Petang2 macam ni, biasalah mesti teringatkan kerja2 di rumah pulak selepas habis waktu pejabat... Dan bila teringat kerja2 di rumah, of course salah satunya aktiviti basuh membasuh baju ni... Hurmm... Tapi iolss tak basuh baju memalam ek uolss??? Iolss basuh baju pagi2 sebelum subuh...giteww.... Dan salah satu yang iolss gunakan adalah pelembut fabrik berjenama Downy... Memang dah lama dah setia dengan Downy ni...
Downy adalah jenama pelembut fabrik yang dihasilkan oleh Procter & Gamble. Downy memasuki pasaran Amerika Syarikat pada 1961 dan telah berkembang ke beberapa negara di Amerika Selatan, Eropah dan Asia.
Selama 50 tahun, Downy telah memberikan pakaian yang segar, lembut dan selesa kepada ramai keluarga. Downy percaya bahawa emosi dibawa ke dalam kehidupan melalui sentuhan kepada fabrik, seperti ketika uolss membaluti tubuh anak uolss dengan tuala mandi yang besar dan gebu atau apabila si kecil menyandarkan kepalanya ke baju uolss ketika mengantuk - malah ketika uolss mengenakan baju sejuk lama yang selesa.
Saat2 seperti inilah yang menyerlahkan keunikan Downy. Ini kerana apabila Downy digunakan ke atas fabrik, ia menjadi lebih dari sekadar fabrik - ia menjadi pengalaman yang bermakna.
CIRI2 UNIK DOWNY
Downy 'pelembut fabrik pekatan', jenama nombor 1 di Amerika Syarikat memberikan 5 kali kesegaran berbanding pelembut fabrik cair biasa. Disebabkan ia sejenis pekatan, hanya 1/2 penutup (20 ml) sudah mencukupi untuk satu cucian. Malah, satu botol 400ml boleh bertahan sehingga 20 cucian, jadi uolss memang boleh menggunakan sedikit sahaja.
VARIAN2 DOWNY DI MALAYSIA
MYSTIQUE
Mystique membawakan wangian bunga2an Timur yang mengasyikkan dan merangsang deria yang diilhamkan daripada suasana bandar Paris di tengah malam seperti yang digambarkan di dalam pelbagai filem2 hebat Hollywood. Biarkan diri dibuai wangian Downy Mystique yang menawan. Kini dipertingkatkan dengan kapsul wangian dual.
SUNRISE FRESH
Serapkan kesegaran waktu pagi pada pakaian uolss - memberikan kesegaran yang dirangsang oleh pergerakan selama 7 hari dengan hanya satu cucian.
ANTI BACTERIA
Dengan bahan2 penghapus kuman unik yang menghalang pembiakan kuman yang menyebabkan bau busuk. Kesegaran pada pakaian tahan lebih lama walaupun ketika berpeluh.
PASSION
Wangian manis campuran buah2an yang diadun dengan haruman bunga2an yang menawan dengan sentuhan Vanila yang hangat dan sensual. Serlahkan daya penarik uolss dengan kesegaran 'wangian pada pakaian setiap hari'. Kini dipertingkatkan dengan kapsul wangian dual.
HAPPINESS
Memperkenalkan Downy Happiness baru untuk musim panas - wangian menyegarkan yang menarik dan nyaman untuk cuaca panas. Kini dipertingkatkan dengan kapsul wangian dual.
INNOCENCE
Wangian sejambak bunga yang disaluti haruman kasturi menyerlahkan sisi lembut dan romantik sifat kewanitaan yang sofistikated. Serlahkan daya penarik uolss dengan kesegaran 'wangian pada pakaian setiap hari'. Kini dipertingkatkan dengan kapsul wangian dual.
ARAHAN PENGGUNAAN
Pada bilasan terakhir, masukkan Downy mengikut sukatan di bawah ke dalam air bilasan atau ruang pelembut mesin basuh.
Untuk Cucian Tangan
Tambah 1/2 penutup untuk 15-20 helai pakaian, rendam selama beberapa minit dan keringkan.
Untuk Cucian Mesin
Tambah 1/2 penutup untuk separuh muatan (sehingga paras air 35L). 1 penutup untuk muatan penuh (sehingga paras air 52L). Selepas kitaran membilas selesai, keringkan seperti biasa.
Untuk hasil terbaik pada jeans, selimut dan tuala, tambahkan 1 lagi penutup Downy.
*Tapiii... ada lagi cerita tentang Downy yang iolss nak kongsikan dengan uolsss...bukan ini saja tau... tunggu ok tunggu... sesuatu yang baru dan menarik... *_^
uhuuu.. cik azue pakai fab sekali dgn downy tu ajer.. jimats..hihihihi
ReplyDeleteapakah apakah..saya guna yang warna merah tu
ReplyDeleteRumah saya pun guna downy gak. Hehehe
ReplyDeletesamalah..saya pon pakai downy..
ReplyDeletedowny best, cuma mahal skit.hehe :)
ReplyDeleteSaya dah beli yg kaler kuning...semerbak weh bau die..huhu
ReplyDeletenie mesti dapat sponsor post nuffnang
ReplyDeleteacik guna yang passion tu.. suka baunya
ReplyDeletesuka gak downy...tapi tu le..mahai ckit...tapi bebaloi le..hehe
ReplyDeletebelum pernah try lagi...
ReplyDeletepakai jugak, tapi tak setiap kali, sebab beli sabun yang dah siap pewangi tu
ReplyDeleteHarganya mahal.....
ReplyDeletesaya pakai downy sunrise tue...pas2 skrg tukar pakai dynamo cmpur downy tue
ReplyDeleteAida suka downy antabac..tapi bile lelema bau dia macam kapur barus pulak..terus bertukar yang merah..so kekallah sampai sekarang pakai yang itu je..hehee
ReplyDeletesekarang nih, dynamo pon dah ada inovasi yg sama mcm downy..:)
ReplyDeletefiza tetap setia dengan downy mystique..mystique sangat :)
ReplyDeleteKat rumah saya pun pakai Downy.. mmg wangi.. :)
ReplyDeleteselalu pakai yang pink tu je.
ReplyDelete