  6. acc mohd nizam masih boleh, alhamdulillah....

    ReplyDelete
  7. kalau sy berada di situ...entah mcm mn la nk lalui semua tu

    ReplyDelete
  8. Allahurobbi, semoga anak ini berada dalam lindungan Allah selalu :'(

    ReplyDelete
  9. ya allah.. semoga adik izz cepat sembuh...

    ReplyDelete
  10. semoga dipermudahkan segalanya.amin

    ReplyDelete
  11. Ya Allah, tak sanggup sy baca entri awak ni...
    Sedih sgt3... sy juga seorang ibu, sy tau perasaan Ika ni..
    Sy tau Ika dah lakukan sebaik mungkin utk Izz sembuh...
    Moga Allah mendengar luahan hati dan harapan Ika. Amiin...

    ReplyDelete
  12. kasihannya tengok anak kecil ni..moga ibu dan ayah Izz Rizqi terus tabah.Sama-sama la kita bantu mana yang patut, sekurang-kurangnya doa

    ReplyDelete
  13. sedihnya.... semoga cepat sembuh dan cepat2 la dana yang diperlukan dapat dikumpul. amin.

    ReplyDelete
  14. Moga mereka semua mendapat bantuan sewajarnya tak kiralah dari sesiapa sekali pun. Amiiin.

    ReplyDelete
  15. Masyaallah...dugaan besar buat si kecil.Moga segala urusan dipermudahkan dan baby Izz cepat sembuh.

    Hr tu Aqil pon jd kahak batuk smpai bnafas bunyi cmtu gak.Bw gi panel dokte kata xda pape.Just bg ubat batuk ja...haiiiish...bnda2 ni la kita rsau ni

    ReplyDelete
  16. perasaan akak update entry ini pagi tadi tapi tak sempat nak komen sbb tgh meeting..hehe..kesian tgk baby nie kak, semoga parents dia tabah mengharungi dugaan yang menimpa...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. bila baca air mata mula bertakung, ya allah, ujian besar buat insan sekecil ini..

    ReplyDelete
  18. Moga Allah lindungi dan permudahkan urusan adik ni....

    ReplyDelete
  19. hope baby segera sembuh..... tabahkan dan kuatkan hati untuk hadapi dugaan yang amat berat nie.....

    ReplyDelete
  20. terima kasih semua mendoakan baby izz..

    Doakan baby izz kuat semangat dan cepat sembuh.. Amin..

    #prayforizzrizzqi

    ReplyDelete
  21. kesian si comel...moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  22. comel..tersenyum simpul..
    inshaAllah..doa yg tak putus buat izz rizqi..
    smoga cpt sembuh ye syg..

    ReplyDelete
  23. Sama samalah kita membantu dan doakan semoga urusan mereka dipermudahkan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !