 |
Source Extracted from HERE |
Sharnaaz Ahmad satu nama yang tak pernah surut dari kontroversi kot pada saya sejak kebelakangan ni??? Dulu halnya dengan
Shila Amzah... memang kecohlah kan masa tu??? Sampai jadi trending di social networks... panjang juga kisahnya...lepas tu sekarang yang terbaru sekali, issue yang terjadi di antara beliau dan pasangan suami isteri Lisdawati dan juga Fauzi Nawawi.
Ha ha ha, akak ko ni bukanlah nak jadi
BeautifulNara or
RotiKaya. Bubblynotes bukan portal gossip artis ok??? Cuma sekali sekala bila ada sesuatu yang menarik perhatian saya tu, saya up-lah sikit2 cerita... hu hu hu.... Entahlah... bila bercerita tentang gossip selebriti ni, saya lebih suka membaca dan duduk diam...ekekeke...lepas tu fikir sendiri...malas nak ambil port sangat sebenarnya tapi taulah gossip2 sensasi terkini dan terpanas, dulu zaman2 belajar bolehlah, masa tengah nak up2 dulu, setiap perkembangan sibuk nak ambik tau...wakakakak...kekononnya nak up-to-date...Up-to-date-lah sangat kannn??? *_^... Cerita Sharnaaz dan Lisdawati dan Fauzi Nawawi ni pun saya tak tau apa kes sebenarnya sampai boleh jadi besar cam ni sekali... tu yang hari ni baru nak baca betul2 tu...Biasalah Sabtu kannn??? Hari bersantai giteww gamaknya...
Sehingga saat ini, ramai masih belum tahu apa punca sebenar yang menyebabkan terjadinya pertelingkahan antara pasangan suami isteri, Lisdawati & Fauzi Nawawi dan juga Sharnaaz Ahmad ketika ini. Semalam, pasangan suami isteri itu mendakwa telah membuat laporan polis ekoran menerima SMS berbaur ugutan dari Sharnaaz Ahmad selain Lisdawati sendiri mendakwa diserang di lokasi penggambaran baru2 ini.
Bercakap kepada portal Murai, Sharnaaz Ahmad berkata semua yang
dikatakan oleh pasangan tersebut hanya fitnah belaka dan beliau tidak
bodoh untuk bertindak menyerang seorang wanita hamil kerana ibunya juga
seorang wanita.
“Saya tak bodoh nak serang atau pukul wanita hamil walaupun dalam
keadaan marah kerana ibu saya juga seorang wanita Lisdawati nampaknya
telah memfitnah saya. Saya tidak menyerangnya di lokasi. Tapi saya tidak
mahu mengulas lanjut mengenai ini”
Menurut Sharnaaz Ahmad lagi, apa yang diceritakan oleh Lisdawati dan
suaminya itu hanyalah luaran sahaja dan tidak mempunyai isi sebenar
selain tidak akan dapat selesaikan masalah jika membawa perkara ini ke
pihak media.
“Sudah beberapa kali saya minta berjumpa dengan saya untuk
menyelesaikan hal ini. Mengapa mereka perlu gunakan media? Berdepanlah
dengan saya jika mereka benar,” tambah hero drama bersiri Bukan Aku Tak Cinta ini.
Lepas tu, saya ada juga terbaca yang Sharnaaz buat pemeriksaan otak dan otak Sharnaaz disahkan bagus dan dalam keadaan baik oleh doktor beliau yang mana kenyataan tu of courselah seolah2 berbaur sindirian halus kannn??? What we called that??? Reverse psychology... he he he... lepas tu ada juga terbaca yang Sharnaaz beri tempoh untuk pasangan suami isteri tu pohon maaf.... Hurmmm...
Terbaru pagi ni, terbaca pula yang Fauzi Nawawi kata buat apa dia nak minta maaf...
Rakan rakan sekalian, kita semua bakal melihat pertembungan ego dua
orang selebriti lelaki yang epik dalam beberapa hari mendatang ini jika
tiada siapa yang mahu mengalah dan berdamai — seperti apa yang berlaku
sekarang ini.
Sharnaaz Ahmad dalam temubual bersama media awal
hari semalam mendakwa yang Fauzi Nawawi menghantar SMS memanggil dirinya
anjing kurap dan babi selain turut melibatkan ibunya dalam
pertelingkahan mereka.
