Gambar ni diambil semasa Ash berusia 41 hari... tapi disebabkan nak cerita pasal mempelbagaikan kegunaan stroller... ahakss... kita tempek gambar dia dalam stroller yang ada satu ni jer... Bha ha ha...
Jadi mummy yang kebanyakkan pada masanya uruskan rumahtangga dan Ash seorang diri iolss rasa macam tiba2 diriku ini semakin ligat berfikir dan kreatif pulak... Ahaksss sangatlah perasan... Eh, Abah Ash mana??? Abah Ash ada tapi most of the time sibuk dengan tanggungjawab2 lain... Nak2 lagi musim catuan air ni... memang busy and standby memanjang... hua hua hua... Tapi iolss chillex jer and tak kisah pun... sebab iolss to be honest jenis yang independent dan moat of the time banyak buat sesuatu perkara tu sendiri... Jadi wondermummy haruslah hebat kann??? Silalah meluat dan muntah rainbow yer... Nak kecam pun kecamlah.. Tapi itu kenyataannya...
So, bila sorang2 nak manage segala bagai benda plus dengan ada Ash... memang challenging... mak2 fahamlah apa yang iolss maksudkan ni... Makanya, apa saja resource yang ada kita gunakan sebaiknya... Contohnya stroller uolsss...
OUTDOOR
Dah tentu2 stroller ni untuk kegunaan luar... bawak anak gi shopping mall, gi ambik angin petang kat taman kannn??? Or apa2 saja aktiviti outing yang bersesuaianlah... Hik hik hik...
Ada lagi kegunaan outdoor yang uolss mungkin buat macam iolss dan mungkin jugak tak pernah terfikir... hik hik hik...
Jemur Baju Di Ampaian
Nak jemur baju takkan nak tinggalkan baby kecik seorang diri kat dalam rumah??? Baby mana boleh ditinggal bersendirian... haruslah kena pantau selalu kann??? Makanya, ambil stroller dan letakkan di dalam stroller... lega hati baby ada dekat dengan kita... Bha ha ha ... nak gardening pun boleh cenggini... Alhamdulillah, Ash tak banyak kisah... tapi kena pakai akal sikitlah nak bagi dia diam dan tak meragam dalam stroller tu... susukan siap2 bagi kenyang, atau letakkan mainan bagi dia leka atau tidurkan dia dan letak dalam stroller... lagi sonang kojo...
Basuh Kereta
Iolss kalau sempat memang akan basuh kereta sendiri.. malas nak hantar kedai... macam tadi jugak, takkan nak biarkan Ash sorang kann??? So again, stroller jugalah tempatnya... As long as Ash dekat dengan iolss... dan senang nak pantau... Tapi basuh kereta sendiri ni, memang lambatlah jadinya berbanding sebelum ada Ash... kena sulam Ash dengan aktiviti membasuh tu... basuh kereta kan lama, jadi tak semestinya dia nak tidur jer or nak duduk diam jer kat stroller tu....
INDOOR
Macam2lah uolss yang iolss buat dan sambil tu suruh Ash duduk diam2 dalam stroller tu... Basuh baju, berus baju, gosok baju, kemas rumah, mop lantai, masak dan makan... Muahahaha... segala bagai stroller jadi mangsa...
Dengan tu kerja iolss pun berjalanlah dengan jayanya... Ada kemudahan kita kenalah gunakan sebaiknya dan lenjanlah stroller tu sementara masih boleh dipakai kannn??? Sok sok kalau dah jadi muzium, muziumlah selamanya... enjoy and cherish every moment of it kann???
Ini cara iolss, setiap orang ada cara mereka yang tersendiri dalam menguruskam rumahtangga dan anak masing2 dan kalau uolss2 yang ada anak kecik tu rasa cara iolss ni boleh diterima akal dan logik and nak try jugak... cubalah... apa salahnya... ^_*... Kalau dah besar anak tu, lain pulak cara pengiraannya kann? Tentang bagaimana nak uruskan rumahtangga dan mereka at the same time...
*Dah tak bawak stroller sangat kalau outing sebab Ash tak nak duduk dalam stroller kalau outing, dia lagi prefer duduk dalam baby carrier dia... ha ha ha... Stroller tu jawabnya tunggu besar sikitlah baru bawak...
Kena bijak dan kreatif bila dah jadi mummy ni Farah.
ReplyDeleteTapi kakak dulu lebih banyak mendukung dari guna stroller.
kalau biasa tak apa kak, dukung sambil2 buat kerja.... Farah ni tangan tak berapa nak kuat sangat... lagi2 Ash boleh terasa bila dukung dia...
Deletedengan ada stroller ni, dapat lah mummy buat kerja lain kan..nanti dah besar boleh berjalan tak gune sangat dah stroller tu :)
ReplyDeletetengah bayangkan, kalau berjalan mummy sibuk buat kerja ke sibuk kejar dia... ha ha ha...
Deletememang takleh ditinggalkan baby kalau kita sedang buat keje.Tulah gunanya stroller kan :)
ReplyDeletebetul kenit, salah satu cara nak baby sentiasa dekat dengan kita...
DeleteYer la..baru tahu pasal kegunaan kat dua tempat yg akak bagi tahu tue.. semasa jemur kain n cuci kereta.. kenapa la sblm nie tak terpikir pn yer..btw kreatif la akak..=D
ReplyDeletebila dah biasa buat semua sendiri, tu yang boleh tersampai idea tu farah...ha ha ha...
Deletesenang guna stroller kalau kita nak keluar beli barang dan sebagainya,
ReplyDeletebetul tu ija... pakai baby carrier pun senang juga...
Deletemmg selalu guna stroller cam ni masa anak2 masih bayi lagi.situ mama situ lah stroller.lagi satu barang ni dah jadi mcm turun temurun..dari abang hingga ke adik guna stroller yang sama..
ReplyDeleteyelah kalau selagi elok dan boleh digunakan kita gunakanlah ye tak?
Deletedulu masa Adam kecik sekejap jer guna stroller.. tak suka duduk dalam stroller huhu..
ReplyDeleteni samalah juga penyakitnya ni si Ash, tapi yang dia tak suka duduk dalam stroller tu kalau pergi berjalan kat mall or outing.... kat rumah ok pulak... hu hu hu...
Deletesama ngan akak la dik...tp x ingat la mana ntah stroller Dania tu...
ReplyDeletedania dah bosar dah jadi anak daro dah pun kak, tentu2lah tak ingat kat mana ...he he he...
Deletesaya banyak guna baby carrier sebab kete comel..nak berbelanja susah..
ReplyDeletelama kelamaan iolss pun prefer baby carrier Mar...
DeleteMak akak jaga cucu barunya pun guna stroller sebab tangan tak berapa kuat. Pergi dapur ke, solat ke, apa ke..semua pakai stroller. Heheheheheh. Janji, kerja siap kan.
ReplyDeletebetul tu kak, janji kerja siap kak... he he he...salam jumaat kak...
Deletea'a kan. banyak kerja yang mummy boleh settlekan..
ReplyDeletememang banyak kerja yang mummy boleh settlekan ros.... mudah jadinya...
Deletewah.. Ash dah berjalan merata tempat lea kalau dah ada stroller tu yea.. heee
ReplyDeletesegenap pelusuk rumah semua dia jalan...
DeleteX pnh plak guna dlm.umah stroller tuh wlupun beranak dua dh.. Hihi... Kreatif akk...
ReplyDeleteterpaksa jadi kreatif maria...hik hik hik... kalau nak kerja berjalan dan tak nak rumah serabut...
Deletewahhh best la plak stroller nie kan sis ada byk kegunaannya :)
ReplyDeletemacam2 boleh digunakan...
Deletekalau dah ada baby tu buat kerja pun kena cepat...kalau tak mesti berperang punya.....nak makan laju jer.......
ReplyDeletesonang keje mummy nye kan..lebih baik macam ne daripada di biarkan sendiri..malang tak berbau..
ReplyDeletehihi..kalau kat sarawak nie..jarang depa pakai
ReplyDelete