Alhamdulillah... Iolss Bersyukur Dapat Membantu...

Farah Waheda Wahid
24
Apa sahaja kisah yang dicatatkan di Bubblynotes.Com adalah kisah2 yang terlintas dari ruang fikiran iolss dan juga berdasarkan pengalaman serta perjalanan yang iolss jalani dalam kehidupan ini... Ada kalanya entri iolss agak ting tong, ada kalanya entri iolss 'kosong' dan selalu kalanya (ihikss ada ke ayat ni...bedal jer lah...) entri iolss memang panjang meleret2...itulah Bubblynotes yang uolss kenal...ecececeh.... Apa yang iolss cari dalam ber-blogging ni sebenarnya??? Kepuasan penulisan maya kerana iolss sememangnya adalah editor sejak dari zaman sekolah (I should be a novelist or journalist or reporter isn't it??? Muahahaha... uolss might be surprise kerana ramai orang tak suka satu aspek dalam subject Bahasa Melayu ataupun English Language... Iolss paling suka karangan dan juga essay writing).... 

Selain kepuasan... iolss mempunyai misi...misi untuk membantu atau berkongsi ilmu dengan readers Bubblynotes.Com...tak kira dari pengalaman serta perjalanan diri sendiri ataupun dari pembacaan2 iolss dari mana2 sumber sahaja... Bagi iolss, memang ramai bijak pandai di luar sana dan iolss pun bukanlah manusia HEBAT kerana sekiranya uolss betul2 kenal dengan pemilik Bubblynotes ini... Iolss suka melihat ke bawah untuk buat diri rasa bersyukur dan dalam masa yang sama tak lupa perhati ke atas supaya iolss tak rasa macam HEBAT SANGAT macam tak ada orang lain lebih hebat dari iolss... Iolss nak, penulisan maya iolss memberikan faedah kepada semua, mampu menyampaikan ilmu serta kebaikan dan bukannya perkara2 yang negatif. Dalam iolss menulis secara maya, iolss bukan sekadar berkongsi dengan readers, bukan sekadar mengingatkan readers, bukan sekadar menyuruh readers berfikir tetapi untuk diri iolss juga. Sekurang2nya tak banyak sedikit... Kadang2 pandangan readers sedikit sebanyak boleh membantu diri iolss yang sememangnya manusia biasa yang tak lari dari khilaf serta tidak sempurna. Setiap kali iolss menaip atau ber'touch screen' untuk blog...iolss selalu berfikir dan mengingatkan diri iolss agar sebolehnya setiap entri iolss dapat meninggalkan sesuatu pada readers iolss... 

Dan apa yang iolss nak adalah happy di dalam ber-blog... Mungkin ramai orang tertanya2 kenapa dan bagaimana iolss sentiasa muncul dengan entri yang lebih dari 2 dalam sehari jika tiada aral melintang (kalau weekend kadang2 terbabas sebab kesibukan waktu yang perlu di-spend bersama Ash)...dari mana munculnya ilham atau idea... dan macam mana ilham atau idea itu boleh sampai... Iolss sentiasa percaya serta berpegang bahawa yang utama adalah nawaitu kita... niat kita... Jika kita ikhlas, In Shaa Allah, Allah SWT akan permudahkan... Tak kira dalam apa sahaja perkara dalam kehidupan weolls kann??? Sekiranya kita ikhlas, niat kita baik, segalanya akan dipermudahkan...kerana Allah itu lebih mengetahui... Tujuan kita sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam apa2 sahaja perkara yang kita buat... Iolss bukannya ustazah...bukannya orang yang terlalu dalam pengetahuan agama... Tetapi iolss tetap percaya kepada satu perkara ini... Macam mysuami selalu dan acapkali pesan... apa2 pun yang kita lakukan dan apa2pun yang kita hadapi dalam kehidupan ini, kita perlu berbalik kepada yang satu iaitu Allah SWT... dan apabila menongkah arus, kita jangan ikut arus itu... kita cuba ke tepi tebing... Pesanan yang iolss tak mungkin lupa...

Memang ada perkara2 yang iolss harapkan dapat berkongsi dengan uolss supaya dapat menjadi renungan serta pengajaran, tapi iolss bataskan demi menjaga kemaslahatan semua pihak...Kalau ikut2kan banyak perkara lagi selain perkara2 yang iolss kongsikan di Bubblynotes selama ini yang boleh dikongsikan...tapi iolss rasakan cukuplah sekadar di situ... not any further longer... ^_^...Bukannya iolss mengejar populariti, bukannya iolss ingin menjadi desperate attention seekers... muahahahaha...uolss rasa iolss attention seekers ker? Tak kannn??? Apa yang iolss lakukan adalah ikhlas...Ikhlas tu sangat penting.... sangat sangat penting... 

Dan bila dah bebel ibarat luahan perasaan yang panjang gini... apa yang iolss nak kongsikan dengan uolss adalah ini...