Fauzi Nawawi dalam kenyataan balas berkata beliau tidak akan tunduk
dengan permintaan Sharnaaz Ahmad untuk beliau meminta maaf atas dakwaan
mencaci dirinya dan keluarga beliau menerusi khidmat pesanan ringkas
(SMS).
“Buat apa saya nak minta maaf? Dalam SMS, perkataan ‘ibu’ saya
gunakan, apa perasaan dia jika saya menengking ibunya? Itu sahaja.
Kenapa dia nak putar belitkan SMS saya yang sudah jelas ingin bertanya
pada dia sebab-sebab dia menengking Lisda?”
Fauzi Nawawi juga berkata yang beliau bersedia untuk berhadapan
dengan Sharnaaz Ahmad jika perkara ini dibawa ke muka pengadilan selain
mendakwa pelakon itu terbawa bawa watak Jebat lakonannya dalam drama Bukan Aku Tak Cinta ke dunia nyata.
Ermmmm....tak tau nak kata apalah pasal kes Abang Jebat dan Kak Long ni... hu hu hu... lepas ni mesti akan melarat ke sms2 yang dihantar dan ditunjukkan ke media, lepas tu tak tau apa pulak lagi, lepas tu lagi karang masuk mahkamah, turun naik turun naik... kes saman menyaman...hopefully tak sampailah ke situ...sama juga dengan kita insan biasa yang bekerja di pejabat yang sama...diibaratkanlah...kalau nak gaduh2 pun, masam2 muka pun, esok2 kita akan jumpa juga dengan orang yang sama dan mungkin kena bekerja dengan orang yang sama...kalau masalah tak dapat diselesaikan.... susah nak bekerjasama macam tu... hu hu hu... macam mana aura sihat nak wujud cam tu... haihhh... hopefully dua2 pihak boleh tenangkan diri dan jangan terbawa2 perasaan marah tu... dan rasanya lepas tu barulah boleh diselesaikan...kena mengalahlah jawabnya...salah satu pihak...dan mengalah tak bermaksud kalah... hu hu hu...
Sy x brp nk amik part sgt pasal artis2.. Tahu2 gtu aje lah... Hehe
ReplyDeletememang ada sesetengah orang tak berapa nak berminat maria...
DeleteAkk tak ambil tahu isu ni.... Persngai macam budak2....
ReplyDeletetulah kak kannn??? grow up lah... macam2 kontroversi... this one caught my attention sebab banyak sangat dengar dan baca..
Deleteziela jalil cakap ape???
ReplyDeletexde paper…..
mas tak suka korang kacau abg jebat mas.. sian abg kan???? pasni abg jgn marah-marah lg tau.. mas kan ada.. mas syg abg ketat-ketat :-*
yey!!!!selamatkan abang jebat!!!
hu hu hu peminat tegar abang jebat ke kak??? he he he
Deletemasing2 tuding jari..huuhuh
ReplyDeletetulah cik yang ni dok salahkan yang tu, yang tu dok salahkan yang ni...
Deleteorang yang sama naik isu gaduh je..huhu malas sgt nk amik tahu pasal depa ni...macam2...hihi
ReplyDeletebetul tu dear...
DeleteTak reti nak komen pasal retis ni :)
ReplyDeletehe he he, tak apa kak baca jer...
Deletememang panas sekarang ni kan.. masing-masing ada hujah masing2..
ReplyDeletebiasalah bila bertelagah, setiap pihak akan cuba mempertahankan diri masing2....
Deletetak ambik port sangat psl kisah depa nie..tapi harap persengketaan antara depa dapat diselesaikan dgn cara baik la..
ReplyDeleteakak pun tak berapa nak ambik port... tapi cam adoi letihlah baca kontroversi artis sorang ni, apa kes ek? tu yang sibuk plak mencari... muahahaha
Deletetak faham akak perangai dorang nie.....
ReplyDeletedeqla ada baca blog seseorg ni.. dia kata pergaduhan depa ni memalukan kaum lelaki ...huhuhu... yg lain2 mls nk komen.. deqla cuma minat SRK jer.. so psl SRK jer la deqla nk amek tau pun..hahahahaha..
ReplyDeletemacam macam hal kan. tgk kat melodi ahad lepas.hnya krew di lokasi sja yg tahu kesahihannya.
ReplyDeletepermudahkan la urusan mereka.aamiin
moga mereka selesaikan masalah mereka dgn baik.
ReplyDelete