Etika Ber-BlogWalking & Komen Mengomen

Farah Waheda Wahid
35
Source Extracted from Google
Tiba2 kannn nak bubbly2 pasal blogwalking dan komen mengomen... Hurmm... DISCLAIMER: Entri ini tidak berniat untuk menyentapkan sesiapa dan juga bukan nak bajet bagus atau perfecto ok??? Kena siapkan disclaimer dulu, tapi kalau orang nak kecam kecam jugak, ada theyollss kisah??? Hu hu hu... Dan sila belek sama ada ini entri ada bunyi macam orang meroyan ke tidak? ahaksss...

Blogger dengan blogwalking dengan komen memang sinonim kannn??? Boleh dikatakan sebagai blogger hampir setiap hari kita akan blogwalking dan menjalankan aktiviti komen mengomen. Tak kiralah hampir 50% blog blogger2 lain kita cover ataupun hanya seketul dua... Masih dikira blogwalking dan komen juga kannn??? To be honest, kalau uolss tanya iolss kenapa iolss rajin blogwalking dan komen mengomen, erkss rajin ke??? bha ha ha... Iolss memang suka blogwalking dan komen mengomen...membaca satu kisah demi satu kisah, satu entri demi satu entri...seronok!!! sambil2 nak tambah ilmu pengetahuan dari pengalaman orang2 lain, membaca peringatan2 yang disampaikan dan juga mengeratkan ukhuwah dengan uolss... Dunia blogger ini tidak akan dapat berdiri dengan sendirinya tanpa kehadiran blogger dan juga readers ye tak? Dan juga stalkers... oopsss....Segalanya simbiosis.... Dan yang paling utama, iolss tak pernah letakkan kasta dalam ber-blogwalking ataupun nak komen mengomen ni... hu hu hu... Provided, uolss mesti menyediakan waktu khas untuk melakukan segala aktiviti ni yer? Jangan sampai mengganggu waktu kerja dan juga jangan sampai menjejaskan periuk nasi sendiri... (bagi weolls2 blogger yang bekerja ni lah)....

Tapi, dalam ber-blogwalking dan komen mengomen ni ada juga etikanya yang tersendiri bagi iolsss...Bagi uolss iolss tak taulah kann??? Apakah yang iolss dapat gambarkan sebagai etika ketika ber-blogwalking dan komen mengomen yang iolss tetapkan KPI untuk diri iolss serta sentiasa ingatkan diri iolss.... 

BER-BLOGWALKING & KOMEN MENGOMEN DENGAN IKHLAS
Bagi iolss lah, dalam setiap apa yang kita lakukan kita perlulah ada nawaitu yang baik dan betul ye tak? Blogwalking dan komenlah dengan ikhlas dan bukannya kerana mengharapkan sesuatu daripada apa yang weollss buat tu. Blogwalking dan komen dengan ikhlas tanpa mengharapkan blogger lain datang berkunjung dan juga komen juga di blog weolls sepertimana yang weolls sering buat pada mereka. Bila kita ikhlas, tak timbul soal... "aku penat2 blogwalking dan komen kat blog diaorang, diaorang tak datang pun singgah atau komen kat blog aku..."... sentap di situ bunyinya dan lain bunyinya di situ ye tak??? Macam dah lari tujuan asal berblog... Weolls kena ingat dan weolls kena faham, tak semua orang mempunyai waktu dan mempunyai ruang yang mencukupi, ada kalanya theyollss langsung tak ada kesempatan itu...sama juga seperti weolls, ada kalanya dalam hidup weolls ni, weolls akan busy dengan perkara2 lain. So jangan mengharap... buat setiap perkara dengan ikhlas... 

Weolls juga perlu ingat, tak semua orang boleh masuk dan digest apa yang kita post sebagai entri, dan tak semua orang tau atau ada pengetahuan untuk komen tentang apa yang weolls post...Adakalanya mereka membaca, tetapi mereka sekadar membaca kerana tak tau nak komen apa. Se-gila blogwalking mana pun weollss, se-gila komen macam mana pun weolls, se-gila nak trafik dan komen dari orang pun weolls, selalulah berhati ikhlas dan letakkan diri weolls di tempat orang lain. Janganlah jadi blogger yang pentingkan diri sendiri. Hu hu hu... 