 
Bukan niat iolss untuk show off, bukan niat iolss untuk riak, dan bukan niat iolss untuk berbangga... Tapi..Alhamdulillah, inilah dia salah satu perkara yang iolss nak capai dalam berblog... Semoga, Allah SWT beri keizinan kepada iolss untuk terus berkongsi kepada uolss perkara2 yang bermanfaat dan berfaedah dan lindungi iolss dari mencoretkan secara maya perkara yang sia2 yang boleh mengundang kepada pelbagai masalah sama ada kepada diri sendiri atau kepada sekeliling iolsss.... 

Dan kepada uolss...readers Bubblynotes...terima kasih kerana sudi membaca serta memberikan pandangan.... Sokongan uolss selama ini memang iolss hargai dan takkan lupakan... Dan teruslah support sesama kita dan berblogging secara sihat.... 

*Perghhh... ni ting tong ke apa ni??? Up entri jiwang2, mushy2 dan agaklah bajet retis walaupun tak retis...teetttt.... dah tu nak buat macam mana??? Dah tu yang iolss rasa sekarang ni.... Muahahahaha... Kalau me look what (meluat) silalah terus tinggalkan entri ini dan letakkan jari jemari di bahu serta pusingkan bebola mata uolss sambil berkata...puhleaseee...bluekkk.... Well, dalam kehidupan ni, we can't please everyone, pasti ada yang tak senang dengan kita kannn??? Betul tak???

Post a Comment

24Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Yup..setuju dengan pendapat adik...kadang2 niat kita xde nk show off tp org yg anggapkita show off kan...if org yg betul2 knl kita mmg akan tau niat kita yg sebenar....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, its a good feeling kan kalau orang dapat manfaat apa yang kita kongsikan disini farah. Tahniah untuk farah dan pembaca di luar sana, memang entri tersebut merupakan satu perkongsian yang baik untuk dijadikan sebagai rujukan buat bakal2 ibu.

    All the best dear (^_^)

    ReplyDelete
  3. 'kalau menongkah arus, kita jgn ikut arus tu...kita pegi ke tepi tebing" ~ akk suka ayat tu...
    apa2pun tahniah, entri farah byk info2 berguna...tak semua org boleh menulis cam tu

    ReplyDelete
  4. sebenarnya u should be proud kak with what u archived...sebenarnya bila entry2 yang kita tulis dijadikan sumber rujukan mesti kita rasa terharu kan??hehehe..thats why saya selalu percaya yang walaupun apa yang kita(blogger) tulis sebagai kita anggap entry biasa tapi ia memberi makna yang besar untuk orang lain sama ada kita ketahui atau tidak..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. alololo... mesti tulis ni sambil air mata bergenang? hihihi... ye, kalau boleh tak nak tulis something yg sia2 dan membawa masalah di dunia mahupun di akhirat.. kan? keep up the good work! :D kami semua support farah.. ;)

    ReplyDelete
  6. Blog farah memang informatif kadang bersantai ja tapi ada poin, tentang si handsome Ash yang best tu:)

    ReplyDelete
  7. Betul Farah Lya setuju ngan Farah ..Bila kita tulis sesuatu yg berguna dan menjadi carian oleh org diluar sana mmg satu perasaan org kata apa tu .... perasaan bangga ..ya lah kan mmg la kita bangga bila org sudi baca sudi komen kat kita punya entri ...

    ReplyDelete
  8. ada hidup utk tolong menolong..:)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum farah...bagusnya boleh tolong menolong...:)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... biarlah org anggap apa.. yg penting hati kita tak mcm tu. Semoga terus sukses Farah!!.. :)

    ReplyDelete
  11. Rasa seronok sgt kan klu info kat blog dpt membantu...huhuhu..ikhlas dlm bt sesuatu tu pasti sedikit sebanyak baiknya balik ke kita jugak. .

    ReplyDelete
  12. bagi Fiza blog banyak memberi info.. dan tak salah kita nak berkongsi dengan pembaca..

    ReplyDelete
  13. blog yang hebat...

    ReplyDelete
  14. kite tolong kite dapat pahala ^_^
    walaupun kadang2 kita tak tahu kan..ngee :D

    ReplyDelete
  15. setuju dengan ayat2x akak tu. Niat, tujuan kita berb blog tu penting. Jangan semata-mata nak jadi retis sana sini. Nice entry kak.!! :) Pengajaran, peringatan untuk eiqa jugakk :)

    ReplyDelete
  16. Kadang2 apa yang kita tulis berguna untuk orang lain kan Farah..... :)
    Terharu pula bila ada jadikan entri kita tu sebagai sumber rujukan dorang.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah... Teruskan menulis yg bermnfaat...

    ReplyDelete
  18. Jadi diri sendiri hope entry kita jadi panduan org lain

    ReplyDelete
  19. bagus kalau dapat tolong menolong...bukan nak show off pon.

    ReplyDelete
  20. Apa yang baik dishare itulah salah satu kebaikan berbloging as medium penyampaian yang berkesan orang kata :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !