![]() |
Source Extracted from Google |
Tuam alat kelamin bayi lelaki ok??? Bukan cerita tentang lelaki dewasa... ahakss... iolss belum stok biang keladi lagi ek??? Dan tak ada intention nak cerita yang bukan2 kat dalam Bubblynotes ni. Muahahahaha... Disclaimer kena jelas, karang kang ada jer kontroversi uolss...
Info serta fakta keibubapaan untuk weolls semua. Well.. Ash until now iolss still tuamkan alat kelamin dia... Orang kata, bila ada baby lelaki ni kena jaga bebetul... so sebab apa??? Let's roll this artikel that I've read from HERE
Selepas mandi, biasanya alat kelamin bayi lelaki akan dituam. Alasannya ialah untuk mengelakkan daripada penyakit angin pasang.
Angin pasang berlaku dalam keadaan apabila berlaku penonjolan keluar orga atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot (lubang) yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantung dengan bukaan berbentuk seperti cincin.
Gangguan ini sering terjadi pada kawasan perut dan yang keluar ialah bahagian dalam perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua2 usus ini.
Bagi kanak2 yang belum mencapai usia 1 tahun, biasanya pembedahan tidak digalakkan kerana diharapkan agar lubang tertutup sendiri apabila dia membesar. Namun, jika setelah berusia setahun, lubang masih terbuka, pembedahan akan dilakukan untuk mengelakkan lubang bertambah besar.
Masalah ini lebih banyak dideritai oleh lelaki berbanding perempuan. Atas alasan inilah alat kelamin anak lelaki dituam ketika dalam pantang. Biasanya bahagian sekitar perut, pusat, ari2 dan bawah kemaluan bayi lelaki akan dituam selepas mandi.
Antara bahan yang biasa digunakan untuk menuam ialah menggunakan punjut dan daun2 herba. Bahan2 yang dimasukkan ke dalam punjut adalah jintan hitam, lada hitam, biji sawi, pasir, halba. Bahan2 ini biasanya dipanaskan terlebih dahulu dan dibiarkan suam sebelum digunakan. Ada yang menggunakan hanya satu jenis. Manakala, daun2 herba yang sering digunakan untuk menuam adalah daun sirih, daun kecubung dan daun mengkudu. Daun2 ini biasanya dilayur terlebih dahulu sebelum digunakan.
*Alhamdulillah, Ash tak pernah ada masalah angin pasang dan hopefully tak akan pernah ada.... In Shaa Allah...
begitu plak kan sis..ada petuanya.
ReplyDeletebagus info nie
ReplyDeletemama moden ni well informed :) thanks.
ReplyDeleteKalau keluarga kakak biasa guna daun sireh yg dipanggang atas dapur guna tudung periuk Farah. Kakak tak ada anak lelaki so buat juga pada anak perempuan tapi tuam pada perut dan pusat.
ReplyDeletebahaya gak angin pasang ni tuk budak lelaki. Bebird tu kalau tak dijaga leklok, nanti susah pulak bila dah besar nanti hehe :)
ReplyDeleteOwh. Tak pernah tahu pun ada petua ni.
ReplyDeleteselalu dengar org ckp angin pasang.. tp tak pernah amik tau pun apa sebnarnye benda tu.. huhu... tp penah dgr gak, mmg bayi laki kena jaga betul2. even kalau demam panas, takut sawan... bayi perempuan jarang sikit dgr mcm tu.
ReplyDeletePemting ni... perlu tahu... :)
ReplyDelete
ReplyDeleteNice sharing... susah plak bla ank nti.kui3
Itulah ... Ada gak baca..wlaupun dua2 pmpuan..tpi sbg ilmu juga ni...
ReplyDeletebaru tahu kak..ingatkan kalau ada penyakit angin pasang tu sejak lahir..rupanya kena tuam ye untuk elakkan..thanks share kak..simpan untuk rujukan :)
ReplyDeleteBetul tu...lagi satu xbole biarkn sgt dia menangis & tak bole biarkan sangat kalau demam...takut2 kena juga angin pasang...pesan mak saya...saya tuam guna daun sireh je...
ReplyDeleteMasa anak saya (Danial) baby dulu, saya tak tahu kepentingan tuam menuam ni... Mujur laa takde apa yang berlaku berkaitan angin pasang ni... saya hanya letak minyak telon je kat perut dia untuk elak perut kembung...
ReplyDeleteberguna ni.. tapi yatt belum kawen..hehe
ReplyDeletehaii :) jejalan dari gr0up produk review n follow sini
noted.hehe nanti dah ada anak lelaki sndri..ecah godek2 entry kak farah balik. =)
ReplyDeletebaru ain tahu pasal petua nih.. hikss.. thanks dear.. :)
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ni farah..ilmu yang sangat perlu dititikberatkan
ReplyDeletealamak x pernah tau pun pasal ni....sebab anak i of course perempuan....
ReplyDeletesaya bujang lagi jadi tak tau. . hehe btw tq
ReplyDeletehernia ni kalau jadi serius, menakutkan jugak
ReplyDeleteMmg perkara yg patut kita semua ketahui.. perkongsian yg bermanfaat. T kasih Farah..
ReplyDeleteWaaaa... baru tahu pasal ni, ada empat anak laki dan yang last sekali pon dah umur 3 tahun lebih... tak tahu possibility of having angin pasang ni... perghh... kalau dah besar, macamana nak tahu kalau-kalau dorang dah pernah kena ke tak? Atau ada cuma kita tak sedar? Ingatkan orang tua jer yang kena angin pasang ni huhuhuhuhu...
ReplyDeletetulah mase mengandung dulu dah dapat tau baby boy mak pon dah pesan...baby boy kena tuam alat kelamin dia untuk elak kan kena angin pasang...
ReplyDeletegood info...x penah buat kt Aqil.pasni kena buat la
ReplyDeleteakak pernah buat dulu masa baby kecik.....
ReplyDelete