![]() |
Source Extracted from Google |
Pagi ni iolss terima satu What's App dari seorang kakak blogger iolss yang iolss sangat2 sayang... ^_^... Tak perlulah iolss mention siapakah beliau, cukup beliau jer yang tau... Question dari kakak iolss ni adalah...
"Akak nak tanya kot2 Farah tau, wanita yang tak pernah mengandung, boleh tak ada susu, kalau dia makan apa ubat yang menghasilkan susu"
Ok, noted dan faham benar dengan maksud kakak iolss ni... Buat kakakku sayang... dari soh seh soh seh bersama2 dengan colleague yang juga ambil anak angkat serta menyusukan anak angkat beliau dan juga sedikit research yang iolss sempat buat... (tarik nafas dalam2...sebab mungkin semput nak membaca dan panjang lebar ni uolsss)....
Ada yang tau ada yang tak tau, actually IBU YANG TAK MENGANDUNG BOLEH MENYUSUKAN ANAK. Kebanyakan orang menyangkakan hanya ibu mengandung ajer yang boleh menghasilkan susu. Salah ok, salah...
Macam mana seorang ibu angkat boleh menjadi ibu susuan??? Kunci utama untuk menjayakan misi ni adalah penghasilan hormon prolaktin dan oksitosin di dalam tubuh seorang ibu. Hormon prolaktin bertugas menghasilkan susu, manakala hormon oksitosin berfungsi untuk memancutkan susu keluar dari payudara seorang ibue. Diketahui juga kedua2 hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pituari iaitu kelenjar yang terletak di bahagian otak manusia. Ianya tidak ada kena mengena dengan rahim seorang wanita. Oleh itu, WALAUPUN SEORANG WANITA ITU TIDAK LAGI MEMPUNYAI RAHIM ATAU TIDAK MENGANDUNG SECARA TABII, DIA MASIH BOLEH MENGHASILKAN SUSU.
Melalui hasil pembacaan di SINI
Mencetuskan penyusuan ibu atau INDUCE LACTATION bagi ibu angkat yang hendak menyusukan anak bukanlah satu perkara yang mudah kerana biasanya ibu2 ini tidak pernah hamil atau tidak pernah melahirkan anak. Jadi proses pembentukan dan kematangan kelenjar mamari seperti yang dialami semasa proses kehamilan tidak pernah berlaku kepada ibu2 ini. Namun, ini tidak boleh menjadi penghalang kepada ibu2 angkat berusaha menghasilakan susu ibu untuk diberikan kepada anak angkat mereka.
Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukanlah semata-mata untuk menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkat tetapi lebih kepada memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula. Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Jack Newman di dalam bukunya, The Ultimate Breastfeeding Book of Answers, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Susu formula adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan.
Ada yang tau ada yang tak tau, actually IBU YANG TAK MENGANDUNG BOLEH MENYUSUKAN ANAK. Kebanyakan orang menyangkakan hanya ibu mengandung ajer yang boleh menghasilkan susu. Salah ok, salah...
Macam mana seorang ibu angkat boleh menjadi ibu susuan??? Kunci utama untuk menjayakan misi ni adalah penghasilan hormon prolaktin dan oksitosin di dalam tubuh seorang ibu. Hormon prolaktin bertugas menghasilkan susu, manakala hormon oksitosin berfungsi untuk memancutkan susu keluar dari payudara seorang ibue. Diketahui juga kedua2 hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pituari iaitu kelenjar yang terletak di bahagian otak manusia. Ianya tidak ada kena mengena dengan rahim seorang wanita. Oleh itu, WALAUPUN SEORANG WANITA ITU TIDAK LAGI MEMPUNYAI RAHIM ATAU TIDAK MENGANDUNG SECARA TABII, DIA MASIH BOLEH MENGHASILKAN SUSU.
Melalui hasil pembacaan di SINI
Mencetuskan penyusuan ibu atau INDUCE LACTATION bagi ibu angkat yang hendak menyusukan anak bukanlah satu perkara yang mudah kerana biasanya ibu2 ini tidak pernah hamil atau tidak pernah melahirkan anak. Jadi proses pembentukan dan kematangan kelenjar mamari seperti yang dialami semasa proses kehamilan tidak pernah berlaku kepada ibu2 ini. Namun, ini tidak boleh menjadi penghalang kepada ibu2 angkat berusaha menghasilakan susu ibu untuk diberikan kepada anak angkat mereka.
Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukanlah semata-mata untuk menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkat tetapi lebih kepada memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula. Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Jack Newman di dalam bukunya, The Ultimate Breastfeeding Book of Answers, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Susu formula adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan.
Semasa kehamilan, badan wanita akan meningkatkan penghasilan hormon
progesteron dan estrogen (dirembeskan oleh ovari) dan hormon prolaktin
(dirembeskan oleh kelenjar pituitari) untuk menyediakan payudara bagi
penyusuan ibu. Di akhir kehamilan, aras hormon progesteron dan hormon
estrogen akan menurun manakala aras hormon prolaktin akan bertambah
untuk memulakan penghasilan dan pengeluaran susu ibu di payu dara.
