![]() |
Source Extracted from Google |
“Kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan saya yang tidak bersetuju wanita tak bertudung akan masuk neraka?
“Sebenarnya saya bercakap sebagai seorang Islam yang punya pandangan tersendiri. Tak semestinya wanita yang bertudung itu sah akan masuk syurga tanpa dihisab dengan amalan yang lain.
“Adakah berdosa besar saya yang baru pulang dari Umrah ini tidak bertudung? Menutup aurat bukan di kepala sahaja.
“Saya tidak mahu tudung itu digunakan untuk menutup segala kesalahan yang lain tanpa menitik beratkan amalan yang lain,” katanya kepada murai.com.my
Raja Azmi diminta mengulas mengenai kelantangannya di dalam media elektronik baru-baru ini apabila dia bercakap mengenai hukum agama yang dianggap tidak menjaga sensitiviti orang Islam.
Produser Filem ...Dalam Botol itu juga dilaporkan seolah-olah telah mendedahkan pekungnya sendiri apabila dikatakan bercerita mengenai ibadat solatnya yang masih lagi tidak dapat dipenuhinya itu.
Raja Azmi berkata buat masa ini dia belum bersedia lagi hendak bertudung dan kini sedang berusaha melengkapkan amalan-amalan agama yang lain.
“Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak perlu.
“Pada saya, lebih baik saya mempertingkatkan amalan ibadah dan jariah yang lain dahulu sebelum mengambil keputusan sepenuhnya bertudung,” jelasnya lagi.
Raja Azmi berkata lebih baik orang ramai fokus pada isu wanita bertudung yang lain yang dikatakan banyak melakukan perbuatan maksiat.
“Sekarang ini pun wanita bertudung ramai juga yang melakukan zina dan maksiat. Di akhbar juga banyak wanita bertudung dilaporkan melakukan aktiviti tidak bermoral dan sebagainya. Paling teruk ada juga yang sanggup menipu pakej Umrah dengan hanya berpakaian seperti orang yang alim dan baik,” luahnya lagi. -- Astro Gempak
Berita mula diterbitkan pada: April 17, 2014 10:42 (MYT)
Banyak orang bertanya dan bingung, banyak orang baik dan gemar membantu sesama tapi tetap masuk neraka. Jawabannya Hanya Ridho Allah yang Maha Berkehendak....
ReplyDeletesaya tak tahu nak cakap apa...
Deletemacam macam hal.
ReplyDeletedunia selebriti yang penuh dengan gossip panas...
DeleteErmmm....ermmm....ermmm....speechless lepas baca. Ermmm...komen ringkas, 'Xpatut kuar statement tu....RIDICULOUS!!!
ReplyDeletememang speechless pun...
Deleteamboi raja azmi ni mulot pun cam cam murai.."Adakah berdosa besar saya yang baru pulang dari Umrah ini tidak bertudung? Menutup aurat bukan di kepala sahaja"-- isshhh geram je nak nak komen ni..
ReplyDeleteerks rambut perempuan tu bukan aurat ke? salah faham kot dia ni?
Deleteishishish...xmo komen lah statement die ni
ReplyDeletejadi tak tau nak cakap apa kan julia?
DeleteKalau dah tak tahu, eloklah berdiam diri. Tak perlulah berceloteh macam ni. Nampak sangat awak belum belajar hukum hakam. Kalau dia kata dia tahu pasal hukum, dia takkan keluarkan statement begini. Secara tersiratnya, dia menidakkan undang2 Allah.
ReplyDeletelebih baik berdiam diri dari merapu kan kak?
Deleteuna tgk live dkt galaxi tv 9 kalau tak silap,, pastu hubby una tanye,, ehhh tak pe ke die ckp mcm tu.. una dh telan air liur dh dengar tak barani nk komen.. emmmm
ReplyDeletesungguh tak berani nak komen atau buka mulut tentang isu ini...
DeleteSy dh tgk videonya semalam... Hmm... Itulah tnda kiamat.. Bila org jahil berbicara soal agama...
ReplyDeletedunia akhir zaman kan maria?
Delete1st article dia keluar hari tu I dah kata dia ni "crazy pig"
ReplyDeletetakut je one dah dia ni disambar petir.. hahaha
im not say that im perfect person.. sekurang2nya I tak keluarkan statement berani mati macam dia.. kehkehkeh ;P
setuju dngn kak jah,,,, skurangnya x kluar stement mcm tu..aduyai
DeleteNak ikut hukum rasanya Raja Azmi sendiri faham mungkin dia bercakap atas pendapatnya sendiri jadi sama2 kita doakan yang terbaik buat dia.
ReplyDeletebetul tu kita doakan yang terbaik jer buat beliau...
Deletekenyataan kurang cerdik dari seorang wanita beragama Islam apatah lagi baru balik dari umrah. Wanita memang tak wajib pakai tudung tapi WAJIB tutup aurat. Tutuplah dengan baldi atau tudung saji sekalipun, ianya dibolehkan asalkan menutup aurat sepenuhnya.
ReplyDeleteJika dia benar tidak bersetuju wanita tak tutup aurat masuk neraka, maka pasni pergi umrah bolehlah takyah pakai telekung atau dedahkan aurat sewaktu melakukan umrah, amacam? Hipokrit tidak bertempat dan sememangnya menentang hukum Allah (bukan hukum manusia!) itu sudah memadai menjadikan kita terkeluar dari agama Islam! Nauzubillah!
Jika kita tidak menerangkan perkara sebenar atau tiada siapa yang mahu menegur beliau, ditakuti kenyataan beliau akan disalahanggap dan mula diikuti oleh mereka yang jahil tentang agama.
Ingat, kita tak wajib pakai tudung, tapi WAJIB TUTUP AURAT hehe. Jangan main-main dengan hukum Allah kerna Allah dah nyatakan dalam al-Quran, dia tak setuju ... sendiri jawab nanti ye.
Allah tak kata tutup aurat dijamin masuk syurga, tapi Allah kata tak tutup aurat konpom kena bakar dalam api neraka. So, nak pilih hok mano?
Jadi, moral of the story is .... don't live in stupidity. Wallahualam.
betul tu cakap awk...
Deleteperkara yang salah kena betulkan kalau tidak lain jadinya..
semoga dia mendapat petunjuk dan ini menjadi pengajaran buat kita semua agar berfikir dahulu sebelum main cakap..
betul tu kenit, don't live in stupidity, iolss sokong sangat...
DeleteKalau dah tanak pakai tudung tu, jgn la komen lebey2.. adess
ReplyDeleteha betul tu sangat betul tu...
DeleteBila soal agama di ketepikan..inilah jadinya..moga die sedar apa yang dia cakap tu..
ReplyDeletekita doakan yang terbaik buat beliau...
DeleteTak tau nak kata aperrr ..Huhuhu kan kalau kita kata kan dia bantai kita pulak kata kita ni USTAZAH tak berbayar ...Kita tgk jer la apa jd seterusnyerr huhuhu ...
ReplyDeleteNak komen2 panjang2 pon tak reti dahh pasal akak mie ni huhuhu ...Macam2 hal kan Farah ???
kita perhati jer dear...
Deletebaru balik umrah? Allah, kurniakanlah hidayah kat RA ni..
ReplyDeleteAurat tu wajib dijaga dan dipelihara. Tapi kalau dh sendiri mengaku solat pun celup2 nk bt ap..
hurm, cakap tak fikir dulu kot? tak pun nak publisiti and spotlight on her...
Deletesedihh
ReplyDeletememang menyedihkan dear...
Deleteemmm...bercakap atas dasar pendapat sendiri. lupa segala bab agama adalah berlandaskan Al-Quran dan hadith sahih
ReplyDeleteorang kata cakap siang pandang2, cakap malam dengar2...erks...betul ke? ke terbalik ni? muahahahaha....
Deletex tau nak komen ape..smoga diberi hidayah pada RA
ReplyDeletekita doakan yang terbaik jer lah...
DeleteWallahu a'lam...
ReplyDeletehanya Allah yang tahu kan?
Deletex taw nk kata ap..
ReplyDeletetapi tak sepatutnya la kan dia cakap macam tu...
sedih dengar...hmmmm~
memang sangat menyedihkan...
Deletemasa tgk dalam galaksi aritu memang terkejut sgt dengar statement dia. hmmm..benda dah terlepas cakap. mmg dah expect akan jadi isu kontroversi
ReplyDeleteisi tabung nuff sini - libresse
thank you yumida, nanti akak isi tabung yumida kembali ek?
Deleteilmu agama masih cetek lagi ni.
ReplyDeletelebih baik diam kan dari berkata2?
DeleteDoa kan yang baik-baik untuk dia kan..mungkin kurang jelas kot..
ReplyDeleteagaknyalah tu, mungkin kurang jelas ni...
Deleteterbaca jg pasal ni...huhuh
ReplyDeleteberita hangat sekarang ni muz... hangat tak hangatlah jugak...
DeleteMungkin dia lupa kot yg pakai tudung tuh tak wajib tapi menutup aurat tuh wajib...pakaila apa pun asalkan tutup aurat dgn sempurna. Tudung tuh kan salah satu cara memudahkan wanita menutup aurat.gini la jadinya bila berbicara soal agama ikut pndpt sndiri tanpa rujuk al quran dan hadis sahih...memg la perempuan bertuddng pun ada yg buat maksiat tp sekurg kurgnya mereka ikut jugak syariat Islam menutup aurat.tuh dosa mereka dengan Allah. Kita siapa nak menghukum...Erm entahla tak habis habis cetus kontroversi la dia nih.
ReplyDeletekan mimi? one by one kontroversi yang dia cipta...nak publisiti and spotlight kot?
Deleteerm...
ReplyDeletetak mampu nak kata apa2 kan kak?
Deleteaurat wajib tutup..
ReplyDeletebetul tu fiza...
Deletebaik diam je dari berkata-kata yang menunjukkan kejahilan diri sendiri....mmmmm....
ReplyDeletebetul saya setuju tu...
Delete