
Home »
bubbly
,
expressions
,
health
,
home sweet home
,
lifestyle
,
personal
,
thinking
,
thoughts
,
wellness
» Minuman Berkarbonat: Macam Menjual Pun Ada...
Minuman Berkarbonat: Macam Menjual Pun Ada...

Malam2 buta punya project... Lepas Ash tidur, iolsss pun sibuklah membasuh pinggan mangkuk yang bertindan di dalam sinki yang tergendala seketika disebabkan lagu Seri Mersing telah berkumandang menandakan "Ash nak tidurlah mummy"... Ahaksss... Memang tinggal sekejaplah pun... Nak buat macam mana kann???
Lepas dah settle dengan pinggan mangkuk tiba2 tekak rasa dahaga pulak. Tapi tak nak air suam. Mengada. Tetiba kepingin sangat nak minum air dari peti ais. Ahaksss. Makanya... iolss buka peti ais dan kemudiannya... mak aiiii.... ternampak lambakkan tin2 carbonated drinks seperti gambar di atas... Hu hu hu... Ni Atuk Ash lah ni bawak balik dari tempaat kerja... Ok fine.... Iolss tak ambik pun sebab memang hajat di hati nak minum air kosong sejuk jer. So capai bekas air kosong sejuk, ambik mug dan minum... legaaa....
Tak berhenti di situ... tempat beku dalam peti ais pun ada lambakan carbonated drinks... Lepas tu satu2 iolss pergi geledah... atas kitchen cabinet counter top, dalam compartment kitchen cabinet... Sah ni memang macam nak berniaga... Masalahnya siapa yang nak minum banyak2 ni??? Iolss memang taklah dan sememangnya jarang sekali kebarangkalian tu... Hu hu hu...
Kenapa iolss tak berapa gemar carbonated drinks??? Semua orang pun tau kan??? Carbonated drinks ni banyak keburukkannya...
1. Risiko kencing manis (satu tin bersamaan dengan 6-10 sudu gula).
2. Risiko obesiti.
3. Risiko serangan jantung (segelas sehari risiko naik 20%).
4. Risiko penyakit gastrik - penghakisan lapisan sel perut.
5. Gangguan sistem imunisasi (asid fosforik mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesium).
Ada yang tak percaya ke??? Silalah Google uolss dan cari keburukkan minuman berkarbonat. Pasti akan jumpa maklumat.
Silap2 gaya mau berkurun baru habis semua2 ni. Nama iolss nak minum memang jaranglah. Iolss tak kata iolss tak minum langsung. Tapi orang kata... dalam sebulan tu mungkin adalah sekali dua atau dua bulan sekali dua. Hurmm... Unless kalau diagih2kan kepada jiran tetangga. Mungkin jugak kot??? Tak pun sudahnya kat situ jer lah sampai habis... Nak dibuang sayang dan rezeki yang orang bagi ye tak???
Tapi apa pun yang penting, weolls semua termasuk iolss janganlah amalkan dan jadikan rutin harian serta continously consume carbonated drinks... Cause really it's not good for our health... Hu hu hu....
Label:
bubbly,
expressions,
health,
home sweet home,
lifestyle,
personal,
thinking,
thoughts,
wellness
Terimakasih telah membaca artikel Minuman Berkarbonat: Macam Menjual Pun Ada.... Jangan lupa share ya
Share
29 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
hahaha akak bnyk giler. bahaya ltk bnyk2 mcm ni lg2 budak kecik yg pndai bukak peti ais, kita blh kawal diri sndri. bdk2 tahu sedap je.
ReplyDeletenasib ash tak pandai lagi liyliz...he he he... kalau tak memang akak babab dia...
Deletebahaya kan kalau selalu minum
ReplyDeleteOmakhaih ! Banyaknyaaa , kita pun kurang minum carbonated drink ni. Sebab ada gastrik , sekali minum ulang alik jamban tanpa henti. Hahahaha.
ReplyDeletebanyaknya minuman tin sis..boleh meniaga mcm tu :D
ReplyDeleteBoleh jer minum air berkarbonat ni...masukkan suku dalam gelas + air masak lagi 3 suku dan minum... :)
ReplyDeletesaya pun buat macam tu... atau masuk ais sampai penuh gelas, lepas tu tuang air berkarbonat... tiga suku gelas..biarkan ais cair dulu supaya sejuk dan delute.. sedap jugak macam tu :D
Deleteumang aiii! banyaknye stok hehe. Sapa nak kasih perabih tu? Kenit memang dah jarang minum air bergas ni dear. Manis sangat la pastu gas banyak sangat, tak selesa tekak dibuatnya :))
ReplyDeletewah banyaknya..fiza mmg x boleh minum air berkarbonat ni.kalau darurat xde pilihan terpaksa minum tapi minum sikit je la..banyak keburukannya air tin plus berkarbonat lagi tu
ReplyDeleteBetul..tak elok untuk kesihatan kita..kalau anak anak kecil minum..gigi mereka pun cepat rosak..hehe..
ReplyDeleteBanyaknya..klu sebulan full minum air ni, mau terus fengsan!!!!
ReplyDeletebanyak tu kak :) boleh buka booth kecil ni..
ReplyDeleteheheheh kat umh pun peti ais penuh gini..tapi buat jual heheh
ReplyDeleteniaga balik ni farah.. dapat duit tabung beli mainan ash hehe..
ReplyDeletekak farah meniaga la kat opis.. jual dua sengget..hehe.. :D
ReplyDeleteAir berkarbonat ni, sebenarnya buat lebih haus kalau minum tak letak ais atau direct dari botol yg keluar dari ice-box... manisnya berdiri bulu roma...
ReplyDeleteblh buka kedai tu farah..:)
ReplyDeleteFiza jarang juga minum air bergas nie.. tp kalau minum pun prefer 100 plus.. mengembalikan tenaga.. hehe
ReplyDeleteHaha..byk giler stock..sy stock kordial aje dkt rumah..haha
ReplyDeletebanyaknya kak..memang boleh sangat dah nak jual kat jiran..hahaha..
ReplyDeleteatuk ash suka minum ehhh..tak elok tu..
saya hanya minum air pepsi kat kfc je..yang lain2 tak. hahaha
ReplyDeletebanyaknya!! seronok jugak klau buat mcm ni. nampak cantik je peti ais. hehe!
ReplyDeletebanyak betullll tu.... huhuhu saya pun jarang minum air gas ni... kalau 100plus tu pun saya minum kalau rasa macam nak demam.. lain hari kalu, mmg tak sentuh la...
ReplyDeletefuyoo byknye...ini kalau kat rumah saya ni sekejap je habis....tukang habisnye sayalah..hehe
ReplyDeleteKalau yang 100 Plus tu satu botol besar aku boleh habiskan dalam 5 minit jer... hahahaha..
ReplyDeletebahaya tu kak.. mama husna pantang betul kalau ada yg minum air bergas nih..
ReplyDeletekalau 100 plus tak pe je..
Air yg pling tak suka minum... Tpi lau g raya area johor nilah air yg dihidangkn...
ReplyDeletebanyak betol tu....
ReplyDeletepenuhnya fridge tu...mesti atuk Ash keje kat F & N nie....hihi
ReplyDelete