Pisang Dan Hati...

Farah Waheda Wahid
36
Source Extracted from Google
Dulu pernah iolss kongsikan kisah ini di SINI dan boleh dikatakan setiap tahun iolss akan kongsi kembali cerita ni dengan pembaca Bubblynotes serta diri sendiri... Satu kisah yang penuh dengan peringatan dan untuk kita sama2 muhasabah diri kita sendiri....  Saya suka kisah ini and I don't mind berulang kali untuk berkongsi walaupun uolss boring...bha ha ha...kerana pada saya ia ada maksud yang tersendiri dan bagus untuk saya sentiasa mengingatkan diri saya sendiri... Jom kita baca kalau sudi yer... 

Hani, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid2nya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokkan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing2. Ada yang membawa 3 biji, ada juga 5 biji dan yang paling banyak 8 biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Hani.

Kanak2 tersebut menyimpan pisang masing2 di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik2 dan akhirnya menjadi busuk. Kanak2 itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi2 lagi murid2 Hani sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okay semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Hani. Semuannya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu?" beritahu Cikgu Hani. 

Cikgu Hani mengingatkan anak2 muridnya supaya membuang jauh2 perasaan benci daripada membebani hidup...

Betul kan??? Sebab nanti diri sendiri yang rasa insecure dan tak senang duduk...chillex sudah... perkataan kena seiring dengan jiwa... kalau tak seiring tak ada makna berkata2... betul tak??? 

Post a Comment

36Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. pertama kali baca kisah ini..punyai maksud yang mendalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi mari kita sama2 selam maksudnya yer... supaya kita sama2 faham...

      Delete
  2. oh..i love this story...betul tu....moral of the story..kita ni manusia biasa jer...mana kita pergi suatu hari pasti akan bertembung...buat apa nak benci membenci...lagipun buat menggalakkan kerosakkan institusi masyarakat je...kata majmuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. i love this story too kak long... dunia kecik jer, mana2 pergi pun elak macam mana pun satu hari akan bertembung juga...

      Delete
  3. konklusinya sentiasa chill :)

    jom sertai GA pertama saya :)

    http://amirkhalis.blogspot.com/2014/03/ga-pertama-oleh-amir-khalis.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup chill always, In Shaa Allah Amir akan cuba dipenuhi..

      Delete
  4. assalamualaikum farah...betul2 tu...:)

    ReplyDelete
  5. Wah artikel yang hebat.
    Semangat nak bw walaupun demam

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you cik akak for dropping by and get well soon

      Delete
  6. Beb....jenuh ai is nak komen kat sini makai hp kecik!

    Huwaaa..tensi dgn internet prob kat office x bleh buka dotcom, server down lagik..

    Ehhh tapi nak komen..good entry u !

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak babe terharunya ai... thank you susah payah komen... tiba2 rasa terharu dan bertambah sayang kat you babe...

      Delete
  7. Haaaa kene taip buat kali ke2 makai hp kecik..huwaaa tensi!

    Internet prob kat office, server down..dotcom x bleh buka..huwaaa...

    Ehhhh nak komen gak...nice entry, good entry ni... :)

    ReplyDelete
  8. nice , full of moral story :)
    nasib baik michelle bukan jenis suka benci2 org :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak payah nak benci orang tapi akan juga kalau provocation tak berhenti... tapi my style is different... benci pun iolss bukan jenis canang pada satu dunia...

      Delete
  9. first time baca... peringatan dan teladan untuk sy... thanks kak farah....

    ReplyDelete
  10. Kesimpulannya....tak baik benci membenci ni..... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa orang kata Mia... jangan benci2 sangat kot kot esok makan kata2 sendiri... erksss... tak mo lah... tatutnyaaa....

      Delete
  11. Bagus cerita pisang dan hati ni..jadikan pengajaran supaya tak membenci orang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiza, cerita pisang dan hati ni punya maksud mendalam...

      Delete
  12. dalam makna nya tu..nasib baik cikgu tu tak tukar pisang dengan limau mandarin..kalo tak lama lagi game tu nak tamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya pisang lebih sinonim kot SB? sebabnya kannn, pisang kalau dah busuk lembik, benyek dan hitam macam tu jugaklah hati manusia...

      Delete
  13. Betul tu,kalau boleh elakkan bersangka buruk dgn orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul ain tapi masih ada manusia yang suka sangat bersangka buruk kat orang walhal tak ada apa2 pun... golongan minoriti dengan iq yang rendah...

      Delete
  14. Benci pada yang sepatutnya dibenci, seperti kemungkaran dan dosa. Tapi, jgn sampai kita menjadi golongan yang dibenci Allah. Nauzubillah! Thanks for sharing dear :)

    ReplyDelete
  15. betul tu. smga diri ini dijauhkan dgn sifat ini..

    ReplyDelete
  16. setuju sangat...bersihkan jiwa dan hati....jangan ada sekelumit perasaan benci @ dendam dalam hati......

    ReplyDelete
  17. memaafkan itu lebih baik kan...tamo bonci2...heheh:)

    ReplyDelete
  18. hate is a kind of virus...it eating inside you silently...

    ReplyDelete
  19. Kisah sungguh bermkna dan penuh mksud tersirat...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !