![]() |
Source Extracted from Google |
Warna memberi kesan kepada emosi ok uolss??? Rasanya ramai yang dah tau dah pun... he he he... baik sama ada dari segi pemakaian ataupun cat di dinding rumah...
Semasa uolss pilih warna cat rumah, adakah uolss terfikir apa ‘simbolik’ di sebalik warna tersebut? Kebanyakan orang kemungkinan tak ambil kisah pun apa maknanya… asalkan warna tu adalah warna yang berkenan di hati.
Sebenarnya warna yang dipilih, samada kita sedar atau tidak, mempunyai maksud tertentu. Pemilihan warna cat pada dinding rumah juga turut mempengaruhi emosi, suasana dan memberi kesan ruangan yang berbeza pada pandangan mata.
Jom kita lihat apa rahsia di sebalik warna cat yang kita gunakan…
Rahsia Warna Cat
Merah
Warna merah mampu membangkitkan tenaga di sekitarnya. Ia memberikan kehangatan dan menonjolkan semangat keberanian. Selain itu ia juga dikatakan mampu menimbulkan kesan optimis sensasi dan kemewahan di samping meningkatkan adrenalin dan keinginan meluap2 untuk mecapai sesuatu yang dihajati. Akan tetapi awas kerana warna merah juga dikatakan mampu merangsang kemarahan dan membangkitkan sifat agresif dalam diri seseorang.
Kuning
Warna ini membantu membangkitkan tenaga dan ‘mood’. Kuning ialah warna yang melambangkan semangat dan mendorong ekspresi diri. Selain itu ia turut membantu meningkatkan inspirasi dan merangsang kemampuan intelektual.
Biru
Warna ini sering dikaitkan dengan elemen air dan udara. Sejuk mata memandang… tapi janganlah biru yang terlalu pekat.
Ia melambangkan keharmonian dan memberi kesan lapang dan menenangkan. Warna biru akan membangkitkan suasana tenteram, mendamaikan dan mampu merangsang kemampuan meditasi.
Putih
Warna yang suci dan bersih mencerminkan kemurnian, ketenteraman, perlindungan dan ketenangan. Ia memudahkan refleksi dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Hitam
Hitam ialah warna elegan, kemegahan, misteri dan maskulin. Ia mempunyai pengaruh yang kuat dan penuh rasa keyakinan diri selain memberi kesan perlindungan kepada penghuninya. Tapi ada juga pendapat yang mengatakan warna ini lebih melambangkan kesan duka dan kesepian. Mereka yang mewarnakan dinding bilik dengan warna hitam lazimnya seorang yang penuh misteri dan suka bersendiri.
Kelabu
Warna campuran putih dan hitam. Warna kelabu dikatakan mampu menimbulkan semangat untuk berdikari dan menciptakan kesan ruang yang lebih luas. Maknanya kalau cat warna kelabu, bilik atau ruang yang kecil akan kelihatan lebih besar pada pandangan mata kasar. Selain itu ia juga mampu menimbulkan kesan kedamaian dan ketenteraman.
Hijau
Warna yang selalunya dikaitkan dengan keindahan dan kesegaran alam. Ia bertindak membangkitkan unsur tenaga dan ketenangan. Hijau juga boleh membantu menstabilkan emosi dan mempunyai kesan penyembuhan selain meredakan tekanan.
Oren
Melambangkan harapan dan rasa percaya diri. Membangkitkan semangat dan kreativiti serta menimbulkan rasa positif, gembira dan sentiasa bersemangat dalam perkara yang dilakukan. Warna oren juga dikatakan boleh membantu mengurangkan ‘stress’.
Coklat
Warna ini bersifat ‘natural’ dan mencerminkan keseimbangan dan kestabilan. Oleh itu ia memberi rasa ketenangan, nyaman, anggun dan elegan. Ia juga membantu meningkatkan komitmen dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara.
Ungu
Warna ungu ialah warna spiritual dan misteri. Ia mampu menarik perhatian dan memberi kesan sensasi, feminin, anggun dan kehangatan. Warna ungu yang lebih gelap boleh memancarkan kekuatan dan menambahkan elemen fantasi, imaginasi dan kreativiti.
Pink
Warna yang simbolik kepada kehangatan dan emosi dan pada masa yang sama mempamerkan kelembutan dan memberikan ketenangan. Pink atau merah jambu ialah warna kasih sayang. Ia turut memberikan kesan keanak-anakkan dan keceriaan.
KREDIT: SINI
*Tiba2 teringat, lari sikit pada cerita warna cat dinding ni, orang kata anak2 kalau dipakaikan warna oren akan jadi hyperactive... well, i guess might be juga sebab the physchological effect to it... ^_*
Nampaknya semua warna memberi kesan positif...Kena guna semualah ni, barulah dapat semua pengaruh emosi yg positif tu...hehe, mesti macam pelangi jadinya... :)
ReplyDeletehe he he.. cantik juga warna pelangi... tapi kalau tak nak pelangi sangat, lain bilik lain warna... ok tak macam tu agak2?
Deleteblh baca karektor org melalui warna yg dia suka ...
ReplyDeletebetul tu QV... so serba sedikit kita tau dan kenal lah ...
DeleteSetuju kalau warna oren anak2 mmg hyperaktif...
ReplyDeletekebanyakkan kawan2 cakap macam tu lah kak...
Deleteassalamualaikum farah...memang menpengaruhi semuanya..:)
ReplyDeletewsalam mama, warna memberi kesan sebenarnya kan?
Deletesinggah blog ni lagi ^_^
ReplyDeletethank you for dropping by syira...
DeleteI like gray utk kedamaian dan ketenteraman..... suka putih yg bersih..dan hitam untuk elegan ..
ReplyDeletewah, eleganlah kak...
Deletesaya suka apa warna pun..xdelah spesifik pada satu2 warna je. mood kita pun berubah2 kan. hehe
ReplyDeletebetul juga tu SQ...
Deletekalao berubah ja warna kegemaran tu memang org tu tak tetap pendirian la kan :)
ReplyDeleteha ha ha boleh jadi kemungkinan juga...
DeletePink, blue and chocolate.. or warna pastel.. warna pastel yang lembut sedap mata memandang
ReplyDeletewarna pastel menenangkan...
Deleteada org kata kalau nak gi interview atau meeting pakai baju merah...heheee... nampak berani ke nampak garang?
ReplyDeletewah first time dengar ni kak.. macam nampak garang jer???
DeleteMmg pengaruhi juga.. Mcm ank sy jrang pkaikan mrrah sbb nnt agresif dan aktif.. byk belikan bju putih atau biru. cool sikit...
ReplyDeleteSetiap warna ada Mksd ttntu.. =)
ReplyDeleteof course i choose pink..tapi untuk dalaman lah..kalau cat luar mungkin warna yang lebih dull.heee
ReplyDeletePost a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.