BER-BLOGWALKING & KOMEN YANG TIDAK TENTU ARAH
Nak ber-blogwalking dan komen semua orang boleh buat... Kadang2 komen2 yang ringkas itu padat dan tepat pada isi, tapi ada juga keadaannya di mana komen yang ringkas tidak ada kena mengena langsung dengan intipati sesuatu entri. Vice versa juga dengan komen yang panjang lebar giteww. Seolah2 sekadar ber-blogwalking dan komen yang ambil sedap dan ada2 ajer.... Hurm... cuba bayangkan apa perasaan blogger yang dikomen tu? Sebab ada blogger yang jenis senang tacing tau uolss...ahakss...akak ko ni tak kisah, semua IN jer... so uolss are free to comment anything....Erm.... erksss.... etika blogwalking dan komen dah lari sikit di situ konsepnya....

BAHASA YANG DIGUNAKAN
Lain orang lain cara penerimaannya, dan lain orang lain cara komennya ye tak??? So, salah satu perkara yang perlu diambil kira dalam meninggalkan komen adalah bahasa kita...bersesuaian tak dengan orang tu... takut2 lain maksud kita, lain pulak yang difahaminya... hu hu hu... so kenalah ada sensitiviti di situ...

Masing2 ada pendapat masing2 dan kriteria masing2, ini sekadar pendapat dan pandangan iolss... apa yang iolss nak sampaikan di sini adalah ikhlas melakukan dalam setiap perkara. Setiap orang pasti tahu apa yang mereka lakukan dan setiap orang pasti punyai cara2 mereka yang tersendiri betul tak??? Asalkan niat dan nawaitu betul itu dah memadai....

Post a Comment

35Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. errr... tak tahu nak komen apa huhuhu... sebab semuanya diterangkan dengan baik... :D

    ReplyDelete
  2. betul tu..sgt2 setuju..etika nak mengomen ni kena jaga..especially sensitivity bukan main belasah je....

    ReplyDelete
  3. baru lya tahu ada etika juga nak komen & blogwalking nie ya sis..kekadang lya singgah baca kat blog sesorang tu tpi ada juga yg lya tak tinggalkan komen sbb tak tahu nak komen apa..tapi kalau nak komen tu biarla ikhlas kan sis :)

    ReplyDelete
  4. cik akak pon...kalau tak de idea nak komen..cik akak memang tak komen..hihi....
    kalau rajin cik akak komen semua yang terlepas..hihi

    ReplyDelete
  5. hurm. kena jaga jugakla kan etika kat dunia maya ni,hehe.

    ReplyDelete
  6. yup..nak komen bia ikhla skne baca dgn ikhlas..baru la tahu pokok pangkalna kan kak..tak la tetiba dia p komen tentang lain pdhl entri kita 100% lain..

    ReplyDelete
  7. komen dari jauh nie....selalu berhati-hati meninggalkan komen...hati kena jaga beb...jangan main belasah jer....

    ReplyDelete
  8. yg ni mmg shark serender..
    suka komen main belasah jer.
    heheh..
    tp cuba jugak ler x melalut bukan2.

    ReplyDelete
  9. alah.. kite ade salah komen ke erk??? soriiiii..

    erm.. kite balas komen sape yang tinggalkn jejak kat komen kite jek.. * paham ke tidak ni??? hahaha

    ReplyDelete
  10. kite perasan farah mmg rajin blogwalking and tinggalkan komen.. sbb beberapa hari lepas kite tak berblogging, anak sakit, byk entry schedule je. tp farah komen gak walaupun kite tak blogwalking. terharu tau.. hehehe

    ReplyDelete
  11. terbaekk kak farah.. :) akan cube diperbaiki di masa akan datang.. :) peacee..^__^

    ReplyDelete
  12. Yup.. Yg penting ikhlas tnp harapkan blsn...

    ReplyDelete
  13. betul poin Farah, yang penting kena ikhlas. Jangan rasa terpaksa nak komen sesuatu entri (^_^). Nice sharing dear :D

    ReplyDelete
  14. yup..setuju dgn entri ni dear.. blogwalking dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan..

