![]() |
Source Extracted from Google |
Bebudak sekarang kannn??? Macam2 gadget, macam2 kecanggihan yang ada... baby walker ni bukanlah satu gadget baru, dah lama dah pun cumanya baby walker zaman sekarang ni advance lagi dengan pelbagai benda giteww, contohnya baby walker from Fisher-Price yang iolss kidnap jap dari Kak Google jap tadi ni. He he he...
Otak iolss ni kannn sentiasa berjalan berfikir, biasalah mummy2 kann??? As their babies growing memang macam2 perkara yang difikirkan... what's next??? Ha itu adalah salah satu light bulb dalam kotak pemikiran seorang mummy... betul tak??? Walaupun masih jauh lagi rasanya (jauh tak jauh jugaklah)... Ash mungkin memerlukan baby walker... tapi dah start fikir dah sekarang... Bha ha ha.... Cumanya, one of my BFF tak recommend iolss letakkan Ash di dalam baby walker. Katanya tak bagus untuk baby. Nanti baby lambat berjalan. Hurmm... Jadi mummy2 ni, kena banyak buat research sebenarnya sebelum mengambil sebarang keputusan dan juga kena banyakkan pembacaan...Ibu baru belum ada pengalaman kann??? Biasalah zaman berubah, semua orang berlumba2 nak jadi abah dan mummy berilmu giteww... Kan ilmu ni tak limited? Luas dan mencakupi pelbagai aspect of life. Poyo jer ahakss...mak2 weolls dulu ok jer besarkan dan jaga weolls ye tak???
Makanya, sibuklah mummy Ash ni men-Google sana sini mencari maklumat tambahan...
Terbaca dari satu sumber di SINI
Keburukan Baby Walker
1. Daripada tahun 1990 - 2001, sebanyak 200,000 kes kecederaan kanak2 dilaporkan di AS berkait dengan baby walker. 3/4 daripada kes2 ini disebabkan jatuh tangga.
2. Pada tahun 1997, AS menetapkan garis panduan kepada ciri dan rekabentuk baby walker seperti ianya mesti besar supaya ianya tidak boleh melepasi pintu atau tangga, dan mempunyai alat penahan ('brake') apabila hendak terjatuh. Selepas tahun 1997, semakin kurang bayi yang terjatuh dari tangga. Malah, kebanyakan kejadian jatuh tangga hanya melibatkan rekabentuk baby walker yang lama (tidak menepati garis).
3. Baby walker tidak membantu kanak2 untuk berjalan dan melambatkan sistem tumbesaran otot, motor dan mental.
4. Di Kanada, hukuman denda dan penjara dijatuhkan kepada mereka yang mempunyai baby walker. Di AS juga, para pakar kanak2 menggalakkan pengharaman baby walker.
Dan dari satu sumber lagi di SINI ...
Walaupun walker dilihat mampu membantu anak berjalan, tetapi hakikatnya lebih banyak keburukan kepada perkembangan tumbesaran bayi yang menggunakan walker. Penggunaan walker hanya melambatkan perkembangan motor tubuh anak dan lebih teruk ia melambatkan perkembangan mental bayi.
Walker memang mampu memberi kebebasan bergerak kepada bayi tetapi bahayanya kemalangan turut mudah berlaku. Antara kecederaan yang disebabkan walker termasuk cedera kepala, patah tulang, patah gigi, melecur, jari tersepit, bayi terjatuh dari tangga atau bayi mencapai objek berbahaya yang panas, berat dan beracun.
Secara semulajadi, bayi yang normal akan mencapai perkembangan kemahiran anggota badan, kaki tangan selain meregang, berguling dan merangkak. Biasanya bayi akan berusaha untuk mencapai matlamat mereka memegang objek yang mereka inginkan. Usaha tersebut merangsang perkembangan kemahiran pergerakan tangan dan kaki mereka. Namun, penggunaan walker telah merampas pembelajaran semulajadi motor tubuh bayi. Walker menyebabkan bayi berdiri tidak kena pada masanya, tanpa belajar pergerakan lain dahulu, ini menyebabkan bayi lambat berkembang dari segi mental biarpun selepas mereka pandai berjalan sendiri.
Bayi yang menggunakan walker ini menunjukkan perkembangan 10 bulan lebih lambat selepas tahu berjalan. Salah faham ibu bapa berkenaan walker harus dibetulkan. Ia bukan mempercepatkan perkembangan bayi sebaliknya terdedah kepada bahaya dan mencederakan bayi.
Bayi perlu belajar meniarap, merangkak dan berjalan sendiri bagi membantu perkembagan fizikal dan mental yang sihat serta menjadikan mereka lebih bijak. Cara terbaik membantu bayi berkembang dengan cepat adalah meletakkan bayi di atas permaidani atau tilam nipis supaya mereka boleh berkembang mengikut kadar sendiri.
Hurmm, setakat yang iolss baca semuanya negatif jer ni, belum ada yang positif ni... bila dah baca ni, rasanya macam tak jadi jer...ahaksss...tak naklah nanti tumbesaran otot, perkembangan motor tubuh dan mental Ash jadi lambat... macam yang artikel2 ni semua dok cerita... hurmm... (hurm lagi...ahaksss)... Tapi iolss sure mesti ada di antara uolss akan kata, tak adalah, elok jer ok jer...Yelah uolss kan ada pengalaman dulu dari iolss...hik hik hik... Bila dah baca macam ni kann??? Jadi contemplating pulak uolss...If ianya memudaratkan baik tak payah ye tak??? Kalau boleh elak kita elaklah ye tak??? If tak memudaratkan tak ada masalah kot??? Cuma sebelum buat keputusan kena fikir untuk jangka masa panjang jugak... (berapa banyak ye taklah iolss ni... hu hu hu)
*Beratnya ke arah macam tak payahlah Ash... Kita guna cara semulajadi ek nak??? Hew hew hew...

Assalammualaikum... farah,
ReplyDeletebila mselim3 baca entry nie... selepas dikaji2 rupanyer baby walker nie lebih banyak keburukan daripada kebaikan kan.. penggunaan babywalker nie tak perlu sebenarnya kan. jika lebih banyak keburukan...
mselim3
wsalam mselim, itulah...sebab kawan dah advise jangan masukkan dalam baby walker kalau boleh itu yang cuba mencari informasi tentang baby walker ni, now dah contemplating dah mselim...
Deletegreat info
ReplyDeletesama2 kita berkongsi dan berdiskusi... *_^
Deletegood info..
ReplyDeletesendiri nak experience, kenalah cari info babe, lepas tu boleh kongsi mana yang patut...he he he... *_^
Deletebagi aida, yg da beranak 3 ni ~ ke arah kemalangan tu memang byk la. ibu ayah penjaga kena pantau. jgn la ada tangga or apa-apa bendul. pepaham la anak-anak tu akan ke arah situ kan. make sure kawasan tu selamat.
ReplyDeletethen, bila anak kita da cerdik. dia da boleh panjat walker tu. anak aida sendiri pernah keluar dari walker, aida terkejut. tadi dlm walker, sekarang da walk???!
actually dari sudut positif nyer, walker boleh membantu kekuatan kaki baby. just jgn terlalu awal dok kan baby kat walker. nanti effect tulang belakang baby!!! bila dia da cukup tegap, da berdiri, just belum berjalan, boleh da letak kan walker.
:-) apa pun, ibu ayah kena pantau ketat-ketat!!!
pokok pangkalnya parents yang memainkan peranan yang penting kan aida?
Deleteluth dah masuk 9buln..tp belum jalan..
ReplyDeletesb ma kita ckp, kita 8buln dh jln..jd kita rasa Luth dah kalh..huhu..
sepupu2 tnya tk beli walker ke.. kita teringin sgt2..tp enth x jd2 nk beli. tahu ada bahaya, tp mcm kita ni blik kerja nk berdukung je walker my leh bantu.. bkn kita nk letak dia 12jm pun.. sekejp2 ok kot. ank pun tak nak je duduk dlm tu..
since luth dah bertapak sendiri cuma x leh jaln sendiri, rasa beli pun dah x lama pakai kot.
kalau ada sapa nk bg pnjam boleh lah kot..
tulah bila fikir2 balik kalau dia pakai sekejap jer, macam rugi pulak nak beli...
Deletebetol kak.. better tak yah guna .. saya 6 beradik membesar tanpa baby walker semua nya berjalan cepat masa kecik dulu hehhee :)
ReplyDeletetulah tu bila fikir2 balik macam tak ke arah tu jer... cam risau pulak bila dah baca dan tau ni....
Deletegood info ni...fyi jugak..Dania naik kejap je menda ni masa umur 7 bulan...then umur 8 bulan dia dah pandai jalan..dia dah x nak naik dah...at last bagi kat orang
ReplyDeletemacam sayang jer kan kak? sekejap jer pakai....
Deletebetul tu, baby walker ni mmg tak berapa elok, nyesal gak beli dekat irfan dulu, selamat beli yang murah, kejab jer pun guna sbb irfan suka memanjat kuar dari walker tu, bahaya betul ! hehe
ReplyDeletetulah bila dah baca2 ni, jadi cam ok, terbantut jap cita2...muahahahaha....
Deletebahaya jugak ke.. tak pernah pulak terpikir pulak... ape pun yang penting pemerhatian...
ReplyDeletedaripada apa yang dibaca begitulah ceritanya....
Deletesepanjang husna ikut life anak2 blogger nih tak ramai rasanya yg letak baby diorang dalam walker.. cth kathyjem, dr halina, ben ashaari..
ReplyDeletesetiap parents pasti nak kan yg terbaik buat anak2 mereka kan..:)
memang rasanya tak ramai pun husna...
DeleteKena hadkan kawasan baby utk berjalan. Kalau kawasan baby berjalan ni terlalu luas,kemungkinan utk mereka terjatuh akibat gelincir yang laju memang boleh terjadi.
ReplyDeletethanks for the tips kak, noted...
DeleteHuhu..To me kalo parent leka/lalai mmg la membahayakn anak2..Dieorg buat walker bukan utk ibubapa bg kepercayaan penuh pada benda tu. Qaisara dulu pun ada walker. Saya just berani letak anak dlm tu bile waktu umur dia 6-7mths.Alhamdulillah xde masalah ape2..Kalau tau die dlm walker, siap sedia la ketengahkn brng2 yg boleh anak kecil tu capai. SOMETIME, walker ni berguna jgk utk parent. Yg jadi negatifnya is bile parent terlalu percayakan walker tu boleh handle ke"lasak"kan anak2 kite utk explore segenap ruang..Same goes kalo kite biarkan anak2 kecik merangkak..sedar je dh bwh meja..mcm kes yg bayi mati sebab terkena renjatan letrik blkg rak tv dulu. Itu yg jadi mcm2 kes.hoho. Semua benda ada baik & buruk. Kite as parent je kene pandai gunakan pd anak2. Tapi, kalo x yakin, better x perlu beli.. Nanti kot2 menyesal plk..hoho.Pjngnye komen..haha
ReplyDeletetak per panjang pun, iolss tak kisah, lagi suka adalah... tulah dear, sometimes ada parents yang tersilap faham konsep...
Deletekalau ada pengawasan Fiza rasa tak pe.. yg jadi masalah bila baby tu dibiarkan jer..
ReplyDeleteto be honest kan fiza, iolss tak beranilah nak biarkan Ash macam tu jer sorang2...
DeleteAIda tak rasa pulak kalau Baby Walker ni melambatkan proses untuk berjalan..sebba Alhamdulillah semua anak-anak aida berjalan tepat pada waktunya..hehe..mungkin terpulang kepada pandangan masing-masing jugak kot Farah.. :)
ReplyDeletemungkin jugak kot aida?
DeleteKak Alycia pun bagi Adam masuk walker bila Adam dah start bole berdiri dan panjat2..
ReplyDeletepada pendpt sy lah kan..walker ni sesuai kalo baby tu dh pandai duduk sendiri..bukan duduk yg didudukkan oleh org dewasa..phm x?? Sbbnya kalo dia dh pndi duduk sndiri bermakna tulang blkg dia dh kuat so memang sesuai ltk dlm walker utk latih kaki dia berjln..tp yg jadi mslh skrg sbbnya manusia2 yg xreti bahasa dan otak ltk lutut.anak baru umo 2,3bulan dh ltk dlm walker...ape kejadah kan? huhuhu... (emosi lah iolsss) hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah, semua anak akak tak pernah naik walker dan semuanya ok...Terpulang kan, pada ibubapa, kalau di pantau pemakaiannya mungkin ok kut
ReplyDeletedulu baby asy pun ada walker, tapi tak selalu naik sangat sebab dia suka lagi bebas menerewang atas lantai.. hehe
ReplyDeletekalau lebih banyak keburukan, so gunakan cara tradisional je la jawabnya kak
ReplyDeletebru tau sal benda ni..biasa org kate nk baby cepat jln buh dlm walker...selama ni tak pernah amek tau pun pasal walker ni....tapi biasa baby pun x suke duduk dlm walker ni...
ReplyDeletebetul tu,, kalau ada byk keburukan, baik x yah beli,,, lgpun guna sat je.. kalau anak ramai maybe la sbb momnya bz..
ReplyDeletebaru lya tahu mengeni artikel nie..rasanya tak payah la kan sis :)
ReplyDeleteSetuju sangat...time bg mkn baby jer baru masuk dlm walker itu pun bila baby dah besar sikit dan kuat
ReplyDeletetak perlu rasanya walker.. sbb baby kekadang rasa rimas duduk dalam tu.
ReplyDeletejumat duit kann
Wow, info baru tahu ni, Tak payah beli walker hehe
ReplyDeletepon masih t'pk2 nk beli ke x baby walker.xtau klau abah Aqil tetiba bw blk walker...tpksa la guna gak...hahahaha
ReplyDeletebetul juga farah..teringat ank buah shida tergolek dr tangga dgn walker2 ni skali..sebab terlalu laju dia terbabas terus jatuh tgga ksian huhuu :(
ReplyDeletebetul tu..kita kena berhati2 & pantau budak2 tu..
ReplyDeleteBg sy walker tak buruk sbb alat dicipta utk.mudahkan kita..tpi kita kna la thu guna alat tu sbaiknya..
ReplyDeletebaby saya x suka msuk dlm walker... jadi.. tersimpan saja dlam store...
ReplyDeleteSeronok baca komen2 ni..bby saya tak pakai walker n lambat jalan..semua sibuk nak suh beli walker bagi dia cepat jalan..sebenarnye bby dh lama ble jalan, cuma pgg sblh tgn ummi dia slalu..takut jatuh..tapi sbb selalu merangkak tgn bby jadi kuat..kal au tampar org ble pitam kot..hahaha
ReplyDelete