 |
Source Extracted from Google |
Nak kata pandai tak lah pandai...nak kata expert tak lah expert, tapi something yang common sense kot??? Semua orang pun tau apa itu personal blog... betul tak???
Mengikut pemahaman iolss lah, tak taulah mengikut pemahaman uolss apa dia kann???
Personal blog adalah blog yang lebih banyak menjurus kepada cerita personal... Cerita personal yang macam mana??? Entri2 yang berkisar tentang kehidupan seseorang blogger itu, tentang keluarga, tentang anak2, tentang aktiviti, tentang hobi, tentang masakan2 yang mereka masak, tentang percutian keluarga atau peribadi...apa sajalah yang berkitar di sekeliling mereka.... Ok, the keywords is.... personal blogger lebih menjurus kepada cerita peribadi. Setakat mana peribadi tu iolss tak boleh nak definisikan di sini sebab ia adalah subjektif...sampai limit mana yang seseorang itu akan berkongsi dengan pembaca tentang kehidupan peribadi mereka itu adalah bergantung kepada seseorang blogger itu sendiri. Ada blogger yang tak kisah berkongsi kisah luar dalam dan segala yang berlaku dalam kehidupan peribadi mereka, ada blogger yang kisah, ada blogger pula tak kisah berkongsi tentang kisah peribadi mereka tetapi mempunyai batas2 mereka yang tersendiri dalam menentukan mana yang boleh diceritakan dan mana yang tak boleh diceritakan...
Bagi iolss yang terbaik biarlah kita bercerita tentang kisah kita sebagai personal blogger tetapi kita tahu memilih mana yang boleh dikongsikan atau dipaparkan kepada umum dan mana yang tidak... Betul blogging itu seronok dan kadangkala boleh jadi ketagih, ada sesetengah blogger kalau seharian tak update disebabkan tak ada idea, boleh jadi resah gelisah... tapi dalam keterujaan untuk update entri itu, ada kalanya tanpa kita sedari kita terbabas menceritakan kisah yang tak sepatutnya kita kongsikan kepada umum. Kita semua manusia yang tidak sempurna melainkan Allah SWT, dan tak lari dari khilaf... Tapi seelok2nya setiap entri sebagai personal blogger perlu kita fikirkan dan filter dengan sebaik2nya.... sebelum tanpa disedari aib kita terbuka secara sengaja atau tidak sengaja. Aib di sini bukan bermaksud rahsia peribadi sahaja ek uolss??? Termasuk juga sikap, perangai dan attitude kita... Bercerita memang seronok, tetapi jangan terlalu seronok bercerita kita jadi leka dan lalai tentang batasan2 kita ye tak???
Menurut Bro Framestone di dalam entri beliau di
SINI
Ciri2 Blog Personal adalah:
- Penulisan bukan copy paste.
- Penulisan dari hati dan 5 deria semulajadi penulis blog.
- Lebih banyak menulis perihal diri dan pandangan atau persoalan peribadi sendiri berbanding perihal artis, gosip panas atau keyword hangat.
- Blog simple dan tak serabut dengan iklan (iklan lagi banyak dari isi penulisan dalam blog).
- Entry lebih banyak bubuh muka sendiri/kawan2/keluarga dari artis (kecuali jika blogger itu selalu jumpa artis dan bergambar dengan artis) dan gambar yang mengaibkan.
- Berani perkenalkan diri penulis (bukan seseorang yang sembunyikan identiti).
- Cara penulisan lebih santai dan rasa seronok untuk dibaca.
Dan bagi Kak Mia Liana pula melalui entri mengenai personal blog yang pertama beliau di
SINI , blogger personal boleh update apa sahaja yang dirasakan perlu. Boleh juga kisah peribadi, kisah keluarga, kisah masyarakat sekeliling, kisah kerja, kisah cinta dan apa2 lagi kisah yang sesuai. Perlu diingat tidak semua kisah boleh dimasukkan ke dalam blog dan perlu pandai memilih kisah yang sesuai. Jagalah batas dan adab sopan ketika menulis.
Bila jadi blogger personal, tidaklah boleh sombong atau memandang rendah kepada blogger lain hanya kerana blognya telahpun dikenali ramai. Jangan lupa pada para pengunjung, kerana merekalah yang menaikkan blog anda. Tanpa mereka blog anda tiada maknanya. Betul kann??? Kisah selanjutnya uolss boleh klik dan terus boleh sampai ke entri Kak Mia.