    ReplyDelete
  15. Saya tak kesahlah orang nak komen apa (jgn komen spam dah le)...tapi bila ada yg selalu datang komen tiba2 tak muncul2, timbul pula kerisauan dihati...

    ReplyDelete
  16. salam, yeeaahh farah memang betul tu point yang kat waktu tu, bagi is hari2 bila is bz nak blogging pun xder masa, pala pening, badan penat so nak happy kan hati adalah bw, bukan pasal harapkan orang datang balik ke blog is, just is suka baca entri orang, idea orang mana tau leh steal ker ahak idea korang tu kan, then is shout je untuk jejak sebab nak komen kekadang Google Chrome nie wank sikit bila is tekan publish button dia cakap connection error, kekadang kena relogin kekadang plugin so jejak kasih kat chatbox je lah, terpulang pada owner blog yg is tnggalkan jejak tu nak dtang balik ke tak no problem, is bw for fun only. :)

    ReplyDelete
  17. komen KA ikut mood & keadaan, kalau n3 leh masuk pjg ler komen nyer,, kalau rasa cam beku je otak time tu,,, komen lebih kurang ajelah, kalau busy komen hai2 bye2 lah hehehe

    ReplyDelete
  18. betul..kak mv sebenarnya tak kisah tapi kalau boleh biarlah bersopan santun..hihi..sebab tue BW sehari tak sampai 20 blog pun..huhu

    ReplyDelete
  19. tetibe singgah sini marah2,takpun sindir2...

    nampak sangat org tu ada masalah jiwa...tol tak?

    ReplyDelete
  20. ye, akk kenal farah pun sebab farah rajin bw dan komen di blog akak.. thats why akk suka berkunjung ke blog farah jugak hehe...

    by the way, the most important thing is komen dgn ikhlas dan guna bahasa yg sesuai... kan bahasa menunjukkan bangsa ;)

    ReplyDelete
  21. kalau entry boleh masuk kepala mmg suka tinggalkan komen tp kalau xleh ianya sekadar jadi bhn bacaan..mcm silent reader :)

    ReplyDelete
  22. hehehe sy jer yg jarang komen n blogwalking...bz bz :p
    per pun mmg terbaik lah...tp jangan tacing tacing yerrrrr ;p

    ReplyDelete
  23. Setuju...
    sebab tu lah aku letak warning...cehhh bukan warning tapi ingatan mesra supaya letak komen yang tak sakitkan hati tuan blog dan kawan2 yang lain :D

    ReplyDelete
  24. Dtg dr fb sbb tertarik tgk tajuk..hihihi.btulla tu kak farah yg penting jgnla nk hrap berbalas sepenuhnya sbb masa pon xsama kan.yg penting ikhlas kunjungan tu datang membawa perkhabaran.hahaha.gitu gayanya :p

    ReplyDelete
  25. i allss pun tak mengahrapkan apa-apa..i alss memang suak berblogwalking..hehe..suka datang blog kak farah tau...aumm..tapi kadang-kadang kalau buzy terlepas entry..

    ReplyDelete
  26. Saya tak kisah klu org nak komen apa asalkan yg baik2 lah & asalkn jngn yg spam. Cuma sikit boringlah dgn segelintir je yg komen tp bukan komen.. yg buat promosi tanpa komen, cerita entri dia kat komen kita, siap ada "jom baca selanjutnya >>>>" lagi.. apalah..
    Tp klu yg komen ok & tinggalkn link saya masih ok lg.. tak kisah sgt asalkn bukan spam..
    yess.. etika mmg kena ada & maafkn saya sekira ada salah silap mengomen kat sini.. :) :)

    ReplyDelete
  27. harap harap apa yang fiza komen selama ni menepati criteria. :)

    ReplyDelete
  28. Dah betul sangat tu farah....eloknya biar komen yg ada kena mengena dengan isi...tapi tak boleh nak paksa orangkan... so, Okje...... OK jer.....hehe

    ReplyDelete
  29. info berguna thnxs for sharing :D

    blogwalking:http://joywanabe.blogspot.com/

    ReplyDelete
  30. jom jalan2 blog saya di

    http://www.wanfar.com

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !