Tiba masa dah untuk balancing dan buat alignment tayar kereta iolss yang lebih dikenali sebagai Baby Mia. Masa untuk membelai Baby Mia pulak sambil2 belai Ash. Muahahaha... focus utama haruslah Ash kannn??? Tiada yang dua melainkan yang satu. ^_*...
Makanya hari ni nak bercerita dengan uolsss pasal balancing dan alignment tayar kereta. Masuk kelas automotif sekejap kita. Pada yang dah tau sekadar bahan bacaan santai jer lah yer? Pada yang baru nak kenal2 selok belok dunia kereta... meh belajar meh...
Kita selalu hantar kereta untuk proses balancing dan alignment... ker uolss tak pernah hantar? tapi adakah kita sebenarnya faham proses tersebut. Kita kena faham ok uolsss especially ladies... untuk elakkan kita minta sesuatu perkara yang kita sendiri tak faham or kita dicaj pada benda2 yang bukan2 yang kita ni jadi tukang ikut jer dan tukang bayar jer.
Bila kita hantar untuk balancing dan alignment kadang kala ianya amat berbeza antara satu bengkel ke bengkel yang lain. Kalau uolss tak percaya cuba uolss bawak ke bengkel A dan the next one punya session uolss bawak ke bengkel B pulak. Jawapan dan cara penyelesaian pasti berbeza.
APA ITU BALANCING???
Balancing adalah proses di mana berat tayar diseimbangkan untuk seluruh bahagian/sudut dengan cara menggunakan pemberat (sejenis timah akan dipasang pada bahagian yang mempunyai berat tidak seimbang).
APA ITU ALIGNMENT???
Alignment adalah proses untuk mendapatkan Toe dan Chamber.
APA ITU TOE???
Toe adalah sudut yang dikehendaki untuk kedudukan tayar (ia diukur dari centre wheel dan di-set-kan kepada spec/standard yang digariskan oleh pembuat kenderaan tersebut). Biasanya computer yang ada di bengkel mempunyai spec tertentu mengikut model kenderaan kita. (cuba uolss lihat pemain ski... bahagian depan bilah ski biasanya akan dikuncupkan sedikit untuk gerakan yang lebih stabil semasa pemain ski meluncur di atas salji).
APA ITU CHAMBER???
Chamber adalah sudut tauar dengan paksi bumi dan ia juga dikira dari centre wheel, biasanya kebanyakkan tayar mempunyai kecenderungan sudut 91 darjah minimum. (maksudnya tayar akan kembang sedikit pada bahagian yang memyentuh bumi/jalan).
Perkara asas yang weolls patut tau semasa weolls membuat alignment atau balancing ialah:
1. Mesin yang digunakan oleh bengkel telah diselenggara dengan betul (calibration)- ukuran bergantung sepenuhnya pada ketepatan mesin.
2. Alignment hendaklah mengikut spec/standard jenis dan model kenderaan.
3. Jika berkesempatan catitlah Toe dan Chamber yang standard bagi kereta weolls.
Bebelan tambahan iolss...
Ada masanya weolls diarankan supaya membeli screw chamber yang berharga RM50.00 plus minus sebijik. Tau tak uolss berapa harga sebenar screw tersebut kalau kita beli directly dari supplier atau spare part shop? Harganya cuma RM10.00 (bergantung kepada model)
Untuk model yang menggunakan Mc-prsn. suspension ianya boleh di-adjust pada tieros end tanpa memerlukan alat tambahan. (if tak boleh adjust pasti pihak pengeluar kenderaan telah jadikan part tersebut sebagai standard part).
Terdapat juga bengkel membuat balancing secara manual di panggil on wheel balancing...ianya bagi iolss lebih bagus sekiranya keadaan bengkel tersebut sendiri tidak mempercayai mesin balancing yang ada.
Macam mana untuk mengetahui balancing kereta weolla bermasalah...biasanya bila weolls memandu keadaan kereta akan terasa bergegar pada kelajuan sekitar 80 - 100 km/jam bergantung berapa teruknya balancing kereta tersebut tetapi bila tambah kelajuan ada ketikanya ia hilang sementara.
Bagaimana untuk mengetahui alignment kereta weolls bermasalah...tengoklah tayar weolls yang makan sebelah dalam atau luar,cuba lepas steering semasa weollss memandu(seketika sahaja) adakah bergerak lurus atau seperti ketam.
Kereta weolls...weollss. yang lebih memahaminya. Jangan tau lenjan jer ye tak??? Memang cepat ler jahanam kereta.
*Tengah tunggu Baby Mia siap balancing dan alignment.
asben ada pernah cerita pasal benda ni secara ringkas.. Itu pun rasa blur-blur ayam.. huhu
ReplyDeletemula2 memang blur... lama2 nanti oklah... ^_^
Deletemmg penting sgt buat ni farah, sbb melibatkan tayar kan !
ReplyDeletebetul tu kak KA bahaya kalau tayar tak diselenggarakan dengan betul...
Deletehahahaha... u know what... you remind me of 'Data' dalam Star Trek.. hahahahaha
ReplyDeleteamboiii sampai ke situ...
Deletememang penting buat balancing... supaya kereta tidak terbabas bila terlanggar lopak air atau lubang....
ReplyDeleteboleh terbabas ek kak? he he he tak pernah farah tau... ok noted...
Deleteterer la awk..sy xtahu ape..reti g bengkel ckp je nak balancing dan alligment hehehe
ReplyDeletesaya pun belajar pelan2 jer...
Deletealignment balancing memang perlu lagi2 kalo kete slalu jalan tak rata..tak sedap bawak kete..
ReplyDeletebetul kita boleh rasa bila bawak kereta tak sedap kannn???
Deletegood sharing..:)
ReplyDeletesama2 kita berkongsi ilmu yang bermanfaat...
DeleteAkak selalu alert mengenai tayar kereta...
ReplyDeletememang penting untuk alert kak...
DeleteBab kete ni tak pandai lagi....pandai bawak je..hehe
ReplyDeleteye ke tak pandai? lama2 pandailah...
DeleteMmg bhya jika x buat.. Nnt tayar cepat haus dan blh bg kesan pd stereng... Hehe.. Suami kaki kete tu yg thu bab2kete ni...
ReplyDeletebagus kita ambik tau ni maria dari tak ambik tau langsung...at least kalau terjadi apa2 kita tau nak rectify macam mana in case kalau tak ada orang nak tolong kita time tu kann???
Deletesetiap kali servis perlu buat balancing :)
ReplyDeleteAku buat balancing/ aligment setiap 5000km baru sedap drive
ReplyDeletekalau bli tyr bru kne buat balancing gk ke? sori la x phm sgt bab tyr ni..bln lps dh tukar 2 tyr..ni nk tukar lg dua..
ReplyDeleteYe. Terlambat allignment tu ari... tyr depan dan abis bunga sebelah dalam, asik nampak bunga luar ok je, x perasan belah dalam da haus. Syg, baru 6 bulan tyr depan tu. Patut leh guna 2~3 tahun
ReplyDelete