Source Extracted from Google |
Kisah keywords atau carian di search engine lagi... Dan kali ni adalah tentang macam mana nak lembutkan atau empukkan daging... Mungkin sangkut di entri INI... Entri2 zaman tok kadok dah ni... entri bertarikh 4 November 2012.
So kepada yang mencari harap dah temui apa yang dicari tu ek??? Iolss ni kalau masak prefer Daging Batang Pinang... Cepat empuk... dan memasak pun lebih cepat... Ermm... Ada yang tak kenal Daging Batang Pinang ke???
Pinjam dari PCL |
Hurmm, kalau tak kenal tanya pada penjual yer, daging batang pinang... tapi kalau kena tipu iolss tak jamin lah uolss... Kadang2 bila dah tak kenal ni, payah sikit nak classify sama ada kes kena tipu atau salah sendiri... Penjual memanglah nak untung, tapi tak semua penjual macam tu... Sebab selalunya kes yang tak kenal daging batang pinang ni bila dah masak baru tau yang tu bukan daging batang pinang... Meh sini cerita sikit tentang daging batang pinang...
Daging batang pinang atau nama commercialnya in English peeps adalah Sirloin ok, Sirloin... Sebut betul2 Sirloin... Ha now dah tau kann??? Sirloin Steak yang uolss dok bedal dan hadamkan tu guna daging batang pinang ler... Sirloin adalah bahagian daging lembu yang berasal dari bahagian bawah daging rusuk, terus sampai ke bahagian sisi luar filet. Daging ini merupakan daging yang paling murah dari semua jenis daging batang pinang, kerana otot lembu pada bahagian ini masih keras dibandingkan dengan bahagian batang pinang dalam yang lain kerana otot2 di sekitar daging ini paling banyak digunakan untuk bekerja. Ini kerana cara potongan daging lembu di Amerika adalah berbeza berbanding di Eropah terutamanya di Britain. Di Amerika, potongan top sirloin merupakan daging yang bermutu tinggi dan mahal. Manakala, di Britain, keseluruhan daging batang pinang dikira bermutu tinggi. Biasanya daging ini digunakan untuk membuat steak. Daging batang pinang biasanya digunakan untuk masakan kari, rendang, gulai atau kurma di negara Asia Tenggara macam Malaysia, Thailand, Indonesia atau Brunei. Juga digunakan untuk masakan tradisi masyarakat Malaysia dan Indonesia, iaitu satay.
Ok tutup cerita pasal daging batang pinang... tapi kita tumpukan kepada cara nak empukkan daging...
Iolss memang penggemar daging...Huh, nasib tak ada darah tinggi lagi uolss... tak kisahlah daging lembu ke, daging kambing ke...yang eksotik dan yang tak halal tu iolss tak minat ok??? Masakkan daging bagi iolss memang sedap... Tapi ada sesetengah orang tak suka nak masak daging sebab penat nak menunggu daging tu lembut atau empuk... Kat sini iolss kongsikan sekali lagi cara2 atau metodologi macam mana weollss nak lembutkan atau empukkan daging ok???
Option 1
Masukkan sudu atau garfu ke dalam daging yang dimasak...Contohnya sup tulang... uolss tengah rebus tulang...masukkan garfu tu sekali (petua dari my mum dan iolss selalu buat dan menjadi Alhamdulillah)
Option 2
Masukkan sepotong temp dalam masakan daging uolss...
Option 3
Gaulkan daging yang nak dimasak dengan sedikit tepung gandum dan kicap selama 1/2 jam, kemudian baru dimasak.
Option 4
Masukkan keratan batang ubi kayu ke dalam masakan daging tersebut.
Option 5
Masukkan potongan buah betik muda yang telah dibuang kulitnya ke dalam daging tersebut.
Option 6
Masukkan buah keras yang telah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging.
Dalam banyak2 option, iolss pernah buat yang no.1 tu jer... yang lain2 yang iolss Google tu, tak pernah try lagi... kalau ada siapa2 yang pernah try selain dari option no. 1 tu...sudi2kanlah berkongsi yer... sama ada petua2 tu menjadi ataupun tak... so next time iolss pun boleh cuba... tapi guna sudu atau garfu tu paling senang kot???
Ehhhh masukkan garfu ?? Macam menarik je. Kang buat eksperimen kat mama mau die tempik. :P
ReplyDeletek.el sllu masak daging letak sudu mmg menjadik..lembutttttttttttttttt je haha
ReplyDeleteassalamualaikum farah...mama selalu masukkan garfu atau akar daun pandan jer...:)
ReplyDeleteEfa pakai option 1. Menjadikkk. Letak sudu petua orang tua tua. Dulu dulu tak tau tu. hihi
ReplyDeleteselalu gak dgr daging batang pinang...tp tak pernah nak ambil tahu apa dia....tau makan je..
ReplyDeletegarpu?? uiii... 1st time awok dnego petua ni... yang awok tau kalo masak udang kara ikat dengan garpu... sebab nak bagi lurus je......
ReplyDeleterebus jer lelama..
ReplyDeletesedap tau lg lama direbus..
tak pun tumbuk2 daging.
selalu klu nak daging cepat empuk mmg guna daging batang pinang la..lembut pluss manis..
ReplyDeletebatang pinang bahagian yang paling mahal sebab ianya paling lembut berbanding bahagian lain.. sedap sedap
ReplyDeleteJarang masak daging sebab x berapa gemar hehe.... so semua option tu x pernah buat :)
ReplyDeletekalau anis, gune air limau nipis atau air kelapa.. ubuh sikit je.. mase masak rendang, memang berkesan.. :)
ReplyDeleteoption 1 paling senang, hehe
ReplyDeleteowh..banyak cara rupanya..hehe..saya kalau makan kat kedai, memang takut skit nak amik lauk daging nie, takut nanti daging tu keras macam batu..hehehe..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
xsuka daging errr
ReplyDeleteselalu beli daging batang pinang
ReplyDeleteeyqa wat option pertama!!!! hehehe.. tapi ibu suka rebus lame2.. 3-4 jam juga la.. =.=" aii ni tak sabo ehhehe
ReplyDeleteUmi pun dulu guna option 1, pastu org kata tak elok sbb besi kan..so umi selalu guna sebiji kurma...rebus skali ngan daging hehehe,cepat je empuk tau ^_^
ReplyDeleteOption no.1 paling senang ;D
ReplyDeletemasak ngan periuk tekanan je..cepat..hihi
ReplyDeleteKita teringin nak masak lauk daign kari ke apa ke tapi belum pernah berani, berani ayam ikan ayam ikan tu je hahahha.
ReplyDeletenanti akak nak cuba petua no 3 tu lah, kot menjadi, thanks
ReplyDeleteCP selalu guna option no.3..mungkin orang ingat daging akan masin sikit tapi tak..
ReplyDeleteSelalu siap-siap beli yg lembut dh...
ReplyDeletemasukkan tu means biar terendam je ke or cucuk kat any daging? hehehe
ReplyDeletethanks for info..ain kena banyak belajar lagi ni.selalunya biar rebus sampai empuk je.tak peduli pun pasal petua.haha..
ReplyDeletepilih cara yang mudah.......
ReplyDeleteYang paling senang rebus daging tu ngan air kelapa.......rebus sampai betul2 kering airnya....then baru masukkan santan dan segala mak nenek cili ke serai ke....
ReplyDeleteoption 1- pernah buat.
ReplyDeleteselalu buat masukkan sudu dalam daging...hehe
ReplyDeleteFiza selalu gunakan option yang pertama tu..memang berkesan sebab sudu kan cepat panas dan cepat masak n lembutkan daging :)
ReplyDeletesye suke makan daging
ReplyDeletesya selalu guna SODA BICARBONATE..gaul sebati hirisan daging..perap selama stngah jam..basuh dan masak..confirm empuk habisss..
ReplyDeletesaya pun mak ajar guna sudu ke garfu campak je sebatang dalam periuk rebus daging tu..memang empuk lah..
ReplyDeleteRebus dgn sehelai dua daun nangka
ReplyDeletepelbagai cara gak kan untuk nak lembutkan daging ni..cara yang paling mudah selalu sya gunakan ialah letakkan sudu dalam periuk rebusan daging
ReplyDelete