Prosedur inilah yang cuba ditiru untuk membolehkan ibu-ibu yang tidak
pernah hamil mengalami proses mencetuskan susu ibu di payu dara mereka.
Apabila susu ibu sudah berjaya dihasilkan maka langkah seterusnya
menjadi lebih mudah iaitu meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu
ibu.
Pil Perancang
Bilakah induce lactation harus bermula? Sebaik-baiknya lebih awal
bermula lebih baik hasil yang akan diperoleh dalam usaha mencetuskan
susu ibu. Sebagai contoh, ibu boleh bermula enam bulan atau lebih awal
sebaik sahaja mengambil keputusan menerima bayi angkat untuk menyediakan
susu ibu kepada bakal bayinya.
Ringkasnya, mencetuskan susu ibu ada empat fasa.
FASA SATU
Adalah
dengan memakan pil perancang dan Domperidone untuk membolehkan badan
"meniru" proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku
semasa proses kehamilan.
FASA DUA
Adalah menghentikan pil perancang
tetapi teruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu.
FASA TIGA
Adalah memerah susu untuk menggalakkan penghasilan dan
pengeluaran susu ibu.
FASA EMPAT
Dengan memberi bayi menyusu terus
daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara
bagi menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.
Kalau kesuntukkan masa atau ibu mempunyai masa kurang daripada 6 bulan:
1. Makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30-60 hari bersama 20mg Domperidone 4 kali sehari. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan untuk merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
2. Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payudara (saiz bertambah, rasa tegang dan penuh) hentikan pengambilan pil perancang tetapi kekalkan dos Domperidone 20mg 4 kali sehari.
3. Ibu juga boleh mula mengepam. Sebaiknya gunakan pam elektrik (double pumping hospital grade breastpump) untuk mendapatkan hasil yang baik. Makan makanan penggalak susu ibu seperti Fenugreek (halba) dan oat, minum banyak air.
Nasihat
Nasihat kepada ibu (ibu angkat) ialah susu ibu tetap makanan
terbaik bagi bayi baru lahir. Sebaik-baiknya susukan bayi
sekurang-kurang selama enam bulan pertama hayatnya, ibu harus berfikiran
positif, cekal, sabar dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjaya
mencetuskan susu ibu.
Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan
rembesan hormon bergantung kepada "arahan" daripada otak. Jadi didiklah
otak supaya mahu bekerjasama dengan weolls untuk menghasilkan susu ibu
yang mencukupi untuk bayi weolls.
Latih bayi menyusu terus daripada payu dara ibu untuk meningkatkan
rangsangan bagi menghasilkan lebih banyak susu. Jangan sesekali memperkenalkan
puting tiruan kepada bayi. Walaupun ketika susu ibu masih belum
mencukupi dan ibu terpaksa memberi susu formula kepada bayi, gunakan
sudu atau cawan kecil bagi mengelak bayi keliru puting. Jika masalah
keliru puting berlaku lebih sukar memujuk bayi menyusu daripada payu
dara ibu. Kesannya payu dara kurang dirangsang maka penghasilan susu
akan berkurangan.
Dapatkan nasihat doktor dan pakar laktasi untuk membincangkan
penggunaan pil dan ubat-ubatan di atas. Kenal pasti juga kesan sampingan
yang mungkin berlaku dengan penggunaan ubat-ubatan tersebut.
Hukum
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan
untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat
seorang wanita telah mencapai umur baligh sama ada berkahwin atau
sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tidak mengandungi
sebarang unsur najis atau mudarat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi
seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.
Jumhur fuqaha' juga sepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan
bagi menjadikan bayi mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara
langsung daripada payudara dan secara tidak langsung menggunakan tiub,
botol susu dan sebagainya.
Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat
bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi
tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat penyusuan yang
ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:
(i) Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan.
(ii) Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi.
(iii) Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
Hujah thabitan ini kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan
asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama
seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payu dara.
Bagaimanapun,
sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu
melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di
tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak
susuan. Muzakarah juga memutuskan wanita beragama Islam tidak dilarang
menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga bayi beragama Islam boleh
menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang
melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada akidah dan
agama bayi yang disusukan tersebut.
Muzakarah juga memutuskan susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan
lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan,
minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama'
mazhab Shafie dan Hambali, kerana untuk sah atau sabit menjadi anak
susuan perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh
Syarak.
Lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi
tersebut sah menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan suami kepada
wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.
Walaupun Ash tak breastfed, tapi iolss ambil pusing juga ilmu pengetahuan breastfeeding ok??? Ash tak breastfed? Ada sekejap, masa dalam pantang, lepas dalam pantang anak iolss ni nak susu ANMUM tu jugak, despite tak ada rezeki pun mummy dia nak menyusukan susu badan untuk dia... pertama Ash sendiri yang tak nak, kalau minum dia sendiri muntah lilah.... kedua, bila dia dah tak nak dah tentu2 lah susu kurang dan makin lama makin takdo... makanlah sat ni ker, ubat tambah susu ke, atau urut ke, atau SHAKLEE ke... nan hado jugak...dah tu, Ash tak stimulate??? Bha ha ha.... Tak ada rezeki iolss nak menyusukan susu badan...lagipun kesian pulak kat dia, asyik muntah jer lepas umur 2 bulan minum susu badan tu... tak minat agaknya... ekekekekee.... so abah and mummy decide, kita wean off dan tak payah gatal2 cuba nak bagi lagi kalau datangkan mudarat serta ketidakselesaan pada dia...Dah tak ado rezeki, ko paksa macam mana pun takkan jadi jugak.... Asalkan anak iolss sihat tubuh badan dan membesar dengan sempurna serta berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat udah....
Makanya, hopefully, entri ni diharapkan sebanyak sedikit dapatlah membantu siapa2 yang memerlukan... ^_^ ...Kalau ada kekurangan di mana2 dalam penyampaian entri ni, harap dimaafkan yer... dan kira halal yer...ekekekekeke... Till then cheerios!!!
*OPOCOT!!! COP... BOLEH MAKAN SUPPLEMEN TAMBAHAN SET 3M SHAKLEE... Nak dapatkan uolss mesti ramai kawan kannn??? Tak pun consult abang ni... WAFA CW ... Abang ni, jual SHAKLEE jugak uolss...hik hik hik...
*OPOCOT!!! COP... BOLEH MAKAN SUPPLEMEN TAMBAHAN SET 3M SHAKLEE... Nak dapatkan uolss mesti ramai kawan kannn??? Tak pun consult abang ni... WAFA CW ... Abang ni, jual SHAKLEE jugak uolss...hik hik hik...
boleh rujuk ke hospital penyusuan pun boleh..kat sana ade pakar :) kelas-kelas menyusu utk ibu mengandung kat hospital tu biase free je boleh join slot tu...
ReplyDeleteyuppp betul tu babe, rujuk pada doktor pakar di hospital... mereka pasti tahu penyelesaian dan caranya...
Deletegood sharing dear...
ReplyDeletemy pleasure kak...
Deleteilmu yang perlu dipelajari..insyallah...harap berhasil..
ReplyDeletethanks farah atas maklumat ini..
my pleasure kak, sama2 kita belajar dan berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk faedah dan kegunaan bersama...
Deletewah2..ada related gak Wafa dengan entry akak hari ni...hhehehehe...tp bukan pasal penyusuan ibu la....
ReplyDeletedah baca tadi..pasal Vita C Shaklee kann kannn kannn?
Deletedengan adik beradik jer promo cam tu... uhuks.. :D
Deleteilmu yg brguna..lya ingt yg blm mgndung tak ada air susu.baru lya tahu.thanks sis ptkongsian
ReplyDeletekalau belum mengandung boleh lya... sekarang ni kemajuan teknologi perubatan kan macam2...
Deletebesarnya kuasa Allah, walaupun tidak mempunyai anak, still boleh menyusukan anak angkat dengan kaedah2 yang sis senaraikan tu.. harap ia berguna untuk semua pembaca yang memerlukan info nie...
ReplyDeleteharap2 bermanfaat buat semua....
Deletetak silap CN, stacy penyanyi tu pun buat induce lactation utk anak angkatnya ;)
ReplyDeleteha ah CN, Rebecca Nur Al Islam dan juga Stacy buat induce lactation untuk anak angkat masing2...
Deletemcm2 artis2..ramai yang amik anak angkat...
ReplyDeleteha ah, artis memang ramai ambil anak angkat...
DeleteGreat entry.... ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah, thank you maria...
Deleteowhh boleh ye..tulah ingatkan ibu yang mengandung je boleh bf.
ReplyDeleteboleh tapi kena rujuk doktor dan ambil ubat ler...
Deletelengkap dan padat .. tq utk info ni kak farah :)
ReplyDeletemy pleasure lieya...
Deleteterbaeklah farah yup mmg ibu yang tak mengandung boleh menysukan anak..hihi....
ReplyDeletefarah pun belajar dari research dan kawan2 kak... hi hi hi...dulu pun tak tau jugak, tapi since 2 years ago baru tau...
DeletePanjang lebar hujah nya sayang hihi Baru
ReplyDeleteSerius terbaik entri .
Sebelum cik akak ingat memang tak de susu kalau tak punya bb sendiri
akk nyusu anak sendiri pun sekejap je. camne nak nyusu anak angkat tuh.
ReplyDeletevery useful information!!!! Well researched... iolls memang respek u sis :D
ReplyDeleteKalau anak angkat perempuan memang bagus jugak kalau ibu angkat dapat menyusukan sendiri kan... supaya dengan ayah angkat pon tak aurat lagi..kan? betul kah yang i faham ni?
good sharing farah.. thanks for info.
ReplyDeletememang kena sabarlah sikit nak susukan anak angkat
ReplyDeleteJom kita baca TIPS KULIT CANTIK