Ada lagi satu yang Kak Mia kongsikan di dalam entri di
SINI
Bila kita berpayung atas nama blogger personal, sudah tentulah kisah sendiri ada di dalam blog. Tak kisahlah cerita apa yang di-update kat blog asalkan ada kisah personal. Terma blog personal ni sangat meluas, boleh kongsikan apa yang kita nampak, dengar, yang berlaku di sekitar kita, apa yang dibuat, apa yang kita suka. Juga boleh cerita pasal keluarga...kerjaya, pengajian di universiti. Macam2lah. Ada juga yang bagi informasi dan tips berdasarkan pengalaman sendiri.
Dan sebenarnya macam yang iolss mention kat atas tadi... terpulang pada kita macam mana nak corakkan blog personal tu macam mana. Kata Kak Mia.... Jangan sampai berpayung pada status blogger personal tetapi satu entri personal pun tak ada kat dalam blog. Bila baca semua kisah yang bukan personal dan lebih menjurus kepada informasi, berita semasa dan tutorial... satu entri personal pun tak ada... Yang macam ni bukan blog personal ok???
Tapi iolss bebel panjang2 pun akan repeat perkara yang sama jugak uolss...muahahahaha.... rasanya uolss lebih kenal dan lebih tahu macam mana nak klasifikasi sama ada satu2 blog tu adalah blog personal ataupun tidak kann??? *_^
*Lama dah tak membebel, bubbly2 panjang2 macam ni...muahahaha...disebabkan kesuntukan waktu dan ketidaksempatan... Harap2 tak ada sesiapa yang terasa...iolss just menyatakan pandangan serta pendapat dari sudut iolss sebagai blogger.... Kalau ada yang sentap... Ya ampunnnn!!!! This is just a general chit chat... Sebagai blogger weolls needs to support each other and keep on blogging healthily kann??? Dan bantu membantu dalam mempertingkatkan lagi kualiti blog masing2 betul tak???
bagus juga sesekali baca bebelan yg ada isi ni.. teruskan menulis.. nanti senang2 cik azue datang baca.. sebuk menyulam sekarang ni sambil sakit gigi.. so kejap dtg kejap tidak lah
ReplyDeleteperkongsian yang baik farah..
ReplyDeletesetuju bab filter...tak kan semua benda nak cite ye dak?hehe
shark tau tulis jer..
ReplyDeletetak tau ler tergolong dalam kategori mana.
betul farah. blog akak pon kategori personal gak. Tapi takde lah sentap sgt dgn bebel2 farah tu...sebab apa yg disenaraikan oleh Bro Framestone tu memang ada dgn blog akak. Cuma kita kena pandai tapis mana yg boleh cerita dgn yg tak boleh didedahkan. Itu saja....... :) hehe
ReplyDeletebgi sy ada sesetengah perkara tu x perlu lah dikongsi d blog..tp tu masing2 punya hak nk tulis apa kn..^^
ReplyDeleteblog nur pun blog personal..masih baru dalam dunia blog nie..
ReplyDeletesalam kenal..nur follow sini ^-^
saya pon tak pasti blog saya ni blog tentang apa..hihi..main tangkap muat je nak cerita pasal apa pon..
ReplyDeleteHeheehe blog Lya ni blog caca marba Farah ..macam2 adoo ..
ReplyDeleteTapi jadi blog personal buat AKIF la sebab citer dia jer byk hehehe ..
Semua yg terlintas kat kepala atauisu semasa sikit2 ada kat sini ..
sy rasa blog sy personal blog :)
ReplyDeletekita dalan kategori blogger typo tahap alien tp dah dibendung,, dan dah disebarkan virus pada orang lain hahahahaha :) nice share kak farah
ReplyDeleteRasanya blog nrl pun blog personal, tapi x banyak benda yang personal pun nrl citer... nak citer pun kena bertapis jugak... :)
ReplyDeletekaksura suka baca n3 ni..bagus sangat..blog kaksura pun jatuh kategori personal..slalunya cerita pasal anak dan makan2..hal2 yg lebih peribadi idok ler masuk..:)(kadang2 jer selit iklan shaklee..hihi)
ReplyDeleteemmm ena dlm kategori apa erk =)
ReplyDeletebagus entry ni farah..memang betul ada benda kita tak perlu cerita dalam blog takut masuk kategori mengumpat plak.huhu
ReplyDeletesalam.
ReplyDeleteanda telah ditag dalam segmen The Liebster Award By ciklaili.com :
http://www.ciklaili.com/2014/05/the-liebster-award-by-mycheritacom.html
anis rase, anis punye blog personal..hihi.. tapi ade bnde yg kena tapis gak.. stalker ade di mane2..
ReplyDeletepersonal blog lebih mendapat banyak traffic kan?
ReplyDeletetengok keadaan juga. tak tentu...
Deletethanks for the backlink dear... love your brief explanation....
ReplyDeleteSetuju dgn kenyataan di atas..blog lya memg lebih berkisar personal Hehehe
ReplyDeleteAda part kita boleh kongsi. Ada part x bleh kan...agak2 la nk kongsi yg terlalu peribadi..ye x...akak lebih menjurus ke arah blog peribadi nampaknya....
ReplyDeleteerm.. setuju dengan entri ini, adakalanya pendapat mereka yang makan garam dari kita harus diikut.. :) boleh bercerita apa sahaja, tapi biarlah berpada, jangan sampai terjadi riak dan angkuh.. :)
ReplyDeleteada mcm2 rasa dlm blog yumida. hihi. blog rojak
ReplyDeletebetul tu kak...saya punya blog pun boleh ketegori personal blog gak tapi bukan semua cerita personal saya nak kena cerita..hehehe..tapi macam saya, personal blog saya lebih kepada pendapat saya tentang satu2 perkara atau benda yang terjadi di sekeliling kita..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Sama ler blog akak campur-campur...mcm2 ada
ReplyDeleteBlog sy rojak... Personal... Ada la tapi x byk.. Pasal resepi, pasal idea dan pengalamn.. Tpi lebih kpd perkongsian ilmu...
ReplyDeleteBlog Mia semua pun campur tapi rasanya sangat jarang cerita pasal artis...hehe
ReplyDeleteLebih kepada personal dan family.
Betul tu Farah, tak semua boleh dikongsikan kat blog. :)
hehe , lebih kurang mcm blog saya je :) daripada tak tahu apa yang nak diupdatedkan pasal isu2 semasa ke apa , i'm choosing to have a personal blog . yelah , nnti kalau salah fakta kan tak pasal2 kena bash .
ReplyDeletehurmm sy dulu mcm nk personal blog jugak.tp entah sekarang ni n semenjak 2 menjak ni dah berterabur dah entri mcm rojak dah...tp sesekali makan rojak singapore sedak jugak lah kan?ikut selera masing2 ;p .apa pun entri panjang2 ni memang best...sebab bila lagi nak budayakan diri sendiri membaca kan kan kan
ReplyDeletemacam blog gua lettewww personel la kononnya ehehe
ReplyDeleteSuke je dengar kak farah bebel...muahaha.... Yup nak menulis ni ada batasnya...sendiri perlu ingat semua tu... Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?....
ReplyDeletekompom iolls personal blogger....hahahha
ReplyDeleteyang baik dikongsi..yang sebaliknya sebaik disimpan..memang tak semua benda personal boleh cerita..kdg² ikut mood readers gak..apepun seseorang blogger berjaya dengan sokongan pembaca dan blogger lain jugak kan..kena hargai :)
ReplyDeleteBlog zumal masuk kategori apa ya? Rojak ka pasembor... Hehe :))
ReplyDeletebetul tu kak.. boleh nak cerita pasal diri sendiri cuma jgn sampai melebih2 je..
ReplyDeleteblog nory kecelaruan identiti, rasanya blog carca merba kot...tapi lebih kepada personal blog jugak lah..heee
ReplyDeleteblog saya main terjah je hehehe..
ReplyDeleteapa yg penting saya suka baca entry u..
terbaik gitu...
Blog saya pun kira mcm personal jugalah rasanya.. tak kisahlah, janji berblogging hehee.. Thanks sharing Farah.. :)
ReplyDeletesetuju dengan kak farah..blog personal pun perlu ada tapisan jugak..jangan le semua benda nak cerita..kan kan? ehehe...
ReplyDeletesaya blogger yang tulis blog personal..:P
eiqa rse blog eiqa bukan personal koot. hahaa
ReplyDeletesbb jarang la jugak nk update psal personal..
tp entry akak ni mmg berguna, bnyak nasihat.
Thumbs up.! :)
thanks for sharing....
ReplyDeleteArtikel yang sangat bermanfaat, membuat saya menjadi percaya diri untuk membuat personal blog.
ReplyDeleteSukses terus.. salam hangat dari Indonesia
Nak tanya... Macam mana nak jadikan blog kita private. Memang khusus untuk diri kita sahaja. Ataupun sebenarnya, blog ni memang kena open dan boleh dibaca oleh sesiapa? Maaf, saya blogger newbie hehe ����
ReplyDeletedari dulu sampai skang blog kita mmg berkisar psal personal je lah...kdg2 tu lebih kepada nk baca sendri..hahaha..SS ka?? tp, syg x boleh dah log in kt blog lama...so terpaksa buat blog baru...seba sometimes, jari jemari nie gatai nak menulis..hahaha....
ReplyDeletesalam kenal dari linda