Memisahkan Anak Dari Tempat Tidur...

Farah Waheda Wahid
18
Macam nilah gayanya Ash tidur... nak berpeluk dengan mummy... Kalau tak peluk dia mesti dia gelisah... Anak manja mummy ni uolss... memang manja dan sangat manja... Hu hu hu... Tapi at times mummy ada haipp haipp jugak... Manja tak salah manja, tapi ada masa kita kena tegas betul tak??? Yang tak betul tu tetap perlu diperbetulkan... 

Buat masa sekarang, ni lah bantal busyuk mummy... Yang mummy peluk tiap2 malam and during nap kalau hari mummy tak work. Tapi, bukanlah selama2nya Ash boleh tidur bawah ketiak mummy ek??? Bila sampai masanya nanti, Ash kena tidur sendiri jugak... dushhh mesti mummy yang rindu ni nanti... hik hik hik... biasalah mummy kan over kalau pasal Ash... Anak iolss sorang ok??? Itulah intan, itulah payung, itulah berlian, itulah nyawa... bha ha ha... focus kat Ash sorang jer... jap cakap berlapik... for this time being... ha ha ha... cakap kenalah berlapik... mana tau kot tiba2 Allah nak bagi princess pulak bila dah lepas 3 tahun??? ^_*... Prince pun tak apo... kalau dah rezeki... Tapi at this moment not yet... 

Agak2 bilalah masa weolls parents ni perlu pisahkan anak dari tempat tidur???

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nur: 58 yang bermaksud: 

"Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam 3 masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak; itulah 3 masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya...")

Ayat ini menunjukkan bahawa Islam menyediakan garis panduan kepada ibu bapa dalam mendidik anak dengan akhlak mulia seperti menghormati ibu bapa dan batas serta adab pergaulan antara anak dan ibu bapa sejak kecil. Pada masa sama, Islam membimbing ibu bapa supaya menjaga batas aurat terhadap anak supaya mereka tidak melihat sesuatu yang tidak baik daripada ibu bapa mereka. 

Rasulullah SAW menganjurkan ibu bapa supaya mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan. Ia dapat dilihat daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun. Jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur." (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).

Hadis ini menjelaskan selain itu Rasulullah SAW memberi garis panduan mengenai pemisahan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila mereka mencapai umur 10 tahun. Walaupun hadis ini mengenai pemisahan antara anak lelaki dan perempuan, namun ibu bapa perlu menghindari anak daripada tidur sebilik dengan mereka. Perkara ini menjelaskan bahawa kanak2 perlu  dididik dengan pendidikan akidah, syarak dan akhlak sejak kecil supaya mereka tidak terpesong daripada ajaran Islam.  

Antara tujuan Rasulullah SAW menganjurkan perintah itu untuk menjaga keharmonian dan maruah ahli keluarga. Di samping ia bertujuan mendidik anak dan batas pergaulan antara ahli keluarga supaya tidak berlaku perkara negatif seperti sumbang mahram. Tambahan pula dengan kemudahan teknologi yang ada pada hari ini. Oleh itu, wajarlah anak2 dipisahkan dari tidur bersama ibu bapa arah adik beradik lelaki dan perempuan lebih awal daripada usia 10 tahun.

Nak pisahkan tempat tidur ni bukan kerja yang mudah jugak kannn??? Yang iolss pernah tengoklah... lagi2 kalau jenis anak2 yang memang penakut... memang banyak kerja sikitlah nak kena buat... Dan tahap serta tingkat kesabaran perlu tinggi giteww... 

So melalui pembacaan yang tidak seberapa... antara tips yang mungkin boleh dilakukan...   

1. Sediakan bilik yang selesa untuk anak2. Ini tak bermakna uolss perlu hias dengan perabot mewah segala bagai. Sebaliknya memadai bilik tersebut bersih dan kemas. 

2. Berikan masa kepada anak untuk membuat persediaan mental dan emosi. Terangkan kepadanya bahawa dia sudah besar dan perlu belajar tidur sendiri. Pastikan tidak ada sesiapa yang cuba takut2kan dia apabila tidur sendiri nanti. 

3. Persediaan mental dan emosi. Sama seperti orang dewasa, kanak2 juga memgambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sesuatu yang baru. Jadi, sebaik2nya beritahu pada anak uolss bahawa mereka perlu tidur sendirian lebih awal dari jangka masa yang uolss sasarkan.

4. Uolss boleh melatih anak untuk tidur di biliknya pada siang hari. Temankan dia terlebih dulu dan bacakan buku cerita yang memberi manfaat kepada mereka. Lakukan sekerap mungkin dan cara ini pasti dapat membantu membiasakan anak uols.

5. Ajak anak uolss menghias bilik tidurnya. Mesti excited uolss... kalau benda yang theyolls suka menghiasi ruang privasi theyolls. As example, if hero mummy ni sukakan kereta nanti, kenalah terapkan elemen permotoran dalam bilik tidurnya. And vice versa.

6. Pastikan ada ruang bermain dalam bilik anak dan pastikan hiasan bilik tidak terlalu sarat. Elakkan meletak barang2 kaca yang mudah pecah. Ia berbahaya.

7. For uolss yang ada lebih dari seorang anak dan sama jantina, katil double decker maybe pilihan yang tepat untuk jangka masa panjang, especially bagi rumah yang limited space. 

