 |
Source Extracted from Google |
Dengan faktor cuaca, faktor jerebu, faktor catuan air, macam2 penyakit timbul sekarang ni...batuklah, selesemalah, demamlah... Pendek kata, memang senanglah nak muncul penyakit time2 macam ni... Hurmm... ini pun terlintas nak kongsi info dan publish entri disebabkan my suami.... He's not feeling well since last Saturday actually... demam and pattern demam dia memang on off on off... batuk..ok fine ini jangkit dari iolss.... but then semalam is the worst day for him, tak pernah tengok dia sampai macam tu sekali...
Conversation suami dan isteri semalam sambil iolss rasa tahap kepanasan badan my suami...
Myself: You think something wrong with you??? (skeaping ajer...wakakaka...memang kitaorang macam ni)...
Suami: Yeah, I think something wrong with me.
Myself: Let's go to the klinik. Anje hantar abang.
Suami: Anje nak hantar abang gi hospital ke??? Abang nak ambik referral letter from clinic first... Then only nak pergi... Nak pergi PPUM takut penuh and nak pergi Hospital Serdang...ermm, tengok macam mana dulu...
Myself: Ok then, kita pergi klinik dulu and ambik referral letter.
Tak pernah kot sepanjang kenal, bercinta dan kahwin tengok my suami macam nak tumbang bila berdiri kalau demam... But this time it's worst... Kitaorang risau kalau denggi... So, poyo2 isteri yang ni sibuk dok cari information just nak pastikan whether ada tanda2 tu atau tidak...
PENGENALAN
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap
virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan
denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur
Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
TANDA DAN GEJALA
-
Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat
belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di
antara 4 hingga 7 hari.
-
Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit
kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta
otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
-
Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan
selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan
dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada
tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali
sebagai "breakbone fever".
-
Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
-
Muntah dan kurang selera makan.
PEMASTIAN DIAGNOSA PENYAKIT
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang
dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi
di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
RAWATAN
-
Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
-
Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
-
Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
-
Mandi jerlum.
-
Antibiotik tidak diperlukan.
DEMAM DENGGI BERDARAH
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan
menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang
biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan
isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami
renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu
dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal
boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan
diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa
kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan
renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
FAKTOR PENYUMBANG
Intravena:
-
Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika
menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
-
Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
-
Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
PENCEGAHAN
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau
bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin
tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
-
Gunakan ubat nyamuk.
-
Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
-
Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
-
Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
-
Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
-
Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan
semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya
di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak
boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas
tersebut.
-
Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak uolss disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai
pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak uols segera ke
hospital/klinik jika:
-
Muntah berlarutan/berpanjangan.
-
Sakit perut.
-
Kurang bermaya/sawan.
-
Sesak nafas.
-
Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
-
Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Iolss biasalah, suami memang dah faham sangat2 dah dari dulu sampai sekarang... kalau iolss risau ke, sedih ke, marah ke... jawapannya behaviour iolss tetap satu...nangis...huwaaaa.... Now, suami dah buat blood test dan tunggu result blood test. Once dapat result, suami akan call untuk inform. Tu pun berkali2 pesan. Naluri hati macam 50-50...tapi more to rasanya tak ada... Moga2 tak terkena denggi or any chronic or serious disease-lah... Siapa tak sayang suami oiiii... *_^... Dalam sakit2 pun sempat pujuk lagi tu... ahaksss... bila suami tak sihat sama juga seperti anak tak sihat... kita pun jadi tak sihat...wakakaka...sebabnya dok memikirkan keadaan mereka... hopefully tak ada apa2lah tu... Dengar suara di phone seems a little bit better... hurmmm... iolss memang cam tu... weollss memang cam tu, main teka2 emotion and condition masing2 through voice tone... And if something wrong we could detect... *_^... Tapi my suami ni kekadang naughty jugak, suka menyakat... dia pandai jer berlakon voice tone dia tu kekadang...but too badddd... he can't hide...
Uolss, musim2 macam ni jaga kesihatan tau... jangan abaikan kesihatan diri dan juga family serta anak2...macam macam penyakit timbul sekarang ni... It's better to be safe than to be sorry!!! Mencegah lebih baik dari merawat...
harap harap tak terkena la denggi tu kan...
ReplyDeleteAlhamdulillah bukan denggi kak, cuma terlebih sel darah putih jer kata doktor....
Deletenice entry ni..shad baca dari mula untill the end.. badan terasa tak bermaya + pening2 + macam nak muntah actually.. :D
ReplyDeleteshad better gi consult doctor cepat2...
Deletethank god its not denggi....harap2 jangan la kan...ish...iolls jeles ngan u olls yang hari2 manja ngan hubby..bila la iolls nak manja2 macam tu..muahahahaha.....sapa x risau laki sakit dik..kan?
ReplyDeleteala kak long janganler jeles... In Shaa Allah, akan tiba masanya... syukran Allah it's not dengue... cuma terlebih sel darah putih jer...
Deletebetul tu tgh cuaca yg x menentu ni..musim kemarau mmg nyamuk suka
ReplyDeleteso hati2 uols..pasang ubat nyamuk or apa2 tuk elakkan nyamuk berleluasa
memang kena prevent kak el sebelum jadi benda lain... hu hu hu....
Deletealhamdulillah bukan denggi dear. Mau pitam kalau mendapatnya. Memang satu hal pulak nak bermalam kat spital dan kena cucuk sana sini amik darah dan masuk air. Mintak dijauhkan la sumer tu haihhh
ReplyDeleteAlhamdulillah and syukran Allah it's not... memang itu yang dok berlegar2 dalam fikiran sebelum suami inform tadi...
DeleteLa cian nya.
ReplyDeleteSabar je dear
masih ok lagi ni cik akak and now even better... ^_^
Deletebetul2 sekarang nie dah musim kemarau..nyamuk pun dah makin byk
ReplyDeletenyamuk ni tak kira masa dan tempat
Deletebetul cuaca dah tak menentu..kesihatan pun kna jaga..kalau demam sikit2 pun batter jumpa doktor takut melarat nanti...
ReplyDeleteyup it's better to be safe than to be sorry....
DeleteThank sharing info ni , memang takut dengan demam denggi ni.. lebih lagi kalau terkena pada anak2 kecil .. Kalau dulu ingat time hujan air bertakung akan ada nyamuk tapi sekarang musim panas kedering pun banyak nyamuk . Kadang kawasan rumah kita dah terjaga tapi jiran2 pula ternak nyamuk aduiihai susah juga kalau tak ada kerjasama dalam kejiranan ni
ReplyDeletebetul tu, di kawasan kejiranan farah pun ada orang2 yang macam ni...
Deletegood info this farah! lagi pon sana sini dok membantras nyamuk yang membawa virus danggi..kat area umah akak jer dan 2 kali buat semburan nyamuk ni..maybe ada suspect danggi la ni..
ReplyDeleteamboi siap ngan info sekali..
ReplyDeletedah okey ke abang akak??
harapnya tak la melarat..moga cepat kebah demam tu..
sekarang ni memang risau sikit..better detect awal2..
semoga suami kak farah cepat sembuh dari demam tu,doakan semoga tiada perkara buruk berlaku.. kawasan rumah aiza ada juga kes denggi, musim kering ni masih lagi ada nyamuk..
ReplyDeleteitu la pasal, denggi mmg bahaya kan..kena jaga diri elok2..
ReplyDeletesemoga sembuh cepat husband akak. harap2 bukan denggi.. Ros dah pernah kena, tapi bacaan platlet masih paras atas pagar. tapi, husband Ros kena sampai admit ward seminggu masa bulan Januari .. memang teruk masa tu. fikir macam macam dah.. Dan macam biasalah, bila suami tak sihat, ros yang lebih lebih nangis masa tu..
ReplyDeletesekarang ni demam sikit² pun dah risau sangat kak
ReplyDeleteDenggi ni mmg merisaukan.. semoga kita semua selamat dari penyakit2 & kemudaratan.. aamiin. Thanks sharing Farah..
ReplyDeleteSinggah sini menjenguk sahabat ..
ReplyDeleteSatu info yang berguna untuk kita semua ...
Moga2 lps ni kita akan lbh alert tentang DENGGI ..
Thanks Farah
Info yang sangat berguna sebab denggi memang tengah membiak sangat sekarang ni..semua kena bertindak kan..supaya demam denggi dapat berkurangan..
ReplyDeletemasa zaman u dulu, pernah kena suspect denggi. 2 minggu baru nak baik. aritu masa demam teruk tu, ingatkan kena denggi, nasib baiklah bukan. pastu hubby pulak kena. mmg bahaya zaman skang ni. semoga segalanya dipermudahkan dan semoga hubby farah cepat sembuh ye
ReplyDeletegood info..
ReplyDeletemusim panas sekarang nie mmg kene berjaga2 dengan nyamuk aedes.. sebab waktu panas mmh nyamuk aktif.. harap hubby sis sembuh cpt..
ReplyDeleteKecik tapi mmp mbunuh.
ReplyDeleteAkak baru jer balik poliklinik..dak abang demam...check darah ada kuman...tak sekolah ler 2 hari dpt mc...
ReplyDeleteSy slalu skit kepala..krang slera mkn..ssak nafas..mntah2...n bintik2 merah kt tgan,kaki n mke..
ReplyDeleteni tgh demam bisa2 takut lak denggi
ReplyDeleteCegah aedes, elak denggi
ReplyDeleteMencegah Lebih Baik Daripada Merawat. Bantu Keluarga Anda Dan Selamatkan Mereka Sama Ada Yang Belum Menghidap Kanser Ataupun Yang Telahpun Menghidapi Kanser, Leukemia, Denggi Dan Buah Pinggang Serta Penyakit 4 Serangkai Dengan Ubat Kanser Yang Terbukti Berkesan Sebelum Terlambat...
ReplyDeleteSiLa KLik Sini