![]() |
Source Extracted from Google |
Biasalah weekend kannn??? Teringat pada perkara2 persekitaran ajer... hik hik hik... salah satunya tentang barang dapur... Wifey2 and mummy2 memang macam nilah salah satu rutin kann??? Macam iolss suka beli untuk stok seminggu so weekday tak adalah terkejar2 nak membeli barang dapur, beli sekali harung dan bila nak guna, bila nak masak semua dah ada...tugasnya cuma kena reka menu dari barang2 yang dah dibelilah...bukan time tu nak masak time tu baru mencari... tapi kadang2 buat jugak, time tu nak masak time tu mencari...bila tekak ini teringin nak makan apa2...
Terjumpa dan terbaca satu tips atau info menarik dari SINI and now nak kongsi juga dengan pembaca Bubblynotes...
AYAM, DAGING DAN LAIN-LAIN
Terpulang sama ada uolss nak beli ayam segar di pasar atau pasar
raya. Untuk mengetahui sama ada ayam di dalam keadaan baik adalah
menerusi kulit. Ayam yang segar boleh dilihat berdasarkan kulit ayam
yang lembab, isi berwarna merah jambu cerah dan bebas dari sebarang
tanda luka seperti lebam. Jika uolss terhidu bau kurang menyenangkan,
jangan beli! Bagi ayam yang siap dipotong, pastikan daging melekat di
tulang ayam itu padat.
Bagi ikan pula, lihat warna pada insang. Ikan yang segar mempunyai
insang yang berwarna merah terang. Mata ikan segar juga kelihatan terang
seakan-akan bercahaya. Elak membeli ikan yang matanya gelap dan
tenggelam. Untuk memastikan isi segar, tekan ikan dan lihat isinya akan
menganjal kembali ke bentuk asal. Jika tidak, ia mungkin ikan yang lama.
Begitu juga jika uolss mahu membeli daging lembu, kambing mahupun
makanan laut yang lain. Lihat bentuk, warna, bau, kebersihan dan
keanjalan isi. Jika semuanya baik, uolss boleh beli dengan selamat.
SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Ada yang gemar membeli sayur-sayuran dan buah-buahan dari pemborong
sekaligus kerana harga yang murah, kuantiti banyak dan semestinya segar.
Elak membeli sayur dan buah ketika petang atau malam kerana rata-rata
sayur yang dijual di pasar raya sudah layu dan hilang khasiat.
Sebelum uolss nak membeli sayur, pastikan uolss tahu sayur apa yang uolss
mahu dijadikan bekalan selama seminggu. Sebagai contoh, timun dan lobak
merah merupakan antara sayur-sayuran yang tahan lama berbanding sayur
berdaun. Untuk mengekalkan kesegaran sayur berdaun dan yang mempunyai
akar seperti kangkung, bayam atau taugeh, uolss boleh rendam di dalam
satu bekas. Uolss juga boleh menyimpan di dalam plastik yang kedap.
Bagi buah-buahan pula, terdapat perbezaan di antara buah yang dijual di
pasar dan pasar raya. Jika uolss memilih untuk membeli buah di pasar
pagi, biasanya penjual bersikap jujur dan tahu keadaan buah sama ada
masak, terlebih masak atau masih mentah. Berbanding pasar raya,
kebanyakan buah yang dipamer adalah setengah masak kerana buah yang
dipetik adalah belum masak. Hal ini berlaku kerana supermarket mahu
menjadikan buah-buahan sebagai stok.
SENARAI BARANG
Adalah disarankan uolss supaya menyediakan satu senarai barang-barang yang
hendak dibeli mengikut kategori. Misalnya, satu bahagian untuk makanan
basah dan masakan kering. Dengan cara ini, uolss tidak perlu
berulang-alik untuk mencari rak barang yang diperlukan. Panduan terbaik
untuk lebih menjimatkan adalah dengan menyimpan resit pembelian
terdahulu. Uolss boleh melihat semula harga-harga barang dan uolss dah
tau berapa perbelanjaan yang boleh dibelanjakan untuk hari ini.
Pesanan khidmat masyarakat, bijak berbelanja dan disiplin diri agar tidak ada barang
yang tidak diperlukan di dalam troli weollss. He he he...selamat membeli belah!!!
Lama cuti shopping brg dapur... Semua diurus suami... Huhu...
ReplyDeletebaguslah macam tu... he he he... untung orang ada suami....
DeleteBuat list siap siap.. :)
ReplyDeleteitu memang selalu buat eraz... senang kan kalau dah buat list???
DeleteMBTW pergi shopping bawak list... lepas tu masa shopping tambah list whoahahaahaaha... ada yang terlupa katanya ehehehe
Deletehuhuhu.... baca tips ni je dah lebih dari 1 minit.... hehehe
ReplyDeletehi hi hi betul gak tu kak mia...
Deletetis yang bagus kak farah especially for a girl like me yang masih hmm kurang 'arif' bab grocery shopping untuk kitchen ne hahaha
ReplyDeletesemoga dapat menjadi panduan yer???
DeleteKita jarang shoppong 1 minit dear..mesti hours..he..he..Suka window shopping..
ReplyDeletemacam lebih kurang sama jer??? macam macam nak di tengoknya...
DeleteHujung minggu mmg ke shopping mall spt mydin @ tesco...list dlm kepala jer ler...biasa beli lauk utk seminggu...
ReplyDeleteDah dua hari mata merah dan berair... allergic apa tak tau... so hari ni, semua MBTW yang pergi shopping barang-barang... tau2 banyak betul dia beli hahahahaha... kalau selalunya pergi ngan dia, dia letak dalam troli, i letak balik kat rak...dia letak kat dalam troli, i angkat letak atas rak hahahaahaha... so tak banyak sangat barang yang tak perlu hahahaahha :D.
ReplyDeleteHari ni dia conquer!!!!
List of item tu mmg zara stuju.. mmudahkn kita nk mbli selain dr dapat mjimatkn masa dan wang.. hehe
ReplyDeletememang perlu ade list..fiza pun seminggu sekali beli brg..siap plan menu untuk seminggu senang :)
ReplyDelete