8. If baby cot masa theyolls baby boleh diubahsuai menjadi katil kanak2. So kerja uolss pun senang jugak. Uolss boleh tunjukkan bahawa theyollss tidak 'diusir' daripada tempatnya yang lama. 

9. Once dah berpindah ke bilik theyolls sendiri, kekalkan rutin tidur theyolls and tak payah nak ubah nanti confuse pulak theyolls. Biasakan dengan rutin buang air kecil sebelum tidur. Problem yang mungkin timbul, theyolls might be excited sampai susah tidur.

10. Uolss boleh melayani kerenah anak yang at first maybe akan terus bermain, keluar masuk bilik meminta segelas air, mintak uolss bacakan buku untuknua, ulang alik ke tandas, mintak teman.

11. Cuba selidiki kenapa anak uolss suka tidur dengan uolss??? Maybe takut gelap? Or jealous ke tengok adik still tidur dengan weolls kann??? Sedangkan dia tidak. 

12. Berikan theyolls something yang boleh buatkan theyolls rasa selamat dengannya. Example sleeping partner ke macam Cik Ted??? Muahahaha... 

13. Sediakan pencahayaan yang bersesuaian untuk theyollss sebab mostly anak takut gelap kannn??? Beli lampu yang fancy tu uolss mesti theyolls excited. 

14. Ha dah tidur bilik sendiri kenalah latih kemas bilik sendiri kannn??? Even though lipatan selimut tu tak kemas mana, biarkan dan bagi peluang theyolls nak perbaiki day by day.

15. Bersabar adalah kunci paling utama. Memang bukan senang dan bukannya semalam jer zas dah berjaya. 
 16. Amalkan membaca doa sebelum tidur dan surah 3 Qul. Latih theyolss untuk turut membaca doa kat atas tu setiap kali sebelum masuk tidur. 

17. Starting point, memang kena sabar banyak dan pimpin theyollss setiap kali keluar masuk bilik tidur theyolls. 

18. Lastly. boleh apply sistem reward. Such as beli sticker atau pelekat bergambar dan lekatkan di papan khusus untuk tunjukkan berapa kali dalam seminggu theyolls tidur tepat pada waktu yang ditetapkan. 

Pheww banyak step-nya kannn??? Memang nak kena banyak sabar ni... Jangan kot2 sok mummy yang tak lena tidur... Bertabahlah wahai mummy sebab tu perlu tu... bukan saja jer disuruh ye tak? Tapi tengah bayangkan macam mana Ash yang biasa berkepit dengan mummy ni nak tidur sendiri bila dah sampai masa nanti. Hik hik hik. 

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. SM NGN SY LAH ANAK SORG..ITULAH INTAN, ITULAH PERMATA..HHEEHEHE..MANJA JUGAK.KALO DH DIA NAK MAMA JE, MAMA JELAH BLH PUJUK..PAPA DIA PON XMKN SAMAN..HEHE...

    ReplyDelete
  2. saya pun dah pisahkan anak dari tidur bersama.. sian plak... hehe

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing kak wahidah..kadang2 alpa :)

    ReplyDelete
  4. Morning..hati kene cekal & kuat utk usahakan perkara ini..hoho

    ReplyDelete
  5. Kakak dah lalui semua ini Farah. Cuma anak-anak kakak senang sebab semuanya perempuan. Jadi dari usia 3-4 tahun mereka lebih suka tidur sama-sama mereka. Cuma biasa kakak tak benarkan bilik berkunci.

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing..plan mummy nak pisahkan anak dri tempat tido next year, bila zara dah tahun, tpi this year slowly tidokan dia dalam bilik, itupun bila dia dah lena. tapi kalau dia terjaga, meraung jugak..hahahah.

    ReplyDelete
  7. ash nie adh bape bulan kak? hihi sama la kite..entah2, bila dia da besar esok2, kita yg rindu nk tido peluk diorang..hihi

    ReplyDelete
  8. kenit pun daam proses mendidik kakak tidur asing-asing ngan kami. Tapi, proses ni memang perlahand an sukar dijangka. Harapnya kakak dapat tidur sendiri nanti hehe

    ReplyDelete
  9. Tiada siapa yg saya hendak pisahkan... :(

    ReplyDelete
  10. nice sharing farah...boleh dipraktikkan....

    ReplyDelete
  11. rasa macam tak sanggup nak berpisah tidur dengan anak.. sobsob

    ReplyDelete
  12. baru pisahkan anak...alhamdulillah ok...cuma kena teman la...memula teman atas katil tp sempit n panas *xnak biasakan tido beraircond* and skrg tkr teman ngan tido je atas carpet *lagi senang nak lari* BAHAHAHA...

    tp benda ni jadi if ddk rumah sndr..skrg still ddk rumah parents so nak xnak mmg kena tido skali...tp rumah sndr tu mmg siapkn blek tu utk dia la..wallpaper, katil, cadar and smua...

    ReplyDelete
  13. sampai masa kena pisahkan jugak tempat tidur untuk anak² lebih berdikari.

    ReplyDelete
  14. memang nak kena pisahkan dri tmpt tdur juga kan sis bila dah sampai masanya yg sesuai

    ReplyDelete
  15. memang banyak step nya..ape2 pon semoga berjaye lah pisahkan tempat tidur dengan ash nanti...hihii

    ReplyDelete
  16. Teori memang nmpk cam ok jer, praktikal nyer nanti .... Huh, penuh dengan rintangan ...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !