Makanan Untuk Merangsang Bayi Sihat Dan Cerdas

Farah Waheda Wahid
45
Source Extracted from Google
Berkobar2 iolss nak masak and prepare Ash's First Solid Foods... He he he, dah macam2 dah berlegar dalam kepala iolss ni... Anak yang nak makan, mummy yang terlebih excited, acaner tu??? Haruslah gembira dan suka giteww... Anak tak lama lagi dah boleh mula makan hasil masakan air tangan mummy kannn??? Nyum nyum nyum... Frankly, memang tak sabar nak masak sedap2 untuk Ash... Hua hua hua, naiklah badan Ash ni nanti... 

Disebabkan dah nak menuju ke fasa itu, sekarang ni banyaklah mencari bahan pembacaan ke arah penyediaan makanan untuk baby, pola pemakanan yang baik, makanan apa yang bagus dan juga recipe2 yang ada yang boleh di-explore untuk Ash... He he he... Salah satu artikel yang menarik perhatian adalah tentang makanan untuk merangsang bayi supaya sihat dan cerdas di SINI dan iolss pun nak berkongsi juga dengan uolss... Manalah tau kot2 bermanfaat ke?

Semua parents nakkan anak2 yang sihat dan jarang dijangkiti penyakit. Ye lah bila anak selalu tak sihat dan selalu dijangkiti penyakit ni, parents adalah orang yang akan jadi paling susah hati dan tak senang duduk ye tak? Kata orang pemakanan memainkan peranan penting untuk membentuk pertumbuhan badan yang sihat dan otak yang cerdas. Oleh itu, weolls kena pastikan jenis makanan yang diberikan kepada baby bila baby dah mula makan makanan pejal. Seharusnya berkhasiat ok? Mummy2 disarankan menyediakan makanan daripada bahan2 berikut untuk hidangan anak2 masing2 bagi membantu merangsang baby yang sihat dan cerdas. 

Telur
Kaya dengan protein dan vitamin D yang membantu tubuh dalam penyerapan kalsium untuk pertumbuhan tulang.

Oatmeal
Kajian mendapati baby yang makan banyak makanan kaya gandum lebih fokus bila mula ke sekolah. Ia juga kaya dengan serat yang bagus untuk sistem pencernaan.

Buah
Terkenal sebagai kaya dengan banyak vitamin dan mineral selain tinggi dengan serat. Beri anak2 makan pelbagai jenis buah supaya theyolls mendapat khasiat yang maksimum.

Kekacang
Memakan kekacang dalam jumlah yang berpatutan memberi manfaat yang baik kerana ia mengandungi lemak bagus untuk kesihatan jantung.

Susu
Protein yang ada dalam susu membantu membentuk sel2 pada otak, sementara kandungan kalsiumnya menjadikan tulang dan gigi anak sentiasa kuat.

Blueberry
Salah satu buah yang mengandungi antioksidan ini boleh mencegah obesiti, penyakit jantung dan diabetes.

Tauhu
Makanan berharga murah yang kaya dengan khasiat protein dan berfungsi sebagai anti kanser.

Tomato
Ia terkenal kaya dengan lycopene, iaitu enzim yang berfungsi mencegah tubuh daripada pelbagai penyakit kanser.

Yogurt Rendah Lemak
Mengandungi bakteria baik yang boleh meningkatkan imuniti badan dan melancarkan pencernaan.

Kobis
Selain mengurangkan risiko terkena penyakit kanser, kobis boleh membantu melunturkan racun2 yang ada dalam badan.

Hurmm... masih mencari lagi bahan pembacaan selanjutnya untuk pola pemakanan dan makanan yang sesuai...nanti dah jumpa iolss share...hik hik hik... 

*Sibuk dok merangka2 recipe apa yang nak diolah dan dibuat untuk Ash first solid food... solid tak solid jugaklah...sebab akan di-blend halus2 kann??? Yummy... Ahakss... mummy yang terlebih excited ni... (mummy memang over, apa2 dia yang terlebih excited...muahahahaha).... 

Post a Comment

45Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bagus2.. Same la saye dulu pon.. Berkobar2 plan macam2 menu utk anak.. Hihi..

    ReplyDelete
  2. ash dah nak masuk 6 bulan ye?cepatnye..makan puree jela dlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 26 mei ni masuk 6 bulan lah dia... hu hu hu... mummy plan nak blend nasi halus2 sangat...

      Delete
  3. Sekejap je Ash dah besar, nak mula makan solid food dah... :)

    ReplyDelete
  4. farah jangan lupa up kan resepi for baby nanti..boleh lah kita sharing for caring..hahha.. ni mummy yang excited nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, ok nanti iolss up resipi... ha ah nampak gayanya macam tu lah mummy yang over excited...

      Delete
  5. Akak dulu, bubur nasi tu, masak dengan sayur dan ikan atau ayam. Lepas tu blend lagi...bagi betul2 halus. Selain daripada tu, memang beri lah puree pisang ke, betik ke.. Best bila anak dah mula makan ni...

    ReplyDelete
  6. ash dh bole mkn..bestnye..nnt kak farah share resepi solid food for baby ok?

    ReplyDelete
  7. ibu taska yg bagi 1st haritu..siap bagi bekal setiap hari..hehehe..mak is malas much much...nasib la adik mok!kekekee..

    ReplyDelete
  8. info yg menarik! anak buah saya pun suka makan telur goreng nasi n kicap jek.. hihi..menu lain xmau.. tp tetap cinonet je..hihihi

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum....blhlah nasuha cadangkn pada aunty nasuha ni...untuk ank2nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, boleh suha apa salahnya... sama2 kita berkongsi ilmu dan info yang bermanfaat...

      Delete
  10. wahh..untuk orang besar pon boleh kan?? buat tambah nutrient yang dah lama tak seimbang nih.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer tak ada masalah rasanya ni...hew hew hew...

      Delete
  11. seronokkan bila anak dah mula makan..ibu yang excited prepare mcm2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu syu, sangat excited nak bagi ash makan sedap2... hu hu hu...

      Delete
  12. bertambah bz ler yea bila Ash dah nak start makan.......

    ReplyDelete
  13. tak sabar nak bagi dia makan kan...

    ReplyDelete
  14. bagus untuk panduan mummy ang mummy to be :)

    ReplyDelete
  15. Telur tu lpas sethun baru blh bg sbb tkut alergik je..

    ReplyDelete
  16. ash mesti tak sabar nak makan solid food..pilih yang terbaik kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah fiza, hanya yang terbaik untuk Ash... mummy cuba sedaya upaya...

      Delete
  17. ehhh thanks kak farah hihi.
    untung ash dpt kak farah as his mommyyyy heeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks? untuk apa qila? Alhamdulillah, semoga Ash berasa beruntunglah ber-mummy-kan iolss...ha ha ha...

      Delete
  18. mommy lagi excited ngalahkah baby ash..

    ReplyDelete
  19. makanan yg ptt org dewasa pon bnyk makan..huuu

    ReplyDelete
  20. mommy dia yang excited ni....jgn mommy dia pon makan dah lah...nanti ash marah tau